Followers

16 March 2012

2 projek berjalan serentak .. letih aku ..

Alamak 2 minggu lebih aku tak update entri. Cepatnya masa berlalu. Rasanya baru dua tiga hari je aku tak update. Naperle cepat sangat masa berlalu? Adakah ini satu petanda dunia makin hampir …??? Dua minggu rasanya baru je 2 hari?

Maafle teman-teman blogger kesayangan semua. Sibuk sikit aku kebelakangan ini.  Tak sempat nak buat entri, juga terjah, baca dan komen kat blog teman-teman semua. Maklumlah projek sedang berjalan. Dua Projek berjalan serentak.

Projek pertama iaitu memperbesarkan ruangan bilik study ..  (bilik untuk aku study,  buat kerja-kerja sekolah, berblog, menenangkan fikiran ... )


Projek keduapun sedang berjalan .. projek aset untuk masa depan ..


 besarnya tapak besi Y12.. suka aku tengok ..

InsyaAllah aku akan cuba luangkan masa untuk jengah dan baca blog teman-teman semua. Ini kerana teman-teman blogger semua adalah kesayangan aku ..

Doakan aku berjaya ya ..

18 comments:

Marzalina said...

selamat berjaya :)

zati embong said...

nk buat apa 2?siap ikat besi dah 2.

4feet8 said...

teringin juga kumpul aset. tapi rumah2 kat KL ni nak masuk 400k dah..ni yg rasa nak balik kelantan cari tanah nih. tapi IC, 14 dan bukan 03 walaupun nama wan..kehkehkeh. memang tak dapatlah tanah kelantan..boleh adjust..? hehe..

Rumah Kuning said...

projek kedua tu, bina kedai ke? hehehe

LadyBird said...

salam cikgu, projek ke dua tu projek ape?

Lady Windsor said...

Salam Rashid,
Lama tak nampak...cuti sekolah la ni kan...projek yang kedua tu bina rumah juga ke? Whatever, semoga semuanya selamat dan berjaya..

Hanif said...

Good luck!!

Ismail Ali said...

tingkap depan tu kalau guna tingkap labuh lg menarik.

apapun update nanti dh siap:)

Mardhia Yusof said...

as salam cikgu..

haaa..blog dia pon berhabuk gak..;p mesti busy sgt kan..
sy pon dekat sebulan tak update..

ooouhhh..projek rumah. ;)
projek kedua tuh pon mcm projek besar..
harap semua projek selamat dilaksanakan. Amin.

Rashid said...

Marzalina
TErima kasih intan ..

Rashid said...

zati embong
Projek pembangunan zati .. nanti siap zati akan tau k ..

Rashid said...

4feet8
ooo alaa ruginya. a’ahh susah sikit nak beli tanah kelantan tuu .. takper kawin je ngan orang kelantan tentu dapat .. hehe

Rashid said...

Rumah kuning
2 dalam satu .. tunggu siap nanti k ..

Rashid said...

ladybird
Projek pembangunan .. bagi suspen sikit kat lady ..

Rashid said...

Lady Windsor
insyaAllah .. asset je ..

Rashid said...

hanif
terima kasih hanif

Rashid said...

ismail ali
okey ismail .. insyaAllah ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
was salam mar ..
hahahha!!! gelak saya mar. Berhabuk dia kata ..
ishh ..
Betul tu Mar. Agak sibuk sikit kebelakangan ni ..

Apapun terima kasih k atas doa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search