Followers

29 December 2011

Kes perceraian meningkat .. kah kah kah ..


Laporan Khas Utusan Malaysia hari ini  … 

Semasa baca laporan khas, berita terkini dan semasa itu, terus terdengar suara ketawa …

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH

Statistik menunjukkan 137,570 pasangan beragama Islam di seluruh negara atau lebih 20 peratus yang berkahwin dalam tempoh 2005 hingga 2010, kini telah bercerai.

kah kah kah ..

Data Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menunjukkan graf perceraian dari 2005 hingga 2010 meningkat daripada 17,749 kepada 28,035.

kah kah kah ..

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula mendedahkan, 3,019 atau lebih 52 peratus perceraian di kalangan pasangan muda berusia 16 hingga 40 tahun berlaku pada lima bulan pertama tahun ini.

kah kah kah ..

Perceraian di kalangan pasangan muda meningkat saban tahun akibat gagal menjalankan tanggungjawab, masalah pihak ketiga iaitu campur tangan keluarga serta ‘kekasih gelap’, ekonomi dan tabiat atau watak kritikal pasangan.

Kah kah kah ..

Siapa yang ketawa itu?

Itulah suara syaitan. Itulah ketawa syaitan. Bukan main kuat lagi suaranya. Bukan main galak lagi ketawanya. Ia gelak. Ia ketawa. Ia menghilai. Ia sungguh gembira melihat kes pasangan Islam bercerai yang semakin meningkat saban hari saban tahun. Ketawanya itu tanda berjayanya. Ketawanya itu tanda kemenangannya ..  kemenangan meruntuhkan rumahtangga. Kemenangan memusnahkan masjid yang dibina …

Moga kita semua mempunyai kekuatan iman … 
Terhindar dari hasutan syaitan ...


p/s  - Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan. Antaranya ialah Daasim. Daasim ini duduk di pintu rumah kita. Jika kita tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan, menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

28 December 2011

Pengasas facebook tunggang kerbau?


Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg tunggang kerbau? argghhhh jelesnya aku .. aku yang berada kat Malaysiapun tak pernah tunggang kerbau. Tengok budak-budak kecik tunggang tu adalah ..

 Tengok ..  betapa bergayanya dia ..

Mark Zuckerberg dikatakan menunggang kerbau semasa dia melawat Vietnam sempena cuti perayaan Krismas di Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini. Beliau tinggal di hotel di bandar Sapa, kawasan peranginan utara Vietnam. Jutawan berusia 27 tahun itu tiba di Vietnam dengan menaiki penerbangan sewa khas dengan diiringi beberapa pengawal peribadi.

p/s - Mana-mana blogger yang nak tunggang kerbau sila call saya 019-992025_ ? Saya belanja. haha!! (jangan call ..  gurau jer )

26 December 2011

3 hari aku terlibat dengan latihan menembak

3 hari aku terlibat dengan latihan tentera - latihan menembak. Antara senjata yang digunakan - pistol, SMG Silenced, LMG dan GPMG.

Berdesing juga telinga pada mulanya bila menembak menggunakan senjata GPMG. Maklumlah hampir setahun rasanya tak menembak menggunakan senjata ini. Tapi beberapa saat je .. kemudian okey. 

Sepanjang latihan menembak ini, aku lebih bertindak sebagai pegawai tapak tembak .. juga sebagai 'pengasuh'. Memberi arahan menembak .. mengawal dan memastikan keselamatan anggota semasa menembak ..


Beberapa orang pegawai dari sektor korporat turut diberi peluang menembak. Aku lihat bukan main suka dan seronok mereka menembak. Maklumlah itulah pertama kali mereka memegang senjata. Pertama kali juga mereka menembak menggunakan peluru hidup! Kalau terkena terus tak hidup lagi ..   aku tengok tangan salah seorangnya menggigil bila pegang senjata …


p/s  - sesiapa yang berada di Kelantan, sihat tubuh badan dan nak join askar wataniah - bolehlah pergi ke Markas Briged Pengkalan Chepa. Isi borang .. seronok pe ..  kalau ada peluang boleh jumpa lisa surihani. ahaks!! (tapi awas!! lisa dah nak kawen)


23 December 2011

Mata dan hati saling bersama


Dah hampir pukul 1.30 pagi. Mata masih tak lena.
Keluar ke beranda rumah. Mata memandang langit. Memerhati bintang-bintang. Cantik cahayanya.

