Followers

29 January 2012

Dr. Harun Din al hafiz menangis bermimpi bertemu Rasulullah SAW

Tadi terklik laman mynewshub  … terbaca kisah “Tangisan Datuk Dr. Harun Din ketika bermimpinya bertemu Rasulullah SAW.
Dalam satu hadis riwayat Abu Hurairah r.a (mafhumnya): “Rasulullah SAW menjelaskan bahawa mimpi manusia ada tiga jenis. Satu, mimpi-mimpi baik lagi benar (rukyaa sadiqah), kedua, mimpi gangguan syaitan dan yang ketiga, mimpi sebagai mainan tidur atau menggigau.”

Mimpi benar memang wujud dan boleh berlaku, dengan izin Allah SWT.

Mimpi benar, khususnya bermimpi bertemu Rasulullah SAW boleh digolong dalam erti mimpi anugerah Allah kepada seseorang.

Abu Hurairah berkata, “Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesungguhnya sesiapa yang bermimpi melihat daku dalam tidurnya, maka akan dilihat daku ketika sedarnya (yaqazah), atau seolah-olahnya dia melihat daku dalam sedarnya. Syaitan tidak boleh menyerupai daku.”

Berkata Abu Salamah, “Telah berkata Abu Qatadah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, sesiapa yang telah melihat daku dalam mimpinya, maka sesungguhnya dia telah melihat yang benar (al-Haqq). Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Banyak lagi hadis yang menceritakan hal mimpi bertemu Rasulullah SAW yang menggambarkan bahawa mimpi sedemikian adalah berlaku dan ia adalah benar.

Terkini, pendakwah terkenal Datuk Dr. Haron Din berkongsi pengalaman bagaimana beliau bermimpi bertemu seseorang yang beliau yakin Rasulullah SAW.



Ia terjadi suatu beliau sedang menderita sakit tidak lama dulu.

Sambil menitiskan airmata, beliau terharu kerana doanya untuk bertemu Baginda ditunaikan oleh Allah SWT.

Bukan berniat untuk mempengaruhi sesiapa agar mempercayai mimpi tersebut, namun penulis percaya ada yang kita boleh ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Wallahualam



The time that is here may not be tomorrow


Jam 12. 55 mlm ..

Cuti sekolah dah abis. Esok dah mula kerja semula ..
Dalam kepala - macam-macam nak buat esok ..

Apapun main gitar jap ..


Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

One who loves you whole-heartedly
It is difficult meet that person
If there is someone like that somewhere
That person is more beautiful than all
Grab onto that (person’s) hand
He or she may not be so gracious tomorrow
Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow

Taking the shadow of your eyelashes, when someone comes near
You try to reason with your crazy heart
Your heart just goes on beating
But think, that which is here now
That story may not be here tomorrow
Life changes its beauty all the time
Sometimes it’s a shade, sometimes life is sunlight

Live every moment here to your heart’s content
The time that is here may not be tomorrow
The time that is here may not be tomorrow

25 January 2012

Aku dan Rantau Panjang Kelantan (siri 1)

Kelmarin aku balik ke tanah tumpah darah - Rantau Panjang Kelantan. Uiss macam jauh je bunyinya. hehe. Padahal jarak aku menetap sekarang dengan Rantau Panjang cuma sejam setengah je.

Rantau Panjang - Wah!! Sibuknya. Penuh dengan pelancong. Pelancong dari seluruh negeri. Cuti tahun baru Cina katakan. Tapi aku perhatikan kebanyakan pelancong semuanya orang Melayu. Orang Melayu dari seluruh negeri di Malaysia. Orang cina? tak nampakpun. hehe ..

Rantau Panjang - di sanalah aku dilahirkan dan dibesarkan. Bersekolah kat sana juga. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah Menengah. Dari darjah satu hingga ke tingkatan 5. Cuma bila naik tingkatan 6 aku ke sekolah Sultan Ibrahim (1) Pasir Mas. Habis tingkatan 6 terus masuk UKM ..  habis UKM terus posting ke Sabah. 10 tahun kat Sabah. Menjelajah aku kat negeri Sabah. Nyaris-nyaris tergoda (digoda?) dengan orang perempuan Sabah. Cina kadazan pula tu. Kristian pula tu .. adoii .. 

