Followers

25 September 2012

Seringgit .. demo akan boleh RM20,000.00



Sebaik parking kereta, aku terus masuk pasaraya ..  sebaik je melangkah masuk, aku disapa oleh seorang lelaki India. Umur 40an gitu ..

“Kereta baru ke?”
“hmm hmm ..”
“Dah berapa lama beli?”
“ermm ..  6 bulan gitu ..”
“Demo punya nombor kereta ‘kena’ …”
“No kereta? Kena? ..” aku tak berapa faham ..
“No kereta demo ‘kena’ kelmarin .. nombor satu .. rugi kawe tak ambil nombor kereta demo.” ujar lelaki India itu lagi.

“Kena camana?” aku tanya. Sekadar mau tau.
“Kalau demo beli ‘nombor’ .. kalau ‘kena’ seringgit demo boleh dapat RM20,000.00.  Kalau RM2.00  demo ‘tikam’, demo boleh dapat RM40,000.00 …”
“Tapi demo bukan jenis main nombor. Biasanya nombor kereta orang yang tak main nombor selalu naik. Orang macam kawe yang selalu main nombor .. biasanya tak kena ..” ujarnya bernada agak kecewa ..

Aku diam. Senyum ..  dalam hati aku, ‘ishh India ni .. dia tak nampak ke aku pakai kopiah. Selamba je dia bercerita tentang ‘tikam nombor’ kat aku ....”

 
 ishhh .. buat malu je berpakaian begitu kat situ ..

p/s – Maaf, bagi aku hanya orang yang kurang akal je nak kaya dengan main nombor tikam nombor ni .. ..  

6 comments:

dee said...

memang tak la -____-"

Irfa said...

bos tpt lama beli no pakai no ic saya yg last 4 angka tu..kena pulak tu.sian saya kan?tak pasal2 subahat

Rashid said...

dee

Itulah .. pelik saya tengok orang main nombor ni ..

Rashid said...

Irfa
hehe .. pandai bos irfa tu ya. Pandai cari dosa. opss adoiii ..

Hanif said...

Main judi tak ke mana..perabih duit

Rashid said...

Hanif
Betul tu hanif .. gilerrr kan diorang ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search