Followers

02 December 2012

Piasa AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Indonesia







Jam 8.30 malam – dah bersila depan tv. Tak sabar nak tengok Malaysia menentang Indonesia. Tak sabar nak tengok ‘Harimau' menjadikan  ‘burung garuda’ sebagai menu makan malam minggu.

Perlawanan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia, 15 minit pertama, agak cuak juga aku. Risau. Risau apabila pemain Malaysia agak kelam kabut sikit. Kelam kabut di bahagian pertahanan. Ditambah dengan serangan yang tak henti-henti dari Indonesia.  

Namun kemudian, corak permainan Malaysia mula bertukar rentak. Mula agresif. Mula membalas serangan. Serangan demi serangan mula kelihatan  di pintu gawang gol Indonesia. Akhirnya … dalam separuh masa pertama, Malaysia berjaya menyumbat gol 2-0.  

ishh best betul tengok bola tadi.

Bagi aku, 2 gol yang disumbat pemain Malaysia, Azammudin Akil dan Mahalli Jasuli begitu menarik dan memikat sekali.

p/s -  Boleh dikatakan semua pemain Malaysia pada malam ini telah menunjukkan aksi yang begitu menarik sekali. Mereka begitu bersemangat. Semangat ‘harimau Malaya’. Rasa puas hati tengok bola malam ini!!

Syabas kepada semua pemain Malaysia!!


8 comments:

mis fatin said...

yup. perlawanan semalam mmg sgt best. harapnye begitu jugak dgn perlawanan menentang thailand. :)

Daddy Zuki said...

ada org gusar sbb malaysia kena jumpa thailand nanti. tp bg sy kalau nak jd juara lg kita kena menang dgn apa jua team yg kita lwn. mcm kelate kan? biarpun dok dale kump maut tp ttp jd juara sbb meme kita hok bisa doh!

Daddy Zuki said...

salam,

tq sbb sudi bertukar link dgn kawe dulu. dukacita link yg dulu tak lagi aktif.

(www.jukdin.com)
JUKDIN: Up Close n Personal
ngantuknya
6 days ago

Manakala blog sy yg aktif skrg ialah http://jukdin.blogspot.com. Harap abe dpt buat pembetulan di blog list 2. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Hanif Idrus said...

Tahniah buat harimau yg dah mula mengaum...!!!

Rashid said...

mis fatin
yes! walaupun Thailand hebat tapi kita yakin Malaysia boleh!!
Perlawanan bola sebenarnya sukar juga nak ramal ..

Rashid said...

daddy zuki
hehe. kelate gomo kelate ..
sekarang Malaysia gomo Thailand ..

Rashid said...

daddy zuki
okey insyaAllah saya kemaskinikan ..

Rashid said...

Hanif idrus
suka tengok ngauman ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search