Rantau Panjang – Pusat beli-belah. Macam-macam ada ..  Suka betul aku tengok dan perhatikan orang perempuan & lelaki dari negeri-negeri lain datang sini. Macam-macam gaya. Macam-macam dibimbitnya. Macam-macam dibelinya. Aku pula? sekadar beli buah limau siam 2 kilo je.


Rantau Panjang – penuh nostalgia bagiku. Zaman aku bersekolah menengah.

Rantau Panjang - kat tapak pasar sekarang inilah tempat aku berjalan malam-malam tenangkan fikiran. Merenung masa depan ..

18 January 2012

busuknya bau arak .. uwekkk uwekkk ..

uwekkkk!!  uwekkk!!

Busuknya  ..
Tapi salah siapa? salah aku juga. Salah kerana pergi kedai besi milik orang cina pada waktu hampir maghrib. Kedai besi memang dah tutup. Tutup jam 5.00 petang ..
Tapi disebabkan aku balik lewat dari kerja, terpaksa singgah kedai besi walaupun dah tutup ..

“Ah Hong!!” aku memanggil tukang kedai besi ..
Ah Hong kemudian buka pintu. Aku tengok muka Ah Hong agak merah ..
“iya cikgu .. ada apa cikgu?”
“Ni saya nak tempah penutup longkang. Buat dengan besi .. “

Ya Allah busuknya .. bau semacam je. Aku agak ia bau arak. Ni tentu Ah Hong baru lepas minum arak ni. Muka dia agak merah semacam je. Cakap pun semacam je .. ishh .. aku menahan rasa nak muntah. Tak pasal-pasal aku muntah depan Ah Hong.

“Salah aku juga .. kenapa tak tunggu esok je pergi kedai besi ..” aku cakap pada diri sendiri. Adoii ..

Cepat-cepat aku berurusan dengan Ah Hong. Terus beredar ..

Uwekkk!! tekak mula rasa loya. Terus aku pandu kereta ..  nasib baik ada gula-gula hacks. Dapat lah juga aku hilangkan rasa nak muntah ..

Taubat tak nak lagi aku pergi kedai besi itu pada waktu nak maghrib ..

14 January 2012

Sepatutnya kita ada ketika adanya



Sekadar berbicara pada diri sendiri ..
Sekadar mengingati diri sendiri ..
Moga ia tak berulang kembali ..

Kadang-kala kita terlepas sesuatu ..
Namun saat itu tiada lagi peluang
Tiada lagi boleh kita ulangi
Hanya perasaan kesal
Hanya terkilan di hati..

Itulah ..
Saat dia ada kita biasakan adanya
Saat dia ada kita terlepas masa untuknya
Saat dia ada kita sibukkan dengan segalanya
Saat dia ada kita kurang sedar akan adanya
Saat dia ada kita lupakan segalanya

Sebaiknya kita berikan sesuatu padanya
Kita ruangkan masa untuknya
Kita ada ketika adanya
Kita hargai saat adanya
Kita sedari akan indahnya bersamanya

11 January 2012

Aku bersama pelajar dirasuk jin


 sekadar gambar hiasan

Pagi tadi 9 orang pelajar histeria secara tiba-tiba di dalam kelas  ..
Seorang demi seorang dipapah ke surau sekolah ..
Jerit .. nangis ..
Jerit .. nangis ..

Seorang ustaz Darul Syifa dijemput ..
Aku iringi ustaz  ..
Aku perhatikan ustaz berkomunikasi dengan ‘pelajar’.  Pelajar tersebut meraung menangis.

“Mu datang dari mana?” (‘pelajar’ menunjukkan tangannya ke arah asrama)
“Keluar! pergi! Jangan ganggu budak-budak ni!”
“okey!! aku nak gi dah ..” (‘pelajar’ menjerit kuat)

“Panggil .. bawa sekali sahabat-sahabatmu!”
(Aku  bawa .. adoii sakit .. adoiii ..)

“Mu nak keluar dari mana? Dari kaki? okey keluar!!!”
“Ada lagi .. ni siapa ni? aku kata keluar!! keluar!!”
“Mu ni nak tipu aku .. aku kata keluar!  keluar!!!”

