Followers

13 April 2012

"cikgu nak ke ilmu ular? kunci mulut ular .."


Tadi petang – sempat singgah warung kopi. Berbual dengan orang kampung Belanga. Sempat jumpa Pakcik Rahim, orang  tua yang dikatakan ‘berani’ dengan ular. Beliau sering dipanggil jika orang kampung berdepan dengan ular. Dikatakan beliau dapat mengunci mulut ular ..

“Pakcik rahim .. saya dengar pakcik ‘boleh’ dengan ular?”
“hmm hmm .. adale sikit-sikit”
“Tak kira ular apapun jenis. Pakcik tak takut?”
“Tak .. “
“Bagaimana pakcik bila berdepan dengan ular?”
“Pakcik ‘kunci’ mulut ular.  Jadi dia tak boleh buat apa-apa .. tapi kena ‘buka’ semula mulut dia. Kalau tak ular itu akan mati. Tak boleh makan …”
“Hah! saya kena belajar ni ..”
“Boleh. Ada syarat-syaratnya..”
“iyake? apa dia syarat dia pakcik?”
“Antaranya tak boleh tinggalkan solat. Ada bacaan tertentu ... dan yang penting akan ‘kena sudi’ .. “



“Kena sudi? camana tuu?”
“Kena sudi ... akan terserempak dengan ular. Bukan sekali tapi banyak kali. Di mana-manapun akan terserempak … Satu lagi akan ‘disudi’ dalam mimpi. Ular itu akan datang dalam mimpi”
“Dalam mimpi?”
“iya. biasanya ular akan datang dalam mimpi. Kita kena berdepan dengan ular itu”

“Pengalaman pakcik ‘kena sudi’ camana?”
“Banyak. Pertama kali beramal ilmu ular. Pakcik sering terserempak dengan ular. Pernah masa pakcik naik motor dalam kebun getah. Ada 2 ekor ular .. dia ekori pakcik .. pakcik jalan dia jalan. Pakcik berhenti dia berhenti ..”

“Bagaimana pakcik ‘kena sudi’ dalam mimpi?”
“Dalam mimpi pula, pakcik didatangi ular besar. Ular tu datang depan pakcik ... pakcik kata pada diri pakcik ... pakcik tak akan lari ... datanglah pakcik tak akan lari ... kemudian ular tu datang depan pakcik. betul-betul depan pakcik ... ular itu tundukkan kepalanya pada pakcik … kemudian ular itu beredar pergi .. ”

“Camana nak ke ilmu tu cikgu?”
“ermmmm … rasanya terima kasih je le pakcik. Tang bab 'kena sudi' tu .. saya tak sanggup le ‘kena sudi’ dek ular. Didatangi ular walaupun dalam mimpi. Kalau  didatangi ‘permaisuri’  yang lawa ... walaupun berkali-kali okey le gak ... hahah!!”

“haha!!”  ( pakcik itupun turut sama gelak ... )

p/s -  aku suka bergurau dengan pakcik tuu ..  suka tengok dia gelak ..

8 comments:

mountdweller said...

Salam Rashid

Kenapa tak terima jer ilmu tu. Pas tu bolehlah kungsi pula ngan uncle.

4feet8 said...

haha..cikgu.
saya bukan mimpi ular.
tapi ular tu datang mcm berdiri depan saya. tegak.
saya pun kaku. dia pun kaku utk beberapa minit..
nak lari, takut kena patuk,kan..?

fourfeeteight.blogspot.com

Rumah Kuning said...

cikgu rashid ular. takyah..takyah. tak sedap nama tu. hehehe

Mardhia Yusof said...

cikgu,

saya mimpi banyak sangat ular yang macam musim mengawan dalam citer Anaconda tuh, lagi la pelik.

da 3,4 kali la mimpi camtuh..
saya pergi mana2 pun ada ular sawa.
yang brtmbah pelik, everytime lepas hujan, makin banyak ular yg ada..

hisssh..seram pun ada..geli..

Rashid said...

Mountdweller
salam uncle ..
hehe .. bukan apa. Bab ‘kena sudi’ ngan ular tuu .. adoii ..

Rashid said...

4feet8
wow!! sama-sama kaku .. kalau orang macam ‘jatuh cinta pandang pertama’ tuuu ..

Rashid said...

Rumah kuning
haha!! takde kuasa le cikgu nak pakai nama tuu .. buat seriau diri sendiri je ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
uisss .. gitu sekali mimpi ..
Mar, macam mana boleh mimpi begitu sekali? memang pelik tuu.
Nak kata mar belajar ilmu ular rasanya tak mungkin!! Jauh sekali!! sebab tengok mar dah boleh agak memang penggeli ular ..

Nasib baik le saya takde mimpi ular. Mimpi 'terbang' dan 'tangan ada kuasa sakti' biasale ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search