Followers

13 August 2012

“Cikgu, Natasya sering menangis kerana cikgu ...”


 sekadar hiasan

Habis je mengajar kelas 4 Sains, aku terus melangkah keluar menuju ke bilik dan belum sempat aku masuk bilik, aku dipanggil seseorang ...

“Cikguuuu …”
Aku berpaling. Rupanya Ezlyn, pelajar dari kelas aku tadi.

“Ezlyn, ingatkan sapa tadi ... Ada apa Ezlyn?”
“Cikgu ... boleh cakap dengan cikgu jap ...”
“Okey ... marilah masuk bilik cikgu ...”

“Duduk Ezlyn .. “
“Cikgu, sebenarnya saya nak bagitau cikgu … tuu Natasya cikgu. Dia nangis cikgu ...”
“Menangis ... kenapa?”
“Dia menangis kerana cikgu ...”
“Cikgu! cikgu mana ni?”
“Cikgulah ..”

Terkejut aku  … terus tertanya-tanya dalam hati,  “Menangis kerana aku? apa aku telah buat?”

“Cikguu .. sebenarnya sejak dua tiga hari ni .. Natasya sering menangis cikgu. Malam tadi kat dalam bilik asramapun dia menangis cikgu . Tadi habis kelas cikgu, dia masuk bilik air .. dia menangis lagi cikgu ..dia menangis kerana cikguu .. ”

“Kenapa dengan dia? Apa cikgu telah buat? ..”

“Dia kata .. cikgu tak pedulikan dia.  Seolah-olah dia tak wujud dalam kelas cikgu … sebelum ni cikgu selalu juga sebut nama dia dalam kelas. Sekarang ni cikgu duk sebut dan panggil nama pelajar-pelajar lain je”

Aku ???

20 comments:

DekNie said...

perasaan dia tgh terganggu kot... sbb tu sensitif semacam je...

Mardhia Yusof said...

dia nak perhatian tu..
biasalah remaja.

hati2 cikgu..

4feet8 said...

Hahaha..
saya pun pernah perasan camtu gak cikgu. dulu, masa sekolah, cikgu Rosli ni, selalu panggil saya tolong dia angkat buku, kalau kuiz pun selalu saya je ditolong(perasan betul!)hehe, n kelab olahraga pun selalu berlari kat pantai sama-sama..
tapi rupanya takde pape pun..
hanya hubungan cikgu yang erat dgn murid je.
tapi, muridlah, habis ditimpa perasaan berbunga-bunga..muehehe..
kenangannya..

4feet8 said...

tapi, teringin juga jumpa cikgu rosli tu lagi. tapi sy pun dah lama terputus hubungan sejak berpindah ke KL 19Tahun yg lepas..

LadyBird said...

hehe.. kelakarlah natasya tu.. tp ok per, die suke cikgu.. mesti die pandai dalam mtpljrn sns..

SangRatoo said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin utk cikgu sekeluarga ye..hati² memandu :)

-jue, ajib & aaron-

aliadijamina said...

Perasaan sorang remaja, heheee.

Selamat Hari Raya, mohon maaf zahir batin.

Hanif Idrus said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!!
Selamat bercuti dan jika pulang ke kampug hati-hati di jalanraya
Blog aku pun cuti gak ….hehhheeh
Tapi entri tetap ada sepanjang hari..
Cuma tak ler blogwalking …hahahahah
Selamat Hari Raya

KakNi (CikNi Ahni) said...

Sian nyer both u and natasha... sabo je ek...

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir & Batin.

Anonymous said...

Slmt hr raya cgu shid...

Rashid said...

DekNie
erm.. mungkin juga tu deknie ..

Rashid said...

Mardhia Yusof
hati-hati di jalan raya .. bila melintas tengok kanan kiri .. kanan .. ;)

Rashid said...



4feet8
wah berlaripun sama-sama ngan cikgu .. tapi pelajar olahraga kan .. biasa le tu. Ambil angin lain berlari tepi pantai ..

19 tahun lepas? aduaii lamanya tapi masih kuat ingatinya. camana agaknya cikgu tu sekarangkan?

Rashid said...



ladybird
Betul tu. Natasya tu salah sorang pelajar target dan harapan sekolah ..

Rashid said...

Sang Ratoo
terima kasih sang ratoo .. selamat raya juga ..

Rashid said...


aliadijamina
Perasaan remaja perempuan.. gitukan ..
selamat raya juga utk amoiiiii alia …

Rashid said...


Hanif Idrus
Blog cuti tapi entri tetap ada? wahhhh ..

Rashid said...

Kakni
hehe .. biasale tu kan. Dunia cikgu ..

Rashid said...

anonymous
terima kasih anonymous .. sape ni?

Irfa said...

bahaya ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search