Followers

28 February 2012

Beginile gaya aku senyum ...


Malam –  makan di restoran sambil sembang-sembang dengan seorang kawan yang bertugas sebagai seorang pegawai di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD). Pegawai yang bertanggungjawab mengurus bahagian Kokurikulum PPD.

“Syid .. boleh tolong buat satu blog untuk bahagian kokurikulum PPD?”

Aku senyum ..

“Bukan apa syid .. senang untuk sebarkan maklumat terkini kepada guru-guru peringkat daerah kita ni. Sekarang ni ramai orang asyik duk baca blog je. Saya tengok PPD negeri-negeri lain kebanyakan dah ada blog masing-masing ... bla  bla  bla .. ”

Aku masih senyum .. Alamak!! camana ni? ishh .. 

 Begini le agaknya gaya aku senyum ketika mendengar permintaan seorang kawan ...

22 February 2012

Nak aku berbisik manja kat nurse

Beberapa hari lagi aku akan ke RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) .. nak kena cucuk ambil darah. Pemeriksaan darah, air kencing dan x-ray. Semua ini perlu dilalui untuk penyambungan perkhidmatan aku sebagai pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah.

Sebagai pegawai askar Wataniah, 4 tahun sekali aku perlu melalui pemeriksaan ini semua. Perlu lulus pemeriksaan. Tentang bab x-ray tak jadi hal punya. Bab ambil air kencingpun tak jadi hal .. Tapi bab cucuk ambil darah ni ..  adoii!!  ishh ishh .. bukan aku takut .. geliiiii  le…


Ada terlintas juga kat dalam kepala aku ..  Aku nak nurse pompuan je yang cucuk ambil darah kat lengan aku. Sebab nurse pompuan ni cucuk lembut je. Satu lagi supaya senang aku nak berbisik  manja kat nurse supaya cucuk jap je. Atau cucuk je kat jari manis. Ambil darah setitis dua je dah le .. tak payah sampai berbotol-botol seperti mana peraturan penyambungan perkhidmatan yang aku lalui sebelum ini.  Bolehke cam tu? hehe ..

17 February 2012

Dulu blogger tegar .. kini kian menyepi?




Tadi aku skrol bloglist kat dalam blog kerdipanbintang. Wah!! ramainya teman blogger yang makin hari makin menyepi. Sepi tanpa ada bicara lagi kat blog masing-masing.  Ada menyepi sebulan, 2 bulan, 4  bulan, 8 bulan .. 1 tahun .. 2 tahun ..

Kadang-kadang tertanya-tanya juga dalam diri ini, mana menghilangnya teman-teman blogger ini semua. Teman blogger yang suatu waktu dulu begitu gigih dan rajin berblog. Teman blogger yang sewaktu waktu dahulu sering berkongsi kisah dan cerita, berkongsi rakaman gambar yang dilalui sehari-harian ..

Walaupun ramai yang mula menyepi  .. rasanya makin ramai juga blogger-blogger baru yang  hadir dalam dunia blog masing-masing.

Aku tabik pada blogger yang masih dan terus kekal dalam dunia blog. Mereka berblog seakan-akan tak ada akhirnya .. terus berkongsi sesuatu walau hanya beberapa baris ayat ..

ermmm ..  aku? adakah bakal menyepi juga?

11 February 2012

"Cikgu Rashid yang tersayang ..."

Uisss .. seminggu tak berblog. Sibuk sangat aku dalam seminggu ini. Sibuk dengan kerja-kerja sekolah. Sibuk juga dengan ‘projek pembangunan’. Satu ‘projek pembangunan’ sedang berjalan. Satu lagi akan bermula tak lama lagi. Urusan dengan arkitek dan selesai .. dengan Majlis Daerah dan selesai .. dengan Jabatan Bomba dan selesai .. semua dah lulus. Lega.

Sekarang dah tak sabar nak tengok projek ke-2 bermula. Moga segalanya berjalan lancar. InsyaAllah ..

>>>>>>>>

Pagi tadi semak nota pelajar tingkatan 5. Sebelum ini pelajar buat nota dalam buku nota sekolah je. Tapi mulai tahun ini, aku cuba ubah cara buat nota. Aku minta pelajar-pelajar buat nota kecil. Nota di mana kertas kajang dilipat 2 atau 3. Nota kecil itu perlu dihantar untuk semakan .. 