Jerit .. nangis ..
Jerit .. nangis ..

Rupanya ada ‘makhluk’ dari asrama yang datang ..

Akhirnya alhamdulillah. Semuanya reda. Pelajar beransur baik.


08 January 2012

Aku masih teringatkan Amira ...

Terdengar Alia – anak jiran rumah, berumur 5 tahun bertanyakan soalan kepada seorang makcik juga jiran sebelah rumah. Soalan mengenai kawannya, Amira yang baru saja meninggal dunia. Amira, kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak berpendidikan khas.

“Makcik mengapa Mira mati?”
“Dia sakit .. “
“Kasihan dia makcik ..”
“a’ahh .. Tuhan sayangkan dia. Sebab itu Tuhan ambil dia .. Dia kanak-kanak ‘istimewa’. Sudah pasti dia ke syurga ..”
“Iyake makcik. Kanak-kanak ‘istimewa’ pasti ke syurga ke makcik?”
“iya .. dia tak ada dosa. Dia kan masih kecil .. sama umur dengan Alia. Lagikan dia kanak-kanak ‘istimewa’..”
“Kalau begitu sayapun mahu jadi kanak-kanak ‘istimewa’ jugalah makcik. Sayapun nak pergi syurga ..”

Aku yang mendengarnya tersenyum ..

----------------------


Aku masih teringatkan Amira ..

Terus terang hingga sekarang aku masih teringkat Mira. Dia kanak-kanak comel. Selalu berjalan bersama neneknya melintasi rumah aku ..

“Cikgu .. mira dah takde cikgu ..” ujar neneknya dengan genangan airmata ..
“kenapa dia?”
“Dia sakit cikgu .. batuk ..muntah-muntah .. jam 4.00 pagi tadi dia meninggal”

Menurut neneknya, malam kejadian Mira batuk-batuk dan muntah. Mira dibawa ke klinik pada waktu tengah malam dalam keadaan dah agak lesu. Menurut Doktor, dia ada jangkitan kuman kat paru-paru. Dah agak lama ..

Amira ..
Mira .. kamu kanak-kanak kecil. Kamu kanak-kanak istimewa.
Lahirmu tanpa sempat mengenali ayah.
Lahirmu tanpa kasih sayang ibu apatah lagi ayah ..
Walaupun ada ibu tapi kamu hanya mendapat kasih sayang nenekmu ..

Mira ..
Pergimu menyentuh perasaanku
Selalu juga aku perhatikanmu
Kamu selalu berjalan bersama nenekmu
Kadang kala kamu di depan
Kadang kala kamu di belakang

Kamu pernah datang ke rumahku
Kamu agak lincah orangnya
Kerana lincahmu kamu dimarahi nenekmu
Aku sekadar senyum .. “biarkanlah dia ..”

Kamu tak pernah ketawa
Kamu tak pernah senyum
Di rumahku matamu memerhatikan segalanya
Mungkin kerana lahirmu dalam kemiskinan
Lahirmu serba kekurangan
Lahirmu di pondok yang agak usang

Mira ..
Tenang dan senyumlah kamu di sana ..

Ketika menulis catatan ini .. airmata menitis ...
Ada sedikit kekesalan di hati ..

02 January 2012

Guru harus nampak segak ..


Esok sekolah dah mula buka ..
ishh kena tidur awal malam ni ..  
Esok pagi kena bersiap ..   
Sebagai cikgu ..  harus nampak segak ..

esok rasanya nak pakai baju warna ini kot .. bertali leher merah ..


p/s - Cuti sekolah sebulan rasa sekejap je ..  hehe

01 January 2012

Tahun baru menurut Dr. Asri @ Dr. Maza




Tadi tepat jam 12.00 tengah malam – bunyi dentuman bunga api di sekitar taman perumahan.  Aku yang sedang menaip buat tak tau je ..

 “syid .. apa azam tahun baru?” tiba-tiba suara hati aku berbisik pada diri.

“Azam? Banyak .. " balas suara hati.

Tiba-tiba terasa ingin tau pula azam tahun baru menurut pandangan Dr. Asri. Terus aku taip,  “azam tahun baru menurut dr maza” dalam kotak Google – search. 

Agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh beliau.  

Jelas Dr. Asri .. 

  "Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search