Hidup ini indah. Kesepian itu juga indah. 
Ia akan semakin indah jika kita berusaha untuk mengindahkannya.
Semuanya ada pada mata. Ada pada hati.

Mata dan hati saling bersama. Bila mata melihat keindahan dan hati itu hadir merasainya maka keindahan itu akan semakin terasa.

Dalam hitam kelam malam
Dalam sepi rinduku ya Allah ..


20 December 2011

Tak nak lah gaji tinggi-tinggi ..

 berat mata memandang ..

Pagi - semua guru diminta hadir ke sekolah. Hadir untuk mendengar taklimat SBPA (Saraan Baru Perkhidmatan Awam)  – Skim gaji baru. Hadir juga untuk buat pilihan opsyen pencen, sama ada nak sambung berkhidmat sehingga 60 tahun atau kekal pada umur 56 atau 58 tahun.

inike gaji baru guru nanti? wow!!

Selepas dengar taklimat daripada pengetua, terdengar suara-suara. Agak riuh juga. Tapi riuh penuh sopan santun. Guru katakan.

Aku rileks je. Aku tengok reaksi guru berbeza-beza. Ada yang faham. Ada yang masih kurang faham. Ada yang senyum. Ada yang ‘kurang senyum’. Ada yang termenung! Ada yang sibuk mengira. Mengira perubahan dan kenaikan gaji masing-masing. Ada yang naik gaji agak banyak. Ada yang naik sedikit dari yang naik banyak. Ada yang untung sedikit dan ada yang untung banyak!

Masa kira mengira, timbul persoalan di kalangan guru-guru, ada guru junior yang lewat setahun boleh sama level gaji dengan yang guru senior setahun? Mana perginya seniority? Hanya berbeza kenaikan gaji tahunan beberapa bulan je?

Apapun semua guru akur. Semua menandatangani borang - tanda setuju dan terima SBPA!! Tak ada seorangpun yang tidak tandatangan!

Kepada CUEPACS .. maaflah!! guru-guru ni tak mau demo demo ..

Aku selalu juga dengar ada suara-suara penganalisis yang kata CUEPACS lebih pentingkan kumpulan staf sokongan dan guru bukan ijazah. CUEPACS kurang beri perhatian kepada kumpulan pengurusan dan profesionalisme @ guru yang ada ijazah. Iyake? Kalau baca blog CUEPACS, aku selalu senyum je kerana kat komen sana ada berlaku ‘serang menyerang’ antara staf sokongan dengan guru berijazah .. aduhai!! Kenapa le jadi macam tu ..  dah dah le tu .. 

p/s - Semua orang nak naik gaji tinggi. Harap-harap bila dah naik gaji, kerjapun makin berkualiti.

17 December 2011

Gaji nak naik tapi CUEPACS pula bantah SBPA?


Kelmarin aku buka blog CUEPACS (klik link di sini)
                                                        
Blog CUEPACS adalah antara blog yang selalu aku buka. Sebagai salah seorang kakitangan dalam Perkhidmatan Awam, perlu rasanya untuk aku tahu perkembangan isu-isu terkini pada pandangan CUEPACS.



Cuma aku agak keliru …

Kelmarin, CUEPACS meminta supaya 1.4 juta kakitangan awam tidak tandatangan surat tawaran JPA. Ini ekoran beberapa opsyen SBPA yang masih keliru dan dibantah oleh CUEPACS. Presidennya, Datuk Omar Osman berkata keputusan membantah opsyen SBPA dibuat pada mesyuarat berdasarkan kepada pertimbangan wajar 125 perwakilan. Beliau meminta kira-kira 1.4 juta penjawat awam tidak menandatanganinya terlebih dulu sebelum rundingan antara CUEPACS dan Perdana Menteri diadakan pada 19 Disember ini.

