Followers

04 February 2012

Suami cemburu syak isteri curang. Ganasnya!!


SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.

Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.

Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan. Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.

uisss hebat betul penangan api cemburu ni ya. Mungkin itulah sebabnya ia disebut ‘api cemburu’. Ia panas. Ia menggelegak. Hati sejuk bertukar panas. Bisa hilangkan segala kewarasan akal. Hilangkan ketenangan. Apa yang ada hanya perasaan marah. Perasaan terkilan. Perasaan tak puas hati. Perasaan nak puaskan hati yang masih tak puas ..

Nasib baik tak dibakarnya .. 

Aku tertanya-tanya apa agaknya perasaan isteri melihat suaminya bertindak sedemikian? Makin mendalamkah perasaan sayang dan cinta kat suaminya?

Kita selalu sebut, cemburu itu buta? Mungkin betullah itu. Dek kerana cemburu, suami tadi yang pandu lori tu terus buta mata agaknya .. terlanggar kereta Perodua Myvi isterinya ..  berpuluh-puluh kali pula tu .. hehe

Cemburu oh cemburu .. kau boleh buat orang celik menjadi buta dan gilerrr rupanya.

p/s – Bayangkan orang gila yang benar-benar gila tengok kejadian ini?

13 comments:

nyanyisunyi said...

Assalamualaikum cikgu..

Melayu dan Islam ke lelaki tu..jika beragama Islam tp berperangai begitu pasti ada yg tak kena...

mujur takde wife dia kat dalam kereta tu..kalau tk pasti dah arwah..

jika kak ida yg kena begitu pasti hilang segala rasa cinta dan syg pada suami..

Mardhia Yusof said...

cemburu tandanya sayang.
cemburu buta tandanya melayang. ;)

ni kuar dalam Harian Metro ke?
macam2 hal jadi..
kot ye pon cemburu, tak perlu la buat tindakan yang tak munasabah.
daripada langgar kereta,
baik pergi marah je bini dia..
hehehe..
buang tenaga je drive lori gedabak,hentam banyak2 kali..

Noorieda said...

Assalamualaikum...

Hmm...bahaya betul api cemburu ni kan cikgu..?? >< hehe..

Princess Nusy said...

xelok cemburu melampau nyh..nk cemburu pun biarla brpada2..lg satu kalu xde bukti kukuh jgn cepat naik angin..huhu..mcm2 skrg ni..

Rashid said...

nyanyisunyi
was salam ..
Rasanya Islam le kak ida ..
Itulah bila tak dapat kawal diri .. hilang kelembutan hati ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
a’ahh mar. Berita Metro ..
Mar saya rasa suaminya bukannya tak berani marah bini .. Cuma bini dia tak takut kat laki dia. Itule sebab dia tak berani marah bini .. ;)

Mungkin itu dpt lepaskan tekanan ..

Rashid said...

Noorieda
was salam ..
Bila hati cemburu tak tentu .. memang parah. Nasib baik tak digigitnya bini dia.. tak pasal-pasal putus telinga .. haha!!

Rashid said...

Princess Nusy
Byk jenis manusia skrgni .. sukar nak kita duga tahap kecemburuannya. Nampak okey je tapi bila tak dapat kawal diri habis digigitnya.

zati embong said...

huhu,itulah bl perasaan marah x di kawal,lg ada bnda lain duk hasut.huhu

cik jue tomey said...

omg.........

konpemlah...bile bini dia tgok...jd mcm ni,hilang trs kasih sayang..

mesti dia ckp..laki dia dah giler..cemburu sngt..

jadi laki mestilah cool...wt menda pakai otak.klu ye pun bini dia btul2 curang,ceraikan jelah..klu dh mrh sngt,bagilah pelempang sekali**dah curang sngt kan..klu ikut hukum,dh kena rejam dah..

tp pyh nk menjahanamkan harta benda.

spesis ni bagus sket je dr yg jenis sepak terajang,naik kaki tangan kat muka bini...*erkkk takutnya klu dpt laki giler mcm ni!!!!!!!!!!!!!!

nauzubillah......

Raden said...

humangai..kalo bini tu kene fitnah je camne?? tak ke nyesal nti?






sgt xsuke lelaki baran. cis

Mardhia Yusof said...

isssk..
kesian nye suami dia..
haiyaark..
smpai cmtu skali nak lepaskan tekanan..
pegi la karaoke ke..main bola ke..makan ke..
hahaha

Irfa said...

dah berbaik nanti beli keta baru la kot ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search