Followers

30 September 2012

Kupetik dosa


Tersentuh hati. Sedih .. bergenang air mata menonton cerita kat TV tadi .. “Kupetik Dosa”.

Kisah anak kecil yang menjadi mangsa nafsu kebinatangan lelaki yang dipanggilnya ‘pakcik’. Lelaki yang seakan-akan 'ayahnya'. Mungkin juga 'datuknya' ..

Walaupun sekadar cerita dan lakonan. Tapi jalan ceritanya memaparkan kisah realiti yang berlaku. Gara-gara kesibukan ibu bapa, anak menjadi mangsa. Gara-gara kesibukan kerja, anak kecil ditinggalkan bersama jiran. Jiran yang dipercayai, jiran yang diharapkan untuk menjaga dan mengasuh anak kecilnya. Akhirnya anak kecil itu menjadi mangsa. Mangsa dera dan rogol seseorang yang dikenalinya. Seseorang yang yang dipanggilnya ‘pakcik’.

Rasa nak bagi … je lelaki bergelar ‘pakcik’ tu. Memang celaka ‘manusia’ yang berkelakuan begitu. Memang durjana ..

Moral dari cerita  .. ibu bapa hendaklah sentiasa hati-hati apabila nak meninggalkan anak yang masih kecil kat penjaga atau pengasuh. Berhati-hati juga pada ‘manusia’  yang bersama dengan anak kecil itu. Walaupun dilihat fizikalnya seorang yang boleh diharap dan dipercayai. Berfikir sejenak akan risiko dan segala kemungkinan. Tak salah menaruh sedikit syak demi kebaikan anak.

Sentiasa juga peka dengan keadaan anak kecil .. watak dan perwatakannya .. cakap dan tingkahlakunya … bahasa badannya …

Dampingilah dia walau sesibuk manapun ... 

 Siapa budak kecil ini? Bisa buatkan aku sedih dengan lakonannya ..



25 September 2012

Seringgit .. demo akan boleh RM20,000.00



Sebaik parking kereta, aku terus masuk pasaraya ..  sebaik je melangkah masuk, aku disapa oleh seorang lelaki India. Umur 40an gitu ..

“Kereta baru ke?”
“hmm hmm ..”
“Dah berapa lama beli?”
“ermm ..  6 bulan gitu ..”
“Demo punya nombor kereta ‘kena’ …”
“No kereta? Kena? ..” aku tak berapa faham ..
“No kereta demo ‘kena’ kelmarin .. nombor satu .. rugi kawe tak ambil nombor kereta demo.” ujar lelaki India itu lagi.

“Kena camana?” aku tanya. Sekadar mau tau.
“Kalau demo beli ‘nombor’ .. kalau ‘kena’ seringgit demo boleh dapat RM20,000.00.  Kalau RM2.00  demo ‘tikam’, demo boleh dapat RM40,000.00 …”
“Tapi demo bukan jenis main nombor. Biasanya nombor kereta orang yang tak main nombor selalu naik. Orang macam kawe yang selalu main nombor .. biasanya tak kena ..” ujarnya bernada agak kecewa ..

Aku diam. Senyum ..  dalam hati aku, ‘ishh India ni .. dia tak nampak ke aku pakai kopiah. Selamba je dia bercerita tentang ‘tikam nombor’ kat aku ....”

 
 ishhh .. buat malu je berpakaian begitu kat situ ..

p/s – Maaf, bagi aku hanya orang yang kurang akal je nak kaya dengan main nombor tikam nombor ni .. ..  

05 September 2012

Muka orang yang belum kahwin nampak sengsara ...



Kelmarin, nengok TV, Selami Jiwa bersama Dr. Fadzilah Kamsah, Motivator terkenal tanah air.

Rakaman dibuat dalam studio, bersama para penonton yang turut diberi peluang bertanyakan soalan kepada para jemputan. Tajuk perbincangan kali ini lebih kepada soal jodoh pertemuan … Bertambah seronok apabila Azwan Ali menjadi tetamu jemputan. Bersama seorang lagi wanita …

Azwan Ali – siapa tak kenalkan? Semburan pedas, sentap dan spontan selalu je keluar dari mulutnya. Selalu juga dicemuh kerana aksi dan gayanya. Tapi bagi aku, Azwan Ali ada kelainannya. Di balik itu semua, Azwan Ali berjaya buatkan  aku ‘rasa lucu’, ‘tercuit’ dan ‘terhibur’ dengan kata-kata spontan pedas bersahajanya itu. (Tengoklah dalam Master chef baru-baru ini. Bestkan Azwan Ali. Dia penghidup suasana …)

Ohya berbalik kepada program ‘Selami Jiwa’ tadi, Satu ketika, seorang penonton lelaki di studio bangun bertanyakan soalan kepada Dr. Fadzilah. Lebih kurang begini le soalannya.

Penonton: “Dr, saya ada satu soalan… Mengapakah orang kita ramai juga suka berkahwin dengan orang luar. Tak cukupkah dengan orang tempatan?

Dr. Fadzilah: “ Sebelum tu nak tanya .. ni yang bertanya soalan ni dah kahwin ke belum?”

Penonton: “Belum lagi ..”

Dr. Fadzilah: “oooo padanlah. Bila tengok rupa tuuu macam sengsara je ..hehe ..”

hahaa!!! tergelak  aku bila dengar jawapan Dr. Fadzilah Kamsah yang spontan tu. Tersipu penonton lelaki tu.

Persoalannya, “Betulkah muka orang yang belum kahwin ni nampak sengsara je sebagaimana kata Dr. Fadzilah Kamsah itu? Walaupun nampak dia bergurau tapi rasanya ada benarnya jugakan?  hehe ..

p/s – rakan-rakan blogger yang belum kawen tu kena tengok rupa kat cermin okey. Cuba perhatikan betul-betul .. Betulke, “Muka orang yang belum kawen ni nampak sengsara jeee …”


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search