Selain menuntut pembatalan Exit Policy dan penjelasan mengenai kedudukan pelarasan gaji, CUEPACS juga turut mendakwa tiada sebarang rundingan bersama diadakan antara kongres itu dan JPA yang dilihat memungkinkan wujudnya unsur berat sebelah.

Tadi aku buka lagi blog CUEPACS ini.

Agak terkejut apabila baca kenyataan yang dikeluarkan yang meminta semua kakitangan awam berhimpun bagi membantah SBPA.


Sebenarnya aku sendiripun masih keliru dan kurang jelas dengan Pekeliling Perkhidmatan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ini. Aku telahpun baca Pekeliling Perkhidmatan Bil 11/2011 (UMUM) dan juga Pekeliling Perkhidmatan Bil 13/2011 (GURU).  

p/s  – Ada sesetengah sekolah telah memanggil guru untuk hadir sekolah pada hari esok, 18.12.2011 (Ahad) ini untuk menandatangani borang SBPA. Camana ni? Ramai guru masih keliru!

Apapun, moga segalanya dapat diselesaikan dengan baik.

16 December 2011

Inikah pokok Melaka dalam Sejarah Melayu?

4 hari aku bercuti – menyambut kempen ‘cuti-cuti Malaysia’. Pergi jalan-jalan kat Negeri Sembilan dan Melaka. Rehatkan fikiran selepas ‘rumah’ kena serang dek virus beberapa hari lepas.

Inike Pokok Melaka? Buah Melaka? Biar betul .. 

Pertama kali aku sampai kat Melaka. Berpusing-pusing juga awalnya. Dengan plate kereta Kota Kinabalu Sabah, SAA _ _ _ _    aku terus berpusing-pusing meronda bandar. Kalau tersalah jalanpun aku buat dhekk je. Maklumlah pelancong dari luar!. hehe. Tak rasa bersalahpun.

Sebenarnya dah lama aku rancang nak pergi Melaka. Masa belajar kat UKM lagi. Tapi hajat tak sampai. Masa belajar jangan haraplah nak keluar ‘cuti-cuti Malaysia’. Sibuk sangat. Maklumlah dengan mana kena hadir kuliah, kelas tutorial, ke library, siapkan assignment yang berlambak-lambak tu. Masa cuti semester pula, sibuk dengan latihan kawat, ikuti kelas tentera, kem tahunan, latihan menembak, exam tentera  ..       mengurat lagi (ini saya tambah okey)

Habis je belajar kat UKM terus kena posting kat Sabah pula. Tertangguhle hajat ke Melaka.

Aku ingin benar ke Melaka kerana nak tengok tinggalan sejarahnya. Maklumlah aku kan pelajar major Sejarah kat UKM dulu. Apatah lagi sekarang ini aku dah jadi cikgu. Cikgu sejarah .. selalu juga bercerita kat pelajar tentang negeri Melaka. Tentang kesultanan Melayu Melaka. Tentang kehebatan Melaka. Tentang kegagahan pahlawannya. Tapi tak pernahpun aku sampai kat Melaka. Buat malu je .. tak real ..

 Menara Taming Sari. Aku tak naik .. gayat woii .. aku cuma naik beca je. (seronok naik beca. Pengayuh beca tu pasang lagu tamil. hehe)

Kubur Hang Tuah?

Masa kat Melaka, hati berbisik kecil. Cantik rupanya Melaka. Permandangannya cantik. Banyak bangunan mencakar langit dan monumen bersejarah yang telah dijaga dengan baik. Rasanya tak puas pergi sana  .. 

12 December 2011

Gara-gara diserang, aku terpaksa ambil cuti ..




Maaf!  aku terpaksa ambil cuti 2 hari. Cuti dari berblog ..

Ini kerana sedang sibuk bina ‘rumah baru’ .. cuba godek sana-sini .. ini gara-gara blog aku kena attack!!  

