Followers

23 November 2012

"Adik-adik remaja, cinta perlukan wang!!"



Balik dari solat jumaat .. baca berita ..  

KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya. Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya. 

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut. Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Baca berita lagi ..

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Remaja lelaki itu mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap. Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."

Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin. Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

 sekadar hiasan

Alfatihah untuk Siti Khadijah …

Kisah dari berita ini buatkan aku terfikir sekejap. Bagi aku tentu ada sebab ibu gadis tersebut tak benarkan anaknya keluar rumah untuk berjumpa kekasihnya. Itu adalah hak ibunya. Maaflah, terus terang,  petikan dari Twitter remaja lelaki itu (seandainya benar) bagi aku, menggambarkan ‘hakikatnya umur remaja’ yang masih belum mampu untuk berfikir dan bertindak dengan baik dan betul. Apatah lagi untuk melayari kehidupan berkasih yang mendapat keizinan dari ibu si gadis. (Apatah lagi keredhaan dari Allah s.w.t).

Kepada adik-adik abang di luar sana (tak kira remaja lelaki mahupun perempuan), perasaan suka, ingin memiliki ‘kekasih’ dan berkasih itu satu naluri yang akan hadir dalam diri. Ia hadir tanpa diundang. Cuma semasa sedang dilamun itu, tak usahlah membelakangi ibu bapa. Hormatilah dan ikutlah nasihat mereka selagi tak menyuruh ke arah perbuatan yang salah. Mereka ada sebab berbuat demikian. Percayalah .. renungan masa depan mereka untuk anak-anak adalah lebih baik dan sudah tentu tak terfikir dek anak-anak.

Kepada remaja lelaki pula, kalau dah jatuh hati pada anak orang, persiapkanlah diri terlebih dahulu. Persiapkan diri dengan ilmu dan kerjaya dulu. Tak usah terlalu ikutkan nafsu dan keinginan. Ini kerana cinta dan kasih tanpa ada sandaran kewangan boleh menimbulkan keadaan masa depan yang tak baik. Ia pasti akan goyah. Itu adalah hakikat kehidupan. Ingatlah, mana ada ibu bapa yang nak bermenantukan jika ‘bakal menantu’ tak ada kerja, apatah lagi kerjaya yang boleh menjamin bila ‘kehidupan berdua’ nanti.

Ini bukan zaman purbakala dulu-dulu yang hidup atas dasar cinta semata-mata akan boleh membawa kebahagiaan. Oh tidak!! bukalah mata, celiklah fikir dan renungilah sekejap akan masa depan …  percayalah cinta tanpa kewangan pasti akan menghuru-harakan cinta dan kasih itu sendiri.


6 comments:

4feet8 said...

ya..saya sokong cikgu. cinta memerlukan wang. lainlah kalau nak hidup dalam gua dan makan pucuk2 kayu, bercucuk tanam. then teruskan. tapi kalau dah hidup menggunakan elektrik dan air, mmg wang diperlukan. jadi, pada adik2 diluar sana, please, kerja dulu, stabilkan hidup..

Syamil Ramli said...

cinta itu buta...heh...
Panas!! ==>> Pemandu Kenderaan Malaysia Bodoh

azahrohaizah said...

salam cikgu,
org yg bercinta ni xkira remaja atau org dewasa selalu nya mcm org mabuk todi, xfikir apa dah, kita ckp lah, nasihat lah semua nya mcm mencurah air kat daun keladi...
tunggu lah bila dh kecewa baruuuuu tau langit tu tinggi ke rendah! ermmm

dee said...

aigoo... camtu pun ada. susah gini.. T_T

Rumah Kuning said...

belajar dulu la dik. dah habis sekolah, kerja. baru boleh cari isteri. cikgu rashid kan?

Mardhia Yusof said...



budak2 zaman sekarang, genY memang dah lain.
berani.agresif.luar kawalan.
belakangkan keluarga. sy pernah alami kes mcm ni.
tp in the end, both family terpaksa bg restu,yg mcm kes nikah usia 13 thn tulah..

berpeganglah pada Jodoh, ajal, maut semua itu di tangan Allah SWT.
yg komen cikgu, memang sy sokong..maybe diorang fikir untuk jangka pendek, bukan untuk jangka panjang..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search