Followers

16 October 2012

Kisah orang kaya dengan matanya yang rosak



Jam 10.25 pagi – dengar Radio Kelantan dalam kereta. Tertarik dengan kisah …

Seorang ustaz mengisahkan bagaimana terdapat seorang lelaki kaya yang mata sebelah kirinya rosak. Mata kanan okey je. Lelaki kaya itu terus berusaha mencari mata yang sesuai untuk menggantikan mata kirinya yang rosak. Seluruh pelusuk dunia dicarinya … duit tak ada hal punya. Namun cari punya cari tak dijumpainya.

Berkat usaha dan tak kenal erti putus asa, akhirnya lelaki itu berjumpa juga dengan mata yang sesuai dengannya. Mata itu datang dari negara India. Maka Pakar / Doktor mata terus menjalankan pembedahan. Alhamdulillah pembedahan mata telah berjaya. Lelaki kaya itupun dapatlah melihat dunia dengan kedua-dua belah matanya. Dia bersyukur amat.

Beberapa bulan kemudian, orang kaya itu telah datang berjumpa Doktor mata yang menjalankan pembedahan matanya.

Doktor Mata: Mengapa .. ada masalah dengan penglihatankah?
Orang Kaya: Tak .. alhamdulillah kedua-dua mata dapat melihat dengan baik. Terang benderang .. cuma ..
Doktor Mata: Cuma apa?
Orang Kaya: Cuma time nak tidur je ada masalah. Masa mata sebelah kanan mengantuk, mata sebelah kiri tak mengantuk. Masa mata sebelah kiri mengantuk, mata sebelah kanan pula tak mengantuk. Payah nak tidur dibuatnya ..




Begitulah kisahnya. Apa yang jelas … rasa bersyukur perlu ada dalam diri kita semua. Apa yang Allah s.w.t kurniakan pada diri kita tak ada bandingannya dari segi nilai. Tak ada bandingan harganya. Tak ada setaranya. Nikmatnya tak terhingga. Semua yang diberinya adalah yang original. Andai yang original diganti dengan yang lain, betapa tinggi nilai harga, tak mungkin sama dengan kurniaan Allah s.w.t itu. Tak mungkin sama dari segi nikmatnya!!

p/s: Perlunya kita bersyukur dengan nikmatNya. Menjaga dan menghargainya. Menyayanginya …


3 comments:

J~N said...

terima kasih atas perkongsian dan peringatannya =)


jemput lawati : http://kelipkelipbintangkecil.blogspot.com/

Mardhia Yusof said...


syukur alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakanNya..

kena sentiasa bersyukur.
tak semestinya, banyak duit boleh hidup sihat.

sbb rata-rata orang yg byk duit la berpenyakit.sbb selalu mkn sedap2. hehe. tp sbenarnya kat situ lah Dia nak uji kan..masa senang, ingat tak dekat Dia..

*peringatan utk diri sendiri juga.

Muallim Adham said...

slm alaik. wah lama sungguh x singgah cni. mcm2 cerita baru rupanya heheheh.. cerita mata pon jd kijo sbg tazkirah. alhamdulillah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search