Nah!! tak sampai 1 hari .. dah siap dah ‘rumah baru’ aku. Alaaa simple je le. Kira okeylah tu buat sementara waktu. Oh ya aku ambil latar belakang warna oren. Ini kerana pakar psikologi kata warna oren itu akan buatkan diri sentiasa nampak muda, lebih bermotivasi, sihat dan segar ceria.

Tapi aku rasa ada sesuatu yang kurang le. Ada senarai teman blogger yang ‘hilang’. A’ahh ada bloglist kat blog aku yang ‘hilang’ .. Adoii

10 December 2011

Blog aku dicerobohi agen CIA ?

3 hari rasanya aku tak buka blog. Tiba-tiba tadi buka .. terkejut betul aku! Blog aku telah berkecamuk. Settingnya lari? Layoutnya lari?

Pelik juga aku. Padahal aku tak pernahpun usik atau edit kod HTML nya. Tambahan lagi aku ini bukannya pandai bab-bab mengedit guna kod html. Pening ..sakit kepala aku bila tengok kod-kod html itu semua!!. Sebab itu kalau sesiapa yang dah lama bersama dengan aku (maksud aku bersama blog ini), iaitu sejak aku mula berblog pada Mei 2008 rasanya layoutnya sama je. Tak berubah!!

 Nah! settingnya lari le .. ayoyo amma appa ..

Aku masih tertanya-tanya ..

Blog aku diserang makhluk asingke? atau oleh agen James bond? Agen Mossad? atau settingnya boleh berubah bila-bila masa je dia suka? Atau kerana layoutnya dah terlalu lama sangat aku guna? Tak pernahpun aku tukarnya dengan layout yang baru?

Alaa janganlah begitu brother!. Blog aku ini bukannya blog politik! Bukannya blog penuh kontroversi! Bukannya blog yang suka hentam menghentam orang!

Aku ini berblog takde niat nak glamorpun. Blog ini hanya tempat untuk aku suarakan rasa hati. Suara hati tentang kemanusiaan dan kemasyarakatan. Tentang kasih sayang. Tentang nilai yang perlu ada dalam sesuatu perhubungan. Tentang perlunya menyapu air mata andainya diri terluka dan kecewa. Tentang perlunya diri melangkah gagah. Jangan cepat menyerah kalah walaupun pernah dihina dan rebah ..

Blog aku ini sekadar berkisar tentang apa yang aku lihat, apa yang aku baca, lalui dan alaminya sendiri. Semuanya aku sentuh dan cuba mengulasnya dengan penuh sopan santun. Bahasanya aku lembutkan. Nadanya aku santaikan .. sempoi lagi tu ..

adoii .. camana ni? 

Terlintas di fikiran ... andai tertutup tirai sufi ..  

04 December 2011

Bijakkah kita dalam berhutang? Duit duit lagi ..

Minggu ini adalah minggu aku bertugas di sekolah. Selama 5 hari aku mesti berada di sekolah menguruskan sebarang urusan sekolah, bertindak mewakili pengetua sepanjang ketiadaan beliau. Sambil duk buat kerja, sempat baca beberapa majalah ‘Ringgit: Rakan Kewangan Anda’ keluaran FOMCA dan Bank Negara Malaysia. Seronok juga aku bacanya.

Antara tajuk yang aku rasa menarik ialah
1.Tahun 2011 dan Celik Wang.
2. Persiapan untuk Persaraan
3. Program Pengurusan Wang Ringgit Anda!

Umumnya menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), dianggarkan sepanjang tahun lepas, daripada jumlah 50,361 yang menyertai program pengurusan hutang, 74.3% menghadapi masalah menyelesaikan hutang. Kaji selidik Bank Negara Malaysia pada tahun 2010, tahap celik wang rakyat Malaysia masih rendah! Begitu juga sikap pengurusan kewangan!


Bila kita tengok dan baca, ramai antara kita yang berhutang dan menghadapi kesukaran membayar balik hutang. Sebenarnya berhutang ada baik ada buruknya. Di sini aku ingin berkongsi sedikit berkenaan ‘hutang baik’ dari apa yang aku baca, fahami dan alaminya sendiri.

