Followers

11 February 2012

"Cikgu Rashid yang tersayang ..."

Uisss .. seminggu tak berblog. Sibuk sangat aku dalam seminggu ini. Sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Sibuk juga dengan ‘projek pembangunan’. Satu ‘projek pembangunan’ sedang berjalan. Satu lagi akan bermula tak lama lagi. Urusan dengan arkitek dan selesai .. dengan Majlis Daerah dan selesai .. dengan Jabatan Bomba dan selesai .. semua dah lulus. Lega.

Sekarang dah tak sabar nak tengok projek ke-2 bermula. Moga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah ..

>>>>>>>>

Pagi tadi semak nota pelajar tingkatan 5. Sebelum ini pelajar buat nota dalam buku nota sekolah je. Tapi mulai tahun ini, aku cuba ubah cara buat nota. Aku minta pelajar-pelajar buat nota kecil. Nota di mana kertas kajang dilipat 2 atau 3. Nota kecil itu perlu dihantar untuk semakan .. 

Semak punya semak. Tiba-tiba tersemak satu nota pelajar. Aishah namanya. Salah seorang pelajar target cemerlang SPM. Senyum je aku bila baca catatan kat notanya …

 "Cikgu Rashid yang tersayang ..."

 ermm ..  okeylah cikgu maafkan ..

20 comments:

Mardhia Yusof said...

comeeeeel la aishah ni..;)
ermm,apa yang diselitkan skali kat memo aishah tuh,nota siapa?nota student lain la ye?

cikgu ajar sejarah..
erk..subjek yang paling saya tak minat..
issssk


p/s: semestinya menjadi cikgu yang paling disayangi pelajar2 kan? most fav teacher..;)

Lady Windsor said...

haha..lain macam tu nota aisyah...untung rashid ada anak murid macam tu...

dee said...

cikgu rashid sayanggggggg~ awwww hahahahahahahaha XD

Rumah Kuning said...

amboiii...aisyah

azahrohaizah said...

so sweeeeet,
sya pun nak tulis nota cam tu gak, boleeeh?
haha

Atassinchi said...

Hehe.. cikgu ajar buat toyol exam erk.. patut aishah syg.
gurau2 jer cikgu yer!!

zati embong said...

hihi..lembut terus hati cikgu ye..

Daddy Zuki said...

salam, entah2 dia cuba pikat cikgu untuk kakak atau auntie dia kot? bertuah la badan...

Rashid said...

Mardhiah Yusof
Nota dia le mar .. dia tertinggal buku latihan sejarah. Saya minta pelajar hantar nota sama buku latihan ..

Mar tak minat subjek sejarah takper.. janji minat gurunya. opss!! terbalik lak. haha!! ;)

Rashid said...

Lady Windsor
Aisyah memang cam tu .. selalu usik saya. Saya dah biasa ngan dia ..

Rashid said...

dee
awwwwwwwwwwww .. ishh ishhh .. meremang bulu roma bila sebut cam tuu ..

Rashid said...

Rumah Kuning
amboi amboi .. aisyah aisyah ..

Rashid said...

azahrohaizah
azah .. janganle nanti mengigau .. ahakks!!

Rashid said...

Atassinchi
Toyol exam? haha! .. toyol comel ..
Takdele. Pengalaman saya .. sebelum ini pelajar buat nota dalam buku sekolah. Comel .. bagai-bagai warna tapi diorang ni jarang baca bila ulangkaji. Selalunya diorang suka baca nota kecik .. so utk jimatkan masa, utk mudahkan diorang mengingati fakta sejarah .. itu satu caranya .. dan memang pelajar suka cara cam ni. Diorang memang guna sebaiknya nota kecik bila ulangkaji.

Rashid said...

zati embong
yup! terus tersenyum .. pandai Aisyah ni ..

Rashid said...

Daddy zuki
ehemm .. ehemm …

Mardhia Yusof said...

hahah..

sy prefer cara camni..
trus buat nota2 kecik2..
takyah buat kerja 2/3 kali, nak menyalin nota,kan?
cikgu/lect ajar,trus buat smart note..
teruskn cara mcm ni..;)

Rashid said...

Mardhia Yusof
Itulah mar .. saya duk fikir-fikir. Ini cara utk bantu pelajar mudah ingati apa yg dipelajari sekaligus utk persiapan exam ..

Irfa said...

wah kemain..sib baik tak letak salam peluk cium sekali :)

Rashid said...

Irfa
haha!! kemain kan .. dia pelajar bersahaja. Open ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search