Followers

07 August 2012

“saya diganggu Jin. Ada 10 jin semuanya .. “


Aku didatangi 2 orang pelajar yang baru je habis belajar kat matrikulasi. Datang ke bilik aku untuk dapatkan pengesahan sijil untuk sambung belajar di Universiti.  Satu ke Universiti Malaysia Terengganu, satu lagi ke Universiti Malaysia Perlis (uniMap).

Sambil tandatangan,  borak-borak ..

“Camana Nur Fatehah, Wana ..  sihat?” 
“Sihat cikgu .. “ ujar Fatehah.
“Saya je tak berapa okey cikgu ..”  ujar Wana.
“Tak berapa okey? sakitke?
“Saya balik duk berubat cikgu .. sekarang ni okey sikit le ..”
“Berubat! Ni sakit pe ni?”
“Entahle cikgu .. kena gangguan jin masa belajar kat matrikulasi ...”
“Jin ..  camana tau jin yang ganggu ..”
“Tu ayah Aisyah, pakcik Aziz yang bagitau .. saya berubat dengan dia..”
“Ayah Aisyah.  Aisyah kelas 5 Melur tu ke?. Ayah dia bomoh?”
“Iya cikgu. Ayah dia boleh bab bab gangguan jin, kena ilmu hitam .. sihir .. keluarga saya sebelum inipun ramai juga yang kena ganggu. Kami semua sejak dulu duk pergi berubat dengan ayah Aisyah. Alhamdulillah semua dah sembuh”

“Semasa berubat, ayah Aisyah kata apa?”
“Dia kata .. saya diganggu jin. Ada 10 jin semuanya ..’
“Wow!! 10 .. ramainya peminat ..”
“hehe .. cikgu nii .. ke situ pula…”

Dalam hati aku .. 10 jin? ramai tuu ..














“Cikgu, toyolpun ada juga kat sana cikgu ..” ujar Wana lagi.
“ishh ishh biar betul Wana ni …”
“Betul cikgu .. ada roti saya dimakannya. Satu malam tu ada 2 keping roti, saya tinggalkan atas meja. Tengok-tengok tinggal sekeping ..”

“hah!! adake toyol. Ni tentu Wana yang makan tapi lupa .. atau ‘roommate’ yang makan ..” potong aku.
“Tak cikgu. Saya tanya ‘roommate’ .. dia tak makan. Saya kenal ‘roommate’ saya cikgu. Diapun terkejut. Nak kata ada orang lain masuk bilik. Bilik berkunci cikgu .. Kat Matrikulasi sana ramai student percaya ada toyol .. “

Toyol? Tadi Jin .. Aku ngeleng-ngeleng kepala. Senyum ..  makin lebar senyum ..
“Itulah Wana. Ramai peminat sangat. Tengok tuu. Bukan setakat Jin. Toyol pun … hehe”

“Cikguuu niiiiii … “

9 comments:

Lady Windsor said...

Salam Rashid,
lama tak update ya..macam mana Ramadhan di sana? O ya, kalau tak silap saya rakan2 di 6A1, 6A2, 6A3 dan 6A4 batch kita sedang merancang nak buat perjumpaan di rumah Cikgu Fauziah (guru pengajian Am SIS..) jemputlah datang, nanti saya uodate hari apa mereka nak adakah event tu...ok selamat berpuasa!

dee said...

toyol? jin? baiklahh!

KakNi (CikNi Ahni) said...

Rasa2 nyer ada org yg mmg prompt dgn jin nih. maksud nyer senang kena atau asyik nak kena je. kesian.

4feet8 said...

lamanya tak update cikgu..

sebut pasal bomoh, teringat masa arwah abah saya gi berubat kat sebuah kampung kat pasir mas. orang kuat2 agama jugala.

beria-ia dia belah perut arwah abah untuk buang kanser (tapi dgn cara baatin dan bacaan). tapi still tak jadi apa-apa. punyalah minum susu kambingla, campur daun apa entah namanya(bukan misai kucing), tapi arwah still kena admit wad untuk buang kanser usus tu juga..

tu yg sy sgt susah nak percaya perubatan batin mcni lagi..

Mardhia Yusof said...

Assalamualaikum cikgu..

macam mana puasa?

matriks mana yang berpenunggu tuh?issk..kesian students nak study..saya tak boleh bayangkan kalau kat tempat diorang..lemah semangat skit.

zety said...

salam cikgu,

matrikulasi yang mana ada hantu?risau pula dgrnye.adik saya ada di matrikulasi tapi insyaallah selamatlah hendaknya

DekNie said...

salam kenal... salam ramadhan...

LadyBird said...

salam cikgu, cikgu tak percaya ke semua tu? huhuhuhuhu.. sedih tau.. lady pun pernah kene dlu2..

Shaifulrizan epul said...

4feet8 dpt kita brubat..brubatlah cara islam..mengikut sunnah...tak semua kelihatan briman itu briman..kerna iman bkn di ukur dgn penampilan saja..malah hati pun mesti briman jgak..sbab tulah nak jumpa pengubat mesti hati..perhatian...selepas rasulullah di bedah oleh malaikat..untuk mencuci segala isi atinya...x da yg dpt lagi membedah lagi secara batin..kalau ada pun itu semua bantuan dr khadam jin..jadi haram hukum nya...membedah secara batin..kecuali rasulullah sahaja yg dpt dan itu lah pe,mbedahan batin yg trakhir..jika ada selepas itu..haram hukuman nya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search