Followers

01 April 2012

Berikan hati kepada insan yang sanggup berkorban ..



Aku menulis 2 bait ayat kat kertas. Aku merenunginya berulangkali.

Berikan hati kepada insan yang sanggup berkorban …
Berkorbanlah kepada insan yang sanggup berikan hati …

Makin direnungi makin kurang faham aku …  ???  Ada perbezaankah antara kedua-dua ayat ini? ishh kenapa kedua-dua ayat ini boleh menjadi susah untuk aku fahami sedangkan rasanya kedua-dua ayat ini agak simple je.

Persoalannya, kenapakah kedua-dua ayat ini asyik terngiang-ngiang je kat telinga aku? Bila kalanya aku berehat dari kerja .. ayat ini asyik muncul je . Tengah-tengah aku memandu keretapun ayat ini muncul. Dan sekarang .. iya sekarang jam 11.08 malam. Malam Isnin .. masa aku menaip entri inipun aku masih sukar untuk bezakan kedua-dua ayat ini!! ishh ishhh ..

12 comments:

Rozuan Ismail said...

byk kali baca dua bait ayat tuh.rasanya mcm ada beza.

dee said...

mungkin....

Nur Raihan said...

kedua2 ayat tu berbeza,
tapi kedua2nya perlu ada...

eMMe said...

Assalam Cikgu Rashid, sedap lagi ayat kat atas tu... Cikgu lagi tau... saya dah lama tak sekolah.. ayat org keje ayat rasmi... tak jumpe ayat camtu, hehehe...

azahrohaizah said...

Ayat tu sememang nya berbeza tapi punya maksud yang tersirat dan tersurat yg sama,semua nya mengenai hati dn perasaan,:

1.walau pun kita tak punya perasaan pd dia, tp kerana pengorbanan nya, belajar lah untuk memberikan hati.

2.walau pun kita tak punya perasaan pd dia, tp kerana kesanggupan nya untuk memberi kan hati, maka belajar lah kita untuk berkorban!

Ermm hidup ini memang perlu kan pengorbanan..

Rashid said...

Rozuan Ismail
hehe .. banyak kali juga baca ek ..

Rashid said...

dee
mungkin? ..

Rashid said...

Nur Raihan
ermm .. perlu ada .. mendalam maksud tu nur ..

Rashid said...

eMMe
owhh iyake eMMe ..
Itulah biasanya saya ni tak de le susah sangat nak fahami ayat-ayat gitu .. tapi entahlah ngan ayat ini ..

Rashid said...

azahrohaizah
azah terima kasih .. rasanya itulah maksud ayatnya .. itulah yang saya cuba memahaminya.

1.walau pun kita tak punya perasaan pd dia, tp kerana pengorbanan nya, belajar lah untuk memberikan hati.

2.walau pun kita tak punya perasaan pd dia, tp kerana kesanggupan nya untuk memberi kan hati, maka belajar lah kita untuk berkorban!

Maya Lisa said...

ALAMAK ! MAYA RASA MAYA SOKONG...AZAH ROHAIZAH KATA ^^

..::SangRatoo::.. said...

dedua ada maksud tersurat dan tersirat :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search