Followers

19 October 2012

Semangat The Red Warriors


Pagi tadi - balik dari kelas tuesyen. Dalam keadaan hujan turun renyai-renyai, aku terserempak dengan budak-budak di di tepi jalan. Mereka dengan semangatnya mengibar bendera negeri Kelantan dan Malaysia. Sambil mengibar bendera, mereka melaung-laungkan nama “Red Warriors” kepada deretan kereta yang kebanyakannya turut mengibar bendera Kelantan.



Deretan kereta sudah mula menuju KL …



Dalam tengah memandu itu, tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan bercerita kisah muridnya beberapa hari yang lalu. Kawan aku itu juga seorang guru. Dia mengajar di sekolah rendah. Satu ketika, dia minta murid-muridnya menamakan nama-nama bendera. Kebetulan dalam kelasnya ada deretan bendera negeri-negeri. Disuruhnya murid-muridnya menamakan bendera dengan menulisnya di dalam buku latihan.

Semasa memeriksa buku latihan, ada seorang muridnya menulis nama bendera negeri-negeri dengan betul. Tapi sampai kepada bendera negeri Kelantan, bukan ditulisnya ‘KELANTAN’ sebaliknya ditulisnya ‘GOMO KELATE GOMO’ ..   hehe .. tersenyum je kawan aku semasa menyemaknya.

p/s - kuatnya pengaruh  bola sepak kelate .. 

16 October 2012

Kisah orang kaya dengan matanya yang rosak



Jam 10.25 pagi – dengar Radio Kelantan dalam kereta. Tertarik dengan kisah …

Seorang ustaz mengisahkan bagaimana terdapat seorang lelaki kaya yang mata sebelah kirinya rosak. Mata kanan okey je. Lelaki kaya itu terus berusaha mencari mata yang sesuai untuk menggantikan mata kirinya yang rosak. Seluruh pelusuk dunia dicarinya … duit tak ada hal punya. Namun cari punya cari tak dijumpainya.

Berkat usaha dan tak kenal erti putus asa, akhirnya lelaki itu berjumpa juga dengan mata yang sesuai dengannya. Mata itu datang dari negara India. Maka Pakar / Doktor mata terus menjalankan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan mata telah berjaya. Lelaki kaya itupun dapatlah melihat dunia dengan kedua-dua belah matanya. Dia bersyukur amat.

Beberapa bulan kemudian, orang kaya itu telah datang berjumpa Doktor mata yang menjalankan pembedahan matanya.

Doktor Mata: Mengapa .. ada masalah dengan penglihatankah?
Orang Kaya: Tak .. alhamdulillah kedua-dua mata dapat melihat dengan baik. Terang benderang .. cuma ..
Doktor Mata: Cuma apa?
Orang Kaya: Cuma time nak tidur je ada masalah. Masa mata sebelah kanan mengantuk, mata sebelah kiri tak mengantuk. Masa mata sebelah kiri mengantuk, mata sebelah kanan pula tak mengantuk. Payah nak tidur dibuatnya ..




Begitulah kisahnya. Apa yang jelas … rasa bersyukur perlu ada dalam diri kita semua. Apa yang Allah s.w.t kurniakan pada diri kita tak ada bandingannya dari segi nilai. Tak ada bandingan harganya. Tak ada setaranya. Nikmatnya tak terhingga. Semua yang diberinya adalah yang original. Andai yang original diganti dengan yang lain, betapa tinggi nilai harga, tak mungkin sama dengan kurniaan Allah s.w.t itu. Tak mungkin sama dari segi nikmatnya!!

p/s: Perlunya kita bersyukur dengan nikmatNya. Menjaga dan menghargainya. Menyayanginya …


12 October 2012

Kelantan lawan Selangor





Sedang berlangsung .. Kelantan lawan Selangor di Stadium Shah Alam.

Azman: Rasa-rasa berapa gol Kelantan akan sumbat malam ini?
Mail: Kelantan akan sumbat 2 gol.
Irwan: arghhh. Tak ah .. aku rasa 3 gol.

Pak Mat: Kelantan menang 3-1
Jusoh: 4-1 Kelantan menang!!

