Followers

29 November 2012

AFF Suzuki Cup 2012 Harimau Malaya 'mencakar' Laos






Separuh masa pertama tengok perlawanan bola … Malaysia vs Laos, hati tak berapa suka. Malaysia sekadar 1-1 dengan Laos.

Separuh masa kedua, tengok Malaysia main, tiba-tiba rasa tak nak berganjak dari kerusi. Nampaknya Malaysia mula bangkit. Pemain Malaysia mula berlari pantas. Mula menyerang, menerkam dan mengaum di pintu gol lawan.

Awal separuh masa kedua, rasa terkilan juga kerana banyak peluang Malaysia untuk sumbat gol tapi tak berjaya. Bola sentiasa bermain di pintu gol lawan tapi sentiasa terlepas …

Namun pemain Malaysia seolah-olah ‘kelaparan gol’.  Serangan demi serangan, terkaman demi terkaman. Terkaman ganas dan ngauman 'Harimau Malaya' akhirnya berjaya jua. Malaysia berjaya menyumbat gol dan kalahkan Laos 4-1.

Terus terang, rasa puas bila tengok perlawanan Malaysia menentang Laos tadi. Boleh dikatakan hampir separuh masa kedua adalah milik Malaysia. Malaysia sentiasa berpeluang untuk menyumbat gol. Rasanya berbelas-belas peluang untuk jaringan gol ada kat kaki pemain Malaysia tadi.

Untuk semua pemain Malaysia … TAHNIAH!! TAHNIAH!! TAHNIAH!!

Nampaknya ‘Harimau Malaya’ mula bangun dari tidur. Mereka seolah-olah lapar, sentiasa berlari, menerkam dan mengaum …

Laos menjadi tempat ‘lepas geram’ pemain Malaysia.

Laos diterkam dan dicakar-cakar oleh ‘Harimau Malaya’.

wow!! seronok betul tengok bola malam ni …   puasssssssssss !!!



Tahniah!!  Rajagopal .. strategi menjadi ..  malam ini Raja dapat tidur lena ..


26 November 2012

Piala AFF Suzuki 2012 Malaysia vs Singapura






Malaysia vs Singapura. Singapura menang 3-0.

Bila tengok aksi pemain Malaysia menentang Singapura sekejap tadi buatkan aku terdiam. Maaf, corak permainan Malaysia pada aku agak hambar …

Hanya beberapa orang pemain seperti Norshahrul Idlan Talaha, Safee Sali, Wan Zack je agak menyerlah …

Yup!! Rasa tak puas hati …  

Pemain Malaysia agak tidak bersemangat!!!

Barisan pertahanan aduhai …

Kalaulah begini gaya bermainnya, macamana nak menjulang Malaysia sebagai kuasa baru bola sepak Asia menjelang tahun 2015?

Dah dah .. dah habis dah eksperimen.

Moga lepas ini, pemain Malaysia akan bangkit, akan berlari, akan bertindak, akan menerkam dan akan mengganas seperti Harimau. 

Mahu lihat ‘Harimau Malaya’.sentiasa menerkam & mengaum di pintu gol lawan ...

24 November 2012

Awas! gadis jual ‘top up’




Wajah gadis ‘top up’ itu memang cantik. Sekali pandang nak dua kali pandang. Sekali jumpa nak beberapa kali jumpa. Tak jumpa rasa serba tak kena. Itulah penangan gadis ‘top up’. Bila aje nak ‘top up’ telefon bimbitnya, kedai gadis ‘top up’ itulah selalu ditujunya. Seolah-olah tiada lagi kedai ‘top up’ yang lainnya.

Hatinya mula berdebar-debar …

Gadis ‘top up’ itu memang buatkan hatinya cair. Gadis ‘top up’ itu bisa buatkannya lupa bahawa dia sebenarnya sudahpun ada ‘bakal isteri’. Pertemuan kali pertama disusuli pertemuan berikutnya. Setiap kali bertemu, madah-madah kasih dan cinta bermain dibibirnya. Janji hidup bersama dengan gadis ‘top up’ dipateri untuk ke akhir pelamin. Namun itu semua sekadar ‘mainan cinta’ dan ‘janji nafsu’ lelakinya.  

Akhirnya gadis ‘top up’ itu juga cair dan jatuh dibahunya …

Setelah berjaya memiliki dan ‘bersama terlanjur’ beberapa kali, gadis ‘top up’ itu kemudian ditinggalkannya. Ditinggalkannya kerana dia akan berkahwin dengan ‘bakal isterinya’.

Natijahnya bila dia berkahwin, kejantanannya telah hilang. Nafsunya seolah-olah tiada bila nak ‘bersama’ isterinya. Rupanya nafsunya telah dikunci dek sihir gadis ‘top up’ yang pernah bersamanya. Gadis ‘top up’ itu rupanya begitu marah dan berdendam padanya kerana telah memainkan cintanya.

Itulah akibatnya …



SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak bermaya setiap kali mahu bersama isterinya.

