Followers

28 April 2012

Lihat ibunya .. lihat anaknya ..



Petang semalam – memandu kereta di jalan Ketereh. Sempat aku snap guna handphone kabur dan murah. hehe..

Dalam kederasan kenderaan yang bertali arus .. lihatlah si anak kecil yang masih merah berselimut didukung ibunya ..  


Gambar ini buatkan aku berfikir sekejap. Fikirkan tentang  nilai kasih sayang. Fikirkan tentang keprihatinan ibu bapa tentang soal keselamatan anak yang masih kecil ..

Terfikir juga aku tentang perlunya rasa bersyukur kerana kita masih mampu miliki kenderaan beroda empat dan berbumbung …walaupun murah ..


14 comments:

zety said...

saya selalu jugak terfikir macam apa yang cikgu fikirkan.

azahrohaizah said...

salam,
cikgu boleh snap gambar si kecil yg masih merah dlm dukungan ibu, dgn handphone murah
tapi cikgu tak boleh snap hati si ibu walau dgn semahal dn secanggih mana pun camera atau handphone itu.,

jauh di sudut hati nya betapa dian inginkan...betapa dia risau dan betapa dia berharap...

Adylia Qarissa said...

Ya Allah...bersyukurlah kita punyai sedikit kemewahan berbanding orang lain...

bahaya tu, jalan ketereh pon sesak dengan kenderaan.. tapi terfikir, kenapa kat sana masih ada yang tak nak pakai helmet untuk keselamatan diri..atau mungkin dorang pikir kawasan kg, jadi dorang selamat..ermmmm

eMMe said...

Assalamualaikum Cikgu Rashid... Terima kasih atas doa cikgu...

Cikgu.. Kasih sayang yg kite leh lihat walaupun hanya ade kenderaan dua roda memadai, tapi... Bahaya kan keselamatan, malang x berbau...

Hanif said...

Kita sentiasa kena berfikir kalau kit asusah ..ada orang lagi susah..betul tak?
Support me by daily vote me for blogger of the year

Rashid said...

Zety.
itulah .. tapi kita memang akui hakikat kasih sayang ibu ..

Rashid said...

azahrohaizah
ermm .. tersentuh hati saya bila baca bait “jauh di sudut hati nya betapa dia inginkan...betapa dia risau dan betapa dia berharap...’

Tapi apakan daya kan .. dia seadanya ..

Rashid said...

Adylia Qarissa
Betul tu adylia .. saya perhatikan ramai tak pakai helmet .. macam bandar cowboy pula .. hehe

Rashid said...

eMMe
Itulah maksud saya .. mungkin ‘susah’ kot nak pakai topi keledar .. dekat jeeee mungkin ..

Rashid said...

hanif
Betul tu hanif. Kita perlu ada rasa syukur apa yg kita miliki ..

nyanyisunyi said...

Salam cikgu Rashid..
lamanya kak ida tak ke sini...

sebenarnya kita kena kerap memandang ke bawah..lihat org2 yg lebih susah dari kita barulah kita sentiasa bersyukur atas apa yg kita ada..

Rashid said...

nyanyisunyi
Betul tu kak ida .. boleh memandang bintang tapi perlu juga tengok rumput di bumi ..

man said...

itu je yang dia mampu kan..hehehe

Anonymous said...

Sempat juga.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search