Followers

18 July 2012

Pelajar perempuan & ketukan pintu


 sekadar hiasan ..

Tadi jam 9.15 malam – aku buat kelas tuisyen asrama untuk pelajar tingkatan 5. Lebih  kurang 40 orang pelajar yang terlibat.  Kelas tuisyen diadakan di dalam sebuah kelas. 

Hujan masih lagi turun renyai-renyai …

Tiba-tiba dumm!!! pintu kelas tertutup rapat … agak kuat bunyinya ..

Semua pelajar berpaling kat pintu. Aku juga berpaling ..
“Pedulikan .. angin tuu ..”

Beberapa orang pelajar perempuan masih memandang pintu kelas ..
“cikgu .. bunyi macam orang ketuk pintu cikgu ..” salah seorang pelajar perempuan bersuara. Pelajar yang lain terus memandang pintu.

“ishh kamu ni. Macam-macam … angin biasa le tu .. kan pintu tu tak boleh tutup rapat!!!” aku tegaskan suara. Tak mau pelajar bagi perhatian kat pintu …

Hujan mula turun agak lebat …

Jam 10.15 malam .. aku berasa tak sedap hati. Terlintas dalam kepala .. andaikata tiba-tiba lampu kelas terpadam? tentu gelap kelas ni .. Hujan makin lebat pula tuu ..

Aku bukannya apa .. pelajar perempuan kan .. kalau lampu terpadam tentu meraung sakan .. kan lain pula jadinya ..

Aku buat biasa je .. berdoa dalam hati  .. jam 10.30 aku terus tamatkan kelas awal sikit (sepatutnya jam 10.45 ..)

p/s – sekolah ni selalu juga berlaku pelajar histeria .. yang selalu kenapun pelajar asrama pula tuu.. so lebih baik aku tamatkan cepat sikit .. malas nak layan pelajar-pelajar perempuan yang memang pantang bunyi pelik sikit ..


16 comments:

4feet8 said...

sekolah berasrama penuh ke cikgu mengajar..? kat area mana..?

zacky786 said...

waa lme x dtg blog ni :) slmt pose cikgu

KakNi (CikNi Ahnie) said...

Wa wa waaaa..... buat suspen jer lah.... hu hu hu.... selamat berpuasa ye...

Rashid said...

4feet8
tak .. sek men biasa je. Kat .. jln nak ke Gua Musang ..;)

Rashid said...

zacky
waa selamat pose utk zacky juga. Jgn monteng pose ya.

Rashid said...

Kak Ni
selamat berpuasa juga utk cikni ..

LiNda said...

Assalamualaikum ,

wahh, malam hujan ketukkan pintu
kalau saya pun cepat2 habiskan kelas
hehe

zahanis said...

menakutkn jgk huhu...just visiting...kalau ada masa jemput ke blog sya ye thx http://kakiblogger.mygeng.org/#s01

Hanif Idrus said...

Kalau pompuan kena histeria....gawat satu sekolah...hehehe

Iefa Ujang said...

takot plak bila bca crita ni , xleh bayang kelas time mlm2 . eeee . . . seram sejuk

SangRatoo said...

seram juga ye..harap² Cikgu tak cuak juge..hehe..apa² pun..Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarrak..semoga ramadhan kali ini akan memberikan seribu rahmat buat cikgu sekeluarga :)

Rashid said...

Linda
wassalam ..
malam yang sejuk lagi menyeramkan .. sejuk okey lagi tapi yang seram tuuu .. hehe

Rashid said...

zahanis
takdelah hanis … masa tu risau je ..

Rashid said...

hanif idrus
Betul tu .. bukan main kuat lagi dorang meraung… siap mengelupur ..

Rashid said...

Iefa Ujang
hehe … seram sejuk ek ..

Rashid said...

SangRatoo
Saya okey je. Sentiasa cool .. ;)
terima kasih sangratoo ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search