Oleh itu Awas!! kepada mana-mana lelaki yang cuba memainkan cinta gadis ‘Top Up’!!

Nota:  Aku akui berdasarkan pemerhatian, gadis ‘top up’ biasanya comel-comel belaka. Mereka kelihatan bersahaja, suka berbual juga suka bergurau. Suka usik-usik hati pelanggan bila dah lama kenal.  

Yup!! mereka memang cepat mesra. Mereka juga kelihatan ‘manis’ kerana selalunya mereka akan bersolek. So kepada sang jejaka yang smart di luar sana, jangan mudah tergoda okey!!!  apatah lagi cuba nak main-mainkan hati dan cinta mereka. Nanti tak pasal-pasal .. ishh ishhh .. kalau dah jadi cam tu, takde lagi bahagia di dunia.       opss!!!! ..

23 November 2012

"Adik-adik remaja, cinta perlukan wang!!"



Balik dari solat jumaat .. baca berita ..  

KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya. Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya. 

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut. Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

Baca berita lagi ..

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang mendakwa kekasih Siti Khadijah Muhammad, 16, yang ditemui mati terjatuh dari sebuah apartmen di Desa Pandan di sini tidak dapat menerima hakikat dia sudah kehilangan gadis itu.

Remaja lelaki itu mendakwa, ibu dan seorang adik perempuan mangsa menjadi punca gadis itu nekad keluar daripada rumah melalui tingkap. Antara petikan yang ditulis dalam Twitter remaja lelaki itu: "Aku hidup sekarang sampai mati aku takkan maafkan korang berdua ****. Kalau korang bagi dia keluar aku rasa dia masih ada lagi."

Pada sebelah petang, remaja lelaki itu mengemas kini Twitter miliknya lagi dengan memberitahu, dia yang tiada wang memberanikan diri menaiki teksi ke rumah arwah kekasihnya untuk sama-sama membaca surah Yasin. Sampai di apartmen tersebut, remaja itu memberitahu, dia bernasib baik kerana keluarga kekasihnya membayar wang tambang teksi.

 sekadar hiasan

Alfatihah untuk Siti Khadijah …

Kisah dari berita ini buatkan aku terfikir sekejap. Bagi aku tentu ada sebab ibu gadis tersebut tak benarkan anaknya keluar rumah untuk berjumpa kekasihnya. Itu adalah hak ibunya. Maaflah, terus terang,  petikan dari Twitter remaja lelaki itu (seandainya benar) bagi aku, menggambarkan ‘hakikatnya umur remaja’ yang masih belum mampu untuk berfikir dan bertindak dengan baik dan betul. Apatah lagi untuk melayari kehidupan berkasih yang mendapat keizinan dari ibu si gadis. (Apatah lagi keredhaan dari Allah s.w.t).

Kepada adik-adik abang di luar sana (tak kira remaja lelaki mahupun perempuan), perasaan suka, ingin memiliki ‘kekasih’ dan berkasih itu satu naluri yang akan hadir dalam diri. Ia hadir tanpa diundang. Cuma semasa sedang dilamun itu, tak usahlah membelakangi ibu bapa. Hormatilah dan ikutlah nasihat mereka selagi tak menyuruh ke arah perbuatan yang salah. Mereka ada sebab berbuat demikian. Percayalah .. renungan masa depan mereka untuk anak-anak adalah lebih baik dan sudah tentu tak terfikir dek anak-anak.

Kepada remaja lelaki pula, kalau dah jatuh hati pada anak orang, persiapkanlah diri terlebih dahulu. Persiapkan diri dengan ilmu dan kerjaya dulu. Tak usah terlalu ikutkan nafsu dan keinginan. Ini kerana cinta dan kasih tanpa ada sandaran kewangan boleh menimbulkan keadaan masa depan yang tak baik. Ia pasti akan goyah. Itu adalah hakikat kehidupan. Ingatlah, mana ada ibu bapa yang nak bermenantukan jika ‘bakal menantu’ tak ada kerja, apatah lagi kerjaya yang boleh menjamin bila ‘kehidupan berdua’ nanti.

Ini bukan zaman purbakala dulu-dulu yang hidup atas dasar cinta semata-mata akan boleh membawa kebahagiaan. Oh tidak!! bukalah mata, celiklah fikir dan renungilah sekejap akan masa depan …  percayalah cinta tanpa kewangan pasti akan menghuru-harakan cinta dan kasih itu sendiri.


16 November 2012

Kes polis rogol warga Indonesia dalam penjara



“Tiga anggota polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai, Jumaat lepas.

Konstabel Remmy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazin, 33, dan konstabel Syahiran Romli, 21, didakwa merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di antara jam 6.40 pagi hingga jam 7.30 pagi 9 November lepas.
  
Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama.”

Baca kes ini sambil mengeleng-geleng kepala. Bila bacanya rasa semacam je. Marah kalau ia benar-benar berlaku. Apapun kita tunggu bicara dan penghakiman di mahkamah!! Tak usah hangatkan suasana. Tak usah timbulkan pelbagai teori dan tanggapan!!  

