Followers

18 July 2012

Pelajar perempuan & ketukan pintu


 sekadar hiasan ..

Tadi jam 9.15 malam – aku buat kelas tuisyen asrama untuk pelajar tingkatan 5. Lebih  kurang 40 orang pelajar yang terlibat.  Kelas tuisyen diadakan di dalam sebuah kelas. 

Hujan masih lagi turun renyai-renyai …

Tiba-tiba dumm!!! pintu kelas tertutup rapat … agak kuat bunyinya ..

Semua pelajar berpaling kat pintu. Aku juga berpaling ..
“Pedulikan .. angin tuu ..”

Beberapa orang pelajar perempuan masih memandang pintu kelas ..
“cikgu .. bunyi macam orang ketuk pintu cikgu ..” salah seorang pelajar perempuan bersuara. Pelajar yang lain terus memandang pintu.

“ishh kamu ni. Macam-macam … angin biasa le tu .. kan pintu tu tak boleh tutup rapat!!!” aku tegaskan suara. Tak mau pelajar bagi perhatian kat pintu …

Hujan mula turun agak lebat …

Jam 10.15 malam .. aku berasa tak sedap hati. Terlintas dalam kepala .. andaikata tiba-tiba lampu kelas terpadam? tentu gelap kelas ni .. Hujan makin lebat pula tuu ..

Aku bukannya apa .. pelajar perempuan kan .. kalau lampu terpadam tentu meraung sakan .. kan lain pula jadinya ..

Aku buat biasa je .. berdoa dalam hati  .. jam 10.30 aku terus tamatkan kelas awal sikit (sepatutnya jam 10.45 ..)

p/s – sekolah ni selalu juga berlaku pelajar histeria .. yang selalu kenapun pelajar asrama pula tuu.. so lebih baik aku tamatkan cepat sikit .. malas nak layan pelajar-pelajar perempuan yang memang pantang bunyi pelik sikit ..


16 July 2012

Telur apakah ini? Pakcik dan telur ..


Telur apakah ini? ishh ishh banyak pula tuuuu …

Kedengaran suara agak riuh. Aku terus keluar melihat apa yang berlaku. Rupa-rupanya sekumpulan pekerja sekolah sedang bermain dengan telur. Telur berwarna putih terang, ada yang bulat dan ada yang agak membujur itu dikatakan adalah milik ular tedung. Oleh itu misi  ‘menjejaki ular’ telah dilakukan. Ular itu dikatakan sedang berteduh di bawah pokok-pokok bunga … 

Misi mencari ular ini diketuai oleh si pakcik ‘tukang kebun’. Pakcik ‘tukang kebun’ berbaju merah menyala kelihatan tak sabar nak dapatkan ular ..  nak tergelak aku melihat telatahnya … kelakar abiss!! Adake dengan selamba je dia terus membelek-belek, mencabut pokok bunga dengan tangan tanpa beralas walaupun dah ditemuinya telur-telur ular itu …

Dan yang makin suspennya .. pakcik 'tukang kebun' tu adalah  'rabun jauh'.. alamak!!

Dan hasilnya … 


Aku sekadar merakam gambar je .. tak nak masuk campur ..  jauh sekali nak membelek-belek pokok bunga macam pakcik 'tukang kebun' tuuu ..  dengan tangan pula tu ..  tak kuasa aku .. hehe

12 July 2012

Aku dan uniform tentera ..


 Gambar sengaja dikaburkan kerana ia adalah rahsia negara!!

2 minggu aku berkursus kat ....  Terasa diri teramat penat. Mata masih ngantuk. Belum dapat cover lagi …

Boleh dikatakan hampir setiap hari tidur jam 4.30 pagi .. 5.00 pagi. Bangun balik jam 6.00 pagi ..  1 jam je tidur. Pukul 8.00 pagi terus standby  .. 

Tiap-tiap hari baca naratif peperangan. Tengok peta. Tafsir peta. Lukis peta. Besarkan petak peta. Buat perancangan taktik .. perancangan nak ‘attack’  dan sabagainya.

Aduhai begini rupanya kursus yang perlu dilalui oleh pegawai tentera.  Ia juga salah satu syarat kenaikan pangkat ...  (dalam kepala gila-gila, kan bagus duk kat rumah. Tidur cukup. Best jeeee time zzzzzzzz …   tak de siapa nak kacau .. lena abis!! )

Tapi takper. Ini semua demi negara tercinta ..

p/s – blog pun tak sempat jengah langsung!! dah ada sarang labah-labah ..  


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search