Followers

14 November 2012

“Cikgu .. malam tadi saya mimpikan cikgu"



Pagi – pergi sekolah jap. Terserempak dengan beberapa orang pelajar tingkatan 5. Semuanya pelajar perempuan - dari kelas 5 Sains. Mereka sedang duduk, berbual-bual kat wakaf rehat bersebelahan pintu masuk sekolah.

Menghampiri wakaf, aku perlahankan kereta. Beberapa orang pelajar memanggil nama  aku.

Pelajar A: “Cikgu rashid …”
Aku: “yap!! Ada apa ramai-ramai ni?“
Pelajar B: “Ada kelas tuesyen cikgu”
Aku: “Subjek apa?”
Pelajar B: “Fizik cikgu ... cikgu Ely buat kelas”

Pelajar C: “Cikgu .. nak bergambar dengan cikgu boleh tak?”
Aku: “Gambar .. ambil le” (aku masih di kerusi memandu)
Pelajar C: “Cepat! cepat!! ambil gambar dengan cikgu rashid”
(Beberapa orang pelajar datang  menghampiri aku)
Pelajar C: “Bukan apa cikgu .. habis SPM susah nak jumpa cikgu dah …”
Aku: “Okey ..”




Sedang ambil gambar, salah seorang pelajar (pelajar D) bersuara perlahan 

Pelajar D: “Cikgu .. baru malam tadi saya mimpikan cikgu ..”
Aku: “hah! mimpikan cikgu .. mimpi apa?”
Pelajar D: “Ada le cikgu …”
Aku: “Mimpi apa? bagitau le cikgu …” (terasa nak tau pula)
Pelajar D: “Tak boleh bagitau cikgu ..” (senyum)
Aku: “ishh kamu ni ..  risau cikgu. Harap mimpi yang baik-baik ... mimpi cikgu jadi orang besar-besar ke. Jutawan ke .. dapat gelaran ‘Datuk’ ke .. YB ke” (aku sempat bergurau ..)
Pelajar D: “Bukan cikgu. Tapi ada le .. tak boleh bagitau cikgu ..” (terus senyum)
Aku: “alaaa bagitau le .. buat suspen je dia ni”
Pelajar D: “tak nak bagitau .. malu saya ..”
Aku: “hah!!! jangan mimpi yang bukan-bukan dah ek!!”

Aku tengok pelajar D terus senyum … ishhhh …

Aku terus memandu - nak masuk bilik di pejabat - ambil fail perancangan kerja tahun 2013. Tengok!!! Siapa kata cikgu bila cuti takde kerja? cuti-cutipun ada kerja juga tau …

9 comments:

Haris Khairuddin said...

kalau dah tersenyum2 tu tandanya dia mimpi kawin dengan cikgulah tu.. hehe.. jangan marah. ;p

Liquid said...

haha msti mmpi pasal kawin la ni ape lagi kan cikgu ehe

4feet8 said...

cikgu. yg komen anon kt atas ni mcm spam je..

Rashid said...

Haris

hah! iyake? tak terlintas saya ..

Rashid said...

Liquid

adoiiii .. ke situ pula ek ..

Rashid said...

4feet8
a'ahhh le. saya dah delete tadi. ntahle dari mana dia datang ..

harap tak muncul lagi.

nik ros said...

amboi.bgtau mimpikan cikgu, tanya tak nak la jawab mimpi apa yea. hehe

akak, abg ipar n ma nik cikgu. tahu la mcm mana byknya keje cikgu. lagi2 cikgu skarang ni. byk benda nak kena buat kan.

Rashid said...

nik ros

ros pelajar skrg ni memang gitu. nakal..

a'ahh kan. kasihan kat cikgu. so kalau kerajaan prihatin dan sayang kat cikgu janganle rasa tak puas hati. kan kan ..

hanieynasir (cik nina) said...

btl la cikgu..msti x jmpa pnyer kalau dh lps spm..rindu cikgu2...rindu sekolah...hehehe
after spm n dh masuk u nie...rsa nk blk p sk blk...jdi bdk sek blk..hahahaha...
~your x stdnt spm2010~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search