Menurut pakar pengurusan kewangan, ‘hutang baik’ ialah hutang untuk memperolehi satu aliran pendapatan yang menyumbang kepada pembayaran balik hutang. Hutang yang membolehkan beban kewangan dijelaskan sepenuhnya. Tapi adakah ‘hutang baik’ ini yang telah dan akan kita buat? Atau kita hanya pandai buat ‘hutang tidak baik’ je? Hutang yang membebankan diri kita?

Secara ringkas, ‘hutang baik’ yang dicatatkan dalam majalah tersebut termasuklah membeli rumah, pendidikan anak-anak, memajukan kemahiran kerjaya, memulakan perniagaan sendiri dan membeli lot kedai untuk disewa.

Dahi kukerutkan. Aku tertarik dengan contoh yang diberi. Antaranya membeli rumah (dah) .. membeli lot kedai (insyaAllah .. bukan beli tapi nak binanya sendiri).



Kepada teman-teman ..  sedikit perkongsian ..

Nak aku tambah satu lagi berkenaan contoh ‘hutang baik’, iaitu cuba beli kebun getah. Beli yang ada hasil getahnya. Pengalaman aku sendiri. Aku telah berhutang sebanyak RM50,000.00 kat bank untuk beli kebun getah. Keluasan getahnya 7 ekar dengan harga RM70,000.00. Aku belinya pada tahun 2007 (masa itu harga kebun murah lagi).

Aku berhutang selama 10 tahun dan perlu bayar kat bank lebih kurang RM600 sebulan.  Tapi alhamdulillah apa yang berlaku, hasil jualan susu getahnya telah mampu membayar balik pinjaman (hutang) bank pada setiap bulan. Bila aku semak buku, sudah 4 tahun lebih .. aku tak payah keluarkan duit gaji untuk membayar hutang tersebut! Malah ada lebihnya lagi setelah dibahagi 2 dengan upah ‘kuli’.  Cukuplah tu .. bukannya kita yang menorehkan ..

p/s – Berapa ramai antara kita yang merenungi masa depan? Merenungi masa bersara nanti (walaupun umur kita sekarang lambat lagi nak pencen. Masih muda. nak enjoy je ..) Berapa ramai kita telah menyimpan akaun simpanan persaraan? Akaun kecemasan? Menabung paling kurang 10% daripada gaji bulanan kita?

Bijak pandai menggunakan hutang sebagai alat untuk menjana kekayaan dan membesarkan pengurusan harta benda. Bagi yang kurang bijak pandai, mereka merasakan yang hutang adalah alat untuk mendapatkan sesuatu yang mereka tiada berupaya mendapatkan melalui tabungan atau kesabaran. Sama-sama kita renungkan. (alamak! macam farit Ismeth Emir, Berita Dunia pula ..)

02 December 2011

Sejak bertemu kau dan aku

Terdengar satu lagu. Terdetik kat hati .. sedap juga lagu ni. Siapa penyanyinya?


Cuba search internet. Ady Putra yang nyanyikannya? Suara dia ke tu? uiss biar betul. Ady putra ni penyanyike? Aku ingatkan dia ni pelakon saja.

psstt jangan gelakkan aku okey! maklumlah aku ini jarang-jarang tengok drama. Kalau tengokpun jap jap je .

Kadang-kadang terkeluar juga lagu ini kat mulut terutama masa duk tengah drive .. tapi 4 ayat ini je le yang aku ingat.  4 ayat ni je yang aku duk ulang-ulang.

“Sejak bertemu kau dan aku
Menusuk jantung ku, mula jiwaku
Merelakanku menjadi milikmu
Itu yang ku mahu, itu yang ku mahu cintamu”

Bila nyanyi lagu ni rasa diri macho je. Macho macam Ady putra yang bercermin mata hitam tu. ahakss!!

p/s - aku bila drive memang selalu pakai spek hitam. Speknya sama sebijik macam ady putra pakai. ops!! ops!! ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search