Kita sebagai rakyat Malaysia hanya inginkan kes ini diselesaikan dengan baik. Tak kira sama ada ia melibatkan anggota pasukan keselamatan negara atau sesiapapun. Kalau bersalah hukumlah si pesalah mengikut undang-undang negara!!  Penjarakan maksima 20 tahun dan sebat lah!! 

Kalau kes ini benar terjadi, apa yang penting ialah dekati si mangsa. bantulah ia .. berikan kekuatan padanya .. 



Tadi aku saja klik-klik laman berita Indonesia. Tentu ada reaksi dari seberang sana tentang kes ini. Sememangnya  nyata. Reaksinya hangat juga. Pelbagai reaksi ditunjukkan. Malah dah melibatkan Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. Ada suara minta kerajaan Indonesia putuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan seterusnya minta supaya semua tenaga kerja Indonesia ditarik balik dari Malaysia!!

JAKARTA, KOMPAS.com — Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Muhaimin Iskandar mengatakan telah mengirimkan surat kepada Pemerintah Malaysia memprotes keras atas dugaan pemerkosaan yang dilakukan tiga polisi negara itu terhadap seorang tenaga kerja Indonesia (TKI).

“Mangsa berumur 25 tahun mengatakan, pemerkosaan terjadi pada Jumaat (9/11/2012), ketika dirinya terjaring pemeriksaan polisi Malaysia. Mangsa mengakui tidak memiliki dokumen lengkap karena hanya mengantongi fotokopi pasport sehingga digiring ke kantor polisi. Saat itu, korban minta dilepaskan, tetapi tidak dikabulkan. Oleh ketiga polisi, ia diperkosa dan kemudian dibebaskan.”



p/s - Untuk saudara kita di Indonesia sana … ngak usah terburu-buru. Usah bikin panaskan keadaan. Percayalah polisi Malaysia adalah pasukan professional. Mereka akan bertindak adil. Tambahan kes ini bukan kes terpencil. Ini dah jadi kes negara okey!!! 

 

14 November 2012

“Cikgu .. malam tadi saya mimpikan cikgu"



Pagi – pergi sekolah jap. Terserempak dengan beberapa orang pelajar tingkatan 5. Semuanya pelajar perempuan - dari kelas 5 Sains. Mereka sedang duduk, berbual-bual kat wakaf rehat bersebelahan pintu masuk sekolah.

Menghampiri wakaf, aku perlahankan kereta. Beberapa orang pelajar memanggil nama  aku.

Pelajar A: “Cikgu rashid …”
Aku: “yap!! Ada apa ramai-ramai ni?“
Pelajar B: “Ada kelas tuesyen cikgu”
Aku: “Subjek apa?”
Pelajar B: “Fizik cikgu ... cikgu Ely buat kelas”

Pelajar C: “Cikgu .. nak bergambar dengan cikgu boleh tak?”
Aku: “Gambar .. ambil le” (aku masih di kerusi memandu)
Pelajar C: “Cepat! cepat!! ambil gambar dengan cikgu rashid”
(Beberapa orang pelajar datang  menghampiri aku)
Pelajar C: “Bukan apa cikgu .. habis SPM susah nak jumpa cikgu dah …”
Aku: “Okey ..”





S



11 November 2012

Akhirnya dia menjadi milikku ..



Lagu Ainan Tasneem 'aku suka dia' best je dengar .. berbakat pelajar UMP ni ..


Mimpi jadi kenyataan. Akhirnya dia menjadi milikku ..

Mimpi itu indah. Semua orang suka bermimpi sesuatu yang indah. Begitu juga dengan aku.  Sejak awal tahun lepas, aku asyik teringatkan dia. Asyik ‘mimpikan’ dia. Gara-gara selalu sangat fikirkan dia, aku pernah keluarkan entri mengenainya., “Sejak menjak ini aku asyik mimpikan dia …”

Aku punya cara, aku suka melakar mimpi yang aku suka di atas kertas …melakar dan merenunginya ...

Dan kini … insyaAllah mimpiku akan jadi kenyataan. Aku akan memiliki dirinya tak lama lagi.










Sekejap je rasa ... 









Oh ya, sepanjang tahun ini, gara-gara asyik duk pergi tengok dialah, aku jarang update blog  .. hehe

Apabila secara rasmi dia menjadi ‘hak milikku’, aku akan hiasi dia. Aku nak dia bergaya ‘simple tapi moden’. Alamak!! duit lagi tuuu.  Adoiii .. tapi takper janji dia nampak tenang dan mendamaikan hati .. kan kan .. 

p/s - sedang duk merancang .. tingkat bawah nak bagi sewa je. Sesiapa blogger nak buka restoran ke apa ke boleh le sms saya. hehe (siap pun belum mandai je cikgu rashid ni ...) ermm tingkat atas pula rasanya nak buat homestay le. Homestay bergaya 'simple tapi moden'.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search