Jali: Alaahh aku rasa Kelantan menang 1-0 je
Rahim: ishh mu  ni. Mana boleh 1-0. Kelantan mesti sumbat banyak gol malam ni. Aku rasa 4-0

Mail:  Aku .. aku nak Kelantan sumbat 2 gol cukup doh. 

p/s – Itu semua fanatik ke? Rasanya tak ada .. itu bukan fanatik. Itu semangat!! Semangat  ‘Anak Kelate’. Untuk orang Selangor, jangan marah ek. Faham-faham le semangat 'orang Kelate' tu. hehe

09 October 2012

Pelajar dan pelacur asing ..


 Gaya berfikir kritis ..


Ketika mengajar dalam satu kelas .. 4 Aman  ..

“Sekarang cikgu nak semua pelajar berfikir. Guna otak. Latih otak untuk berfikir. Jangan beku! Jangan fakir fikir ..  Untuk soalan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ) sebenarnya tidak ada jawapan dan skema yang mutlak. Tidak ada jawapan yang tetap. Mana-mana jawapan pelajar yang munasabah akan boleh diterima. Pelajar jangan takut untuk berikan pandangan  …”

“Okey, cuba tengok soalan nombor 5 (e), itu soalan KBKK…
Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dan kesejahteraan negara perlu dikekalkan? cuba pelajar berikan pandangan ..”

Pelajar A: Supaya negara kita tak dijajah ..
Pelajar B: Bebas pergi ke manapun, tak ada rasa takut ..
Pelajar C: Untuk meningkatkan ekonomi negara ..
Pelajar D: Supaya negara dapat ditadbir dengan baik ..
Pelajar E: Menarik pelancong luar datang ..
Pelajar F: Menarik pelacur asing ..

Aku: “hah!! jap jap. Untuk menarik pelacur asing? .. jap .. cuba kita fikirkan bersama .. bolehke diterima jawapan itu … Bagi cikgu … lebih tepat kalau kita tukarkan ‘pelacur asing’ itu menjadi ‘pelabur asing’ .. untuk menarik pelabur asing datang ke negara kita .. itu lebih sesuai ..

Bila habis kelas, aku melangkah keluar. Dalam melangkah, terfikir sejenak akan jawapan pelajar tadi ...  kekalkan keamanan kesejahteraan negara untuk menarik pelacur asing? …


06 October 2012

Dendam gadis cantik pada lelaki bermata nafsu ..




“Daripada sakit sendirian, biar semuanya sakit,” kata Chi, 16, gadis Vietnam penghidap penyakit kelamin kronik yang dieksploitasi sebagai pekerja seks selepas diperangkap sindiket pelacuran.

Berkongsi kisah hitamnya dengan Harian Metro, Chi mendakwa dia dipaksa menjadi pekerja seks di Malaysia selepas terperangkap dengan janji manis sindiket pelacuran yang menawarkan pekerjaan sebagai model atau kerani dengan bayaran mencecah RM3,000 sebulan.

Menurutnya, sejak dipaksa menjadi pekerja seks, dia mula berdendam dengan lelaki dan hanya berpura-pura gembira ketika melayani mereka di ranjang.

“Jika tidak berbuat demikian, saya dipukul bapa ayam. Jadi, mahu tidak mahu, saya terpaksa layan mereka,” katanya memberitahu dia turut dipaksa mengambil ubat yang membolehkannya melayan 10 lelaki dalam satu malam.

>>>>> 

Baca kisahnya buatkan aku terfikir sejenak. Betapa marah dan dendamnya gadis yang boleh dikatakan masih remaja itu. Marah dan dendamnya pada sang lelaki yang bermata nafsu. Lelaki yang mata hatinya sudah mati. Lelaki yang jiwanya sudah kosong. Lelaki yang hati dan jiwanya sentiasa bergelora, bertempik memukul diri kerana haus dan dahagakan seks. Lelaki yang gilakan keseronokan dan inginkan kepuasan diri tanpa fikirkan erti kesakitan dan kepenatan kudrat. Kudrat dan daya seorang gadis yang tak mampu untuk bersuara. Tidak mampu lagi untuk meminta tolong. Tidak mampu lagi untuk mengatakan tidak dan jangan ..

Akhirnya suara gadis itu mulai perlahan, kedengaran sayu dan sakit, “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, “Alang-alang mengenggam api biar sampai menjadi abu “  dan ...  “Alang-alang aku dah sakit dan dah nak mati .. biar semua orang sakit dan mati juga”.

Aduhai dunia. Balasannya belum sempat dibalas di sana ..

Itulah hakikatnya yang berlaku pada dunia hari ini. Kerana angkara nafsu, nilai kemanusiaan semakin hilang. Makin sirna. Tak lagi ada rasa …



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search