Followers

31 October 2011

Rahsia kejayaan hidup .. 3 patah perkataan ..


Tadi sedang duk mengemas buku-buku di rak almari, terbaca aku satu catatan di buku kecil (lama sudah aku tulisnya).

Seorang wartawan muda menghadiri majlis meraikan kejayaan sebuah syarikat ternama. Di penghujungnya majlis, wartawan tersebut berbual dengan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu yang juga seorang jutawan.

Wartawan tersebut bertanya:

“Datuk, boleh beritahu saya, apakah rahsia kejayaan Datuk?”
“Tiga perkataan,” jawab jutawan itu.
“Tiga perkataan? Apakah perkataan-perkataan itu Datuk?”
“Keputusan yang tepat!”

“Bagaimana Datuk boleh membuat keputusan yang tepat?”
“Satu perkataan.”
“Apakah perkataan itu Datuk?”
“Pengalaman.”

“Pengalaman? Bagaimana Datuk mendapat pengalaman?”
“Tiga  perkataan.”
“Apa tiga perkataan itu, Datuk?”
“Salah membuat keputusan!”


Yup! bila aku fikir-fikirin, ada benarnya kata-kata Datuk tersebut. Mungkin itu adalah antara rahsia kejayaan dan kekayaan bagi mereka yang telah berjaya dalam kehidupan. Mereka berani. Mereka tegas. Berani dan tegas dalam membuat keputusan. Berani juga menghadapi risiko. Risiko menghadapi kegagalan ekoran keputusan yang telah dan akan dibuat. Mereka tak takut silap. Jika silap atau tersalah langkah, mereka belajar dari kesilapan dan kesalahan tersebut. Dengan kesilapan dan kesalahan kali pertama, mereka akan pastikan untuk perolehi kejayaan pada kali kedua.

Aku teringat kata-kata tauke cina, “Jika nak menangkap ikan, tangkaplah di laut dalam. Ini kerana ikan-ikan besar ada di sana. Jangan tangkap ikan di tepi pantai kerana di sana hanya ada anak-anak ikan saja ..”

p/sTan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary pernah berkata: “Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang saya tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan susah tetapi itulah jalan yang kekal .. ”.

29 October 2011

Siapa kata jadi cikgu tak best?

Aduh! seminggu aku tak update blog. Malas le tu .. hehe.

Sebenarnya bukan malas. Cuma aku kurang rajin sikit seminggu ini. Maklumlah tok penghulu katakan. Sibuk manjang. (tok penghulu - gelaran yang diberi oleh seorang rakan blogger, alia. Mandai je alia ni.)

Walaupun sekolah cuti selama 4 hari, bermula rabu lalu, tapi aku tak berapa lekat kat rumah. Sibuk ke sana sini. Usahakan sesuatu.

Pelajar pun tak lama lagi akan hadapi SPM. Hitung mudah-mudah, ada 8 hari je lagi diorang perlu datang sekolah sebelum masuk dewan besar. Dan aku? hah!! bila pelajar dah start menduduki SPM maka sekolahpun dah nak start cuti akhir tahun.


So aku mesti merancang sesuatu pada masa cuti. Selain urusan rasmi kerja, aku kena rancang untuk isi masa cuti. Sebulan beb!! lama tuu … boring!! boring kerana cuti lama sangat. iyake boring??? tipuuu .. hehe. Sebenarnya suka (tak baik cakap bohongkan). Rasanya tak ada sesiapapun yang tak suka cuti. Semua nak cutikan.  Kalau boleh seminggu 3 hari je kerja, 4 hari lagi cuti. haha!! hancur negara kalau macam ni punya hari bekerja.

pssttt siapa kata jadi cikgu tak best? bestttttttttt tau …

21 October 2011

Mereka bukan sekadar hidup tapi ganas


Malam - keluar rumah – perut tiba-tiba rasa lapar pula.

Sambil makan tengok movie kat screen besar. Aku tengok dah jadi trend kedai-kedai makan sekarang ini. Ada screen besar. Mungkin ia satu cara untuk menarik pelanggan.

Sambil makan tengok movie  ..  movie bertajuk The Walking Dead ..


uisss apa punya cerita. Tak masuk akal. Buat suspen je ..

