Followers

01 January 2012

Tahun baru menurut Dr. Asri @ Dr. Maza




Tadi tepat jam 12.00 tengah malam – bunyi dentuman bunga api di sekitar taman perumahan.  Aku yang sedang menaip buat tak tau je ..

 “syid .. apa azam tahun baru?” tiba-tiba suara hati aku berbisik pada diri.

“Azam? Banyak .. " balas suara hati.

Tiba-tiba terasa ingin tau pula azam tahun baru menurut pandangan Dr. Asri. Terus aku taip,  “azam tahun baru menurut dr maza” dalam kotak Google – search. 

Agak tertarik dengan apa yang dikatakan oleh beliau.  

Jelas Dr. Asri .. 

  "Setiap hari, setiap waktu umur kita bertambah atau meningkat. Sama ada memasuki tahun baru atau tidak, hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh untuk berazam ke arah yang lebih baik, samada menjelang atau belum tahun yang baru. Itulah kehidupan dan jiwa seorang muslim. Masa tidak selalu menunggu kita. Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik. Jangan menunggu tahun baru untuk meninggalkan keburukan. Itulah jalan hidup yang patut kita fahami dan hayati. Itu sikap golongan soleh sepanjang zaman. Mereka sentiasa memohon kebaikan dan sentiasa beristighfar kepada Allah."

12 comments:

Lady Windsor said...

Rashid, dah ucap selamat tinggal pada tahun yang baru saja berlalu?

Ok, sedia memasuki tahun baru ya!

Afida Anuar said...

tahun baru...semakin dekat kita nak mati...

cikgu rashid, selamat tahun baru...

zati embong said...

betul, x perlu tnggu tahun baru. thun baru yg pasti 1 je,umur makin bertambah je.

nyanyisunyi said...

salam cikgu

selamat tahun baru 2012

rasanya begitulah azam kak ida setiap hari...bukan saja setiap menjelang tahun baru...ingin jadi lebih baik dr semalam.

~SaL IjOu~ said...

Sama juga dengan sambutan hari ibu atau yg seangkatan dengannya..bukan hanya diraikan pada waktu tertentu..semuanya dtg dari kekuatan diri..& keyakinan pada Tuhan..cabar diri dengan set target tertentu & cuba hit target tu..dpt capai atau tidak, itu bukan persoalan..jadikan habit..cuba & terus cuba..sudah tentu perlukan masa..tp bila saja sudah sebati dengan diri, pastinya tidak lagi mustahil utk kekalkan momentum & jadikan ia amalan..~ =)

Selamat tahun baru.smoga dlm lindungan Allah selalu~ =)

Rashid said...

Lady Windsor
Okey lady .. kita sekarang sama-sama di tahun baru .. semangat bar

Rashid said...

Afida Anuar
Terima kasih fida ..

Rashid said...

zati embong
a’ahh ..
ada orang kata .. “saya tak tua .. Cuma saya dilahirkan lebih awal je ..”

Rashid said...

nyanyisunyi
kak ida .. sama-sama kita sumbangkan kebaikan .. insyaAllah ..

Rashid said...

Sal ijou
yup! betul tu sal. Tahun 2012 saya dah ada beberapa target .. insyaAllah ..

Apapun moga kita semua dalam linduganNya sentiasa ..

Mardhia Yusof said...

selamat tahun baru cikgu..
semoga target cikgu dapat dicapai. ;)

Rashid said...

Mardhia Yusof
target ..
insyaAllah mar. terima kasih doa tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search