SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.
Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.
Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.
Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan. Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.
uisss hebat betul penangan api cemburu ni ya. Mungkin itulah sebabnya ia disebut ‘api cemburu’. Ia panas. Ia menggelegak. Hati sejuk bertukar panas. Bisa hilangkan segala kewarasan akal. Hilangkan ketenangan. Apa yang ada hanya perasaan marah. Perasaan terkilan. Perasaan tak puas hati. Perasaan nak puaskan hati yang masih tak puas ..
Nasib baik tak dibakarnya ..
Aku tertanya-tanya apa agaknya perasaan isteri melihat suaminya bertindak sedemikian? Makin mendalamkah perasaan sayang dan cinta kat suaminya?
Kita selalu sebut, cemburu itu buta? Mungkin betullah itu. Dek kerana cemburu, suami tadi yang pandu lori tu terus buta mata agaknya .. terlanggar kereta Perodua Myvi isterinya .. berpuluh-puluh kali pula tu .. hehe
Cemburu oh cemburu .. kau boleh buat orang celik menjadi buta dan gilerrr rupanya.
p/s – Bayangkan orang gila yang benar-benar gila tengok kejadian ini?