Sukar aku bayangkan (sebenarnya tak nak bayangkanpun) kalau ia berlaku dalam alam realiti. Mayat-mayat hidup berjalan di tengah-tengah bandar. Mereka ada di hadapan dan di belakang. Ada di sekeliling kita .. di mana-mana saja .. mereka bukan sekadar hidup tapi ganas. Mereka berjalan-jalan mencari mangsa .. mereka nak makan kita ..

argghh .. giler. Aku tak nak fikir benda karut marut macam dalam movie ini ..  ishh ..  hehe .. giler ..  giler betul citer ini ..memang giler .. khayalan pembikin cerita ini memang dah melampau ..

18 October 2011

Kisah murid darjah 1 dan buah syurga


Petang -  singgah kedai buah. Beli buah delima. 4 biji RM10.00.  Tengah makan tiba-tiba teringat akan seorang kawan, cikgu sekolah rendah. Kawan aku itu pernah bercerita tentang anak muridnya. Anak muridnya itu baru darjah satu.

“Murid-murid kenal tak buah delima?” soal kawan aku itu.

“Kenal cikgu .. buah delima tu buah syurga. Makanan orang-orang syurga ..” jawab salah seorang anak muridnya.

“Cikgu .. sebab itu bila saya makan buah delima saya makan sekali dengan bijik-bijiknya.” Anak muridnya itu terus bersuara.

Terdiam sekejap kawan aku itu … 

p/s - memang sedap makan buah delima. Rasa macam tak cukup je .. hehe ..


15 October 2011

Lihat tanah terus nampak masjid. Insaf ..

Lama juga aku berfikir. Apa aku nak buat dengan tanah aku di depan masjid ini. Aku makin berfikir kerana baru-baru ini seorang kontraktor bangsa Cina nak beli tanah aku ini. Dia nak beli dengan harga RM65,000.00. Tapi dia silap orang. Aku tak terlintaspun nak jual tanah ini. Terus terang aku begitu sayang dengan tanah ini. Sayang kerana ia terletak di tepi jalan dan betul-betul berhadapan dengan masjid. Masa aku beli tanah ini dulu masjid ini tak ada lagi ..

Sejuk hati aku melihat tanah ini. Lihat tanah terus nampak masjid .. insaf beb ..


Keputusan telah diambil. Aku perlu usahakan sesuatu ..

Bayaran tambun tanah satu lori RM100.00
Tambun tanah 50 puluh lori harganya RM5,000.00
ermm .. boleh tahan juga harga tanah tambun sekarang ini ya. 


 bahagian belakang .. taman perumahan ..

Moga aku berjaya laksanakan sesuatu yang sedang berlegar-legar di kepala ini .. 

08 October 2011

Bajet 2012 .. Adakah pegawai kerajaan berpuashati?

Masih merenungi ucapan Perdana Menteri berkenaan apa yang diperolehi kakitangan awam .. maklumlah akukan salah seorang pegawai kerajaan. hehe



Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Antaranya ..

1. Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. (wow!! terima kasih .. )

2. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke- 8 dan gred 48 pada tahun ke-16. (Terima kasih .. )

3. Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. ( Sekali lagi terima kasih .. )

4. Penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji antara 7 hingga 13 peratus. (wow!! terima kasih terima kasih ..)

dan lagi ...  Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.  
Yang ditunggu-tunggu … Tambahan bonus setengah bulan gaji pada Disember 2011 ini. 

Aku tertanya-tanya adakah semua pegawai kerajaan berpuas hati dengan bajet kali ini?

Aku? ermm .. bersyukurlah ..  ini yang terbaik rasanya sejak dulu.

p/s – tak sabar juga nak tengok perinciannya nanti. 

05 October 2011

Makan nasi berlauk ayam panadol?




Pagi – singgah gerai makan tepi jalan. Makan nasi berlauk. Lauk ayam. Sempat berbual dengan makcik pemilik gerai tersebut. Entah macamana tiba-tiba berbual mengenai ayam kampung. Gulai ayam kampung.

Menurut makcik, ayam kampung memang sedap. Cuma dagingnya liat sedikit berbanding ayam bandar. Harganyapun mahal sikit. Ada orang suka. Ada juga yang tak suka.

“Cikgu tau tak. Ada setengah-setengah kedai .. diorang masukkan ubat panadol dalam gulai ayam kampung.”

“Buat apa masuk panadol?” aku agak terkejut.

“Nak bagi ayam cepat masak. Dagingnya cepat empuk”, makcik tu selamba je bagitau.

Aku??? ubat panadol?? uisss .. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search