Followers

19 October 2012

Semangat The Red Warriors


Pagi tadi - balik dari kelas tuesyen. Dalam keadaan hujan turun renyai-renyai, aku terserempak dengan budak-budak di di tepi jalan. Mereka dengan semangatnya mengibar bendera negeri Kelantan dan Malaysia. Sambil mengibar bendera, mereka melaung-laungkan nama “Red Warriors” kepada deretan kereta yang kebanyakannya turut mengibar bendera Kelantan.



Deretan kereta sudah mula menuju KL …



Dalam tengah memandu itu, tiba-tiba aku teringat akan seorang kawan bercerita kisah muridnya beberapa hari yang lalu. Kawan aku itu juga seorang guru. Dia mengajar di sekolah rendah. Satu ketika, dia minta murid-muridnya menamakan nama-nama bendera. Kebetulan dalam kelasnya ada deretan bendera negeri-negeri. Disuruhnya murid-muridnya menamakan bendera dengan menulisnya di dalam buku latihan.

Semasa memeriksa buku latihan, ada seorang muridnya menulis nama bendera negeri-negeri dengan betul. Tapi sampai kepada bendera negeri Kelantan, bukan ditulisnya ‘KELANTAN’ sebaliknya ditulisnya ‘GOMO KELATE GOMO’ ..   hehe .. tersenyum je kawan aku semasa menyemaknya.

p/s - kuatnya pengaruh  bola sepak kelate .. 

14 comments:

Unknown said...

huhu.Orang Kelantan memang bersemangat

wakgelas said...

semoga selamat pergi dan kembali.. ehheeE

rumah kuning said...

cikgu tak gi tengok bola di stadium ke? gomo kelate gomo

Nik said...

gomo kelate gomo

dee said...

xminat kelantan. zzzzzzzzz

THE AUTHOR said...

Tahniah..Kelantan juara

4feet8 said...

oo..teringat masa kelantan menang bola haritu, ada pemain melemparkan bendera ke tgh pdg, seorang pemain import kelantan bawa ke padang..hehe..

Rashid said...

rozuan ismail
yup!! semangat no 1 ..

Rashid said...

wak gelas
kita doakan mereka tuu semua ..

Rashid said...

rumah kuning
tak. tengok kat umah je

Rashid said...

nik ros
gomo gomo .. hehe

Rashid said...

dee
ishhh .. dushhhhhhhhhhhhhhhhhhh …

Rashid said...

hanif idrus
terima kasih ..

Rashid said...

4feet8
semangat tuu ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search