Semak punya semak. Tiba-tiba tersemak satu nota pelajar. Aishah namanya. Salah seorang pelajar target cemerlang SPM. Senyum je aku bila baca catatan kat notanya …

 "Cikgu Rashid yang tersayang ..."

 ermm ..  okeylah cikgu maafkan ..

04 February 2012

Suami cemburu syak isteri curang. Ganasnya!!


SUNGAI BULOH – Api cemburu yang meluap-luap seorang suami terhadap isterinya yang disyaki menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain menyebabkannya bertindak di luar kawalan apabila melanggar kereta jenis Perodua Myvi wanita itu lebih kurang 40 kali menggunakan lori seberat dua tan kelmarin.

Kejadian pukul 11.30 malam yang turut mencemaskan jiran-jiran di Taman Suria, Kampung Desa Aman di sini itu berlaku apabila pemandu lori berusia lingkungan 40-an terbabit hilang sabar selepas bertengkar dengan isterinya di dalam rumah teres dua tingkat itu mengenai dakwaan berkenaan.

Dia yang gagal mengawal emosi kemudian mencapai kunci lori lalu keluar rumah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang sering dinaiki isterinya kira-kira 40 kali hingga mengakibatkan bahagian depan kenderaan itu rosak teruk untuk melepaskan geram.

Lori itu pula hanya mengalami kerosakan kecil di bahagian depan. Difahamkan, isteri lelaki itu merupakan pengusaha kantin di sebuah kilang berdekatan rumahnya di sini.

uisss hebat betul penangan api cemburu ni ya. Mungkin itulah sebabnya ia disebut ‘api cemburu’. Ia panas. Ia menggelegak. Hati sejuk bertukar panas. Bisa hilangkan segala kewarasan akal. Hilangkan ketenangan. Apa yang ada hanya perasaan marah. Perasaan terkilan. Perasaan tak puas hati. Perasaan nak puaskan hati yang masih tak puas ..

Nasib baik tak dibakarnya .. 

Aku tertanya-tanya apa agaknya perasaan isteri melihat suaminya bertindak sedemikian? Makin mendalamkah perasaan sayang dan cinta kat suaminya?

Kita selalu sebut, cemburu itu buta? Mungkin betullah itu. Dek kerana cemburu, suami tadi yang pandu lori tu terus buta mata agaknya .. terlanggar kereta Perodua Myvi isterinya ..  berpuluh-puluh kali pula tu .. hehe

Cemburu oh cemburu .. kau boleh buat orang celik menjadi buta dan gilerrr rupanya.

p/s – Bayangkan orang gila yang benar-benar gila tengok kejadian ini?

01 February 2012

Adoii sakit perut aku ketawa ...


Dalam kelas tingkatan 4A1 .. pelajar seramai 35 orang ..

Aku bercerita sikit berkenaan tamadun India. Satunya berkenaan dengan kitab suci agama Hindu. Antaranya Rig Veda, Sama Veda, Yajur Veda. Aku jelaskan kepada pelajar .. bagi pengikut Hindu, himpunan Veda ini adalah kitab paling suci bagi diorang .. 

Tiba-tiba tersentuh berkenaan YOGA di mana YOGA turut dibincangkan dalam kitab-kitab Hindu Veda.

“Ni semua nii tau tak apa itu YOGA?” aku bertanyakan soalan. Kelihatan semua pelajar diam ..

“Pernah tengok tak senaman YOGA?” aku bersuara lagi ..

Tiba-tiba seorang pelajar lelaki bersuara dengan aksi senaman YOGA menurut apa yang dia tau ..

kah kah kah .. bukan main lagi aku ketawa ..

“Itu bukan senaman YOGA le. itu tarian twist .. kah kah kah ..”

Semua pelajar ketawa. Tapi aku rasa ketawa aku lagi kuat dari pelajar ..  haha!! buat lawak je pelajar lelaki ni..

 macam ni le gaya pelajar aku tu menari ..

Adoii sakit perut aku ketawa ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search