Followers

09 October 2012

Pelajar dan pelacur asing ..


 Gaya berfikir kritis ..


Ketika mengajar dalam satu kelas .. 4 Aman  ..

“Sekarang cikgu nak semua pelajar berfikir. Guna otak. Latih otak untuk berfikir. Jangan beku! Jangan fakir fikir ..  Untuk soalan KBKK (kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis ) sebenarnya tidak ada jawapan dan skema yang mutlak. Tidak ada jawapan yang tetap. Mana-mana jawapan pelajar yang munasabah akan boleh diterima. Pelajar jangan takut untuk berikan pandangan  …”

“Okey, cuba tengok soalan nombor 5 (e), itu soalan KBKK…
Pada pendapat anda, mengapakah keamanan dan kesejahteraan negara perlu dikekalkan? cuba pelajar berikan pandangan ..”

Pelajar A: Supaya negara kita tak dijajah ..
Pelajar B: Bebas pergi ke manapun, tak ada rasa takut ..
Pelajar C: Untuk meningkatkan ekonomi negara ..
Pelajar D: Supaya negara dapat ditadbir dengan baik ..
Pelajar E: Menarik pelancong luar datang ..
Pelajar F: Menarik pelacur asing ..

Aku: “hah!! jap jap. Untuk menarik pelacur asing? .. jap .. cuba kita fikirkan bersama .. bolehke diterima jawapan itu … Bagi cikgu … lebih tepat kalau kita tukarkan ‘pelacur asing’ itu menjadi ‘pelabur asing’ .. untuk menarik pelabur asing datang ke negara kita .. itu lebih sesuai ..

Bila habis kelas, aku melangkah keluar. Dalam melangkah, terfikir sejenak akan jawapan pelajar tadi ...  kekalkan keamanan kesejahteraan negara untuk menarik pelacur asing? …


12 comments:

KakNi (CikNi Ahni) said...

itu jawapan betul-betul ke jawapan tersalah eja... poning kepalo den sbb hakikatnya itu jua yg berlaku

4feet8 said...

soalan dari mana tu cikgu? kementerian ke..? hehe

Aishah Jahirah said...

tersalah sebut ke memang tu yg dia maksudkn....mungkin gak dia tgk berita kat TV banyak kes pelacur kot..

Hanif Idrus said...

Murid tu memang berpikiran kritis..bagus kalau itu yang dia maksudkan//hehehe

Afida Anuar said...

nak kata typo...c dengan b bukannya duk seblah seblah...

my dear cikgu rashid... maaf laaaaama sungguh fida menyepi kali ni...cikgu,dah rasa keindahan kesepian tu? indah kan? kan? kan?....sori lambat jugak reply komen cikgu kat sana.

Fida doakan cikgu sihat2 sokmo. jangan nakal nakal neh;)

Rashid said...

KakNi
a’ahh itu jawapan yang pelajar itu berikan .. kritis juga pandangan dia sebenarnya kan.

Rashid said...

4feet8
Tak lah. Itu soalan struktur. Soalan latih tubi Sejarah SPM ..soalan bentuk KBKK ..

Rashid said...

Aishah Jahirah
Memang itu yang dia maksudkan .. Pelacur asing ..
Saya rasapun begitu juga. Kan sekarang ni selalu je keluar berita kes pelacur asing kat Malaysia ..

Rashid said...

Hanif Idrus
hehe .. kritis kan. Saya saja je .. tak nak dia tulis jawapan itu atas kertas ..

Rashid said...

Afida Anuar
Fida .. saya dah lama merasai betapa indahnya sepi itu .. Masa kat Kota Kinabalu dulu, bila time sepi je terus pergi kat tepi pantai Tanjung Aru.. tengok apa yang patut, buih-buih ombak, dengar deru ombak .. tengok gelagat anak-anak kecil main ombak, main pasir ..

terima kasih atas doa fida .. nakal? taklah saya ni cikgu yang baik .. kalau nakalpun sikit-sikit je. hehe ..

p/s – jgn sepi terlalu lama sangat k ..

Mardhia Yusof said...


bahaya..bahaya..
ade pulop bagi jawapan camtuh.
dia main2 kot?

tp soklan kbkk..bleh fikir common sense..lain lah kalau cikgu tanya soklan ekonomi, kenapa Return of Invetsment (ROI) negara kita rendah?haaa..kalau camtuh, lagi la ke laut jawapan dia..hehe..

Rashid said...

Mardhia Yusof
hehe .. return of investsment? confirm nganga mulut le dorang mar ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search