Followers

24 January 2013

Terasa syahdu dan sebak untuk didengari



Terasa syahdu dan sebak untuk didengari, untuk direnungi kembali kisah junjungan besar kita, Rasullulah s.a.w usai baginda menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 hb Zulhijjah, tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Di kala itu, baginda sedang sakit. Namun kesakitan itu hilang kerana cintanya kepada  kita semua. Cintanya kepada umat manusia. Digagahinya diri untuk menyampaikan wasiat terakhirnya kepada kita semua.

Jika kita renungi. Jika kita punya hati yang  tidak mati, pasti kita akan terasa sesuatu. Kita semua sedari, Allah s.w.t telah menjanjikan syurga buat baginda, maka rasanya tidak perlu untuk baginda Rasullulah s.a.w menyusahkan dirinya yang sedang sakit ketika itu untuk bangun dari perbaringannya. Bangun semata-mata untuk kita semua. 

Namun, itulah diri baginda rasulullah s.a.w. 

“Ummati .. ummati”

Itu kata dari rasa kasih dan sayangnya. Itu kata dan tanda betapa tingginya rasa cinta yang ada pada baginda kepada kita semua. Baginda tidak mahu meninggalkan kita semua begitu saja. Tidak mahu membiarkan kita semua sebagai umatnya dalam keadaan kebingungan selepas pemergiannya. 

Maka diserahkan kepada kita panduan yang jelas. Pedoman yang terang untuk kita semua ikuti dan mengamalnya.

“Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan  SUNNAHKU.”

Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w.  





Moga kita umatnya masih lagi dilandasannya … 


12 January 2013

senyuman di kala bangun pagi




Alangkah bagusnya kalau kita bangun pagi dengan senyuman macam anak comel di atas .. 


 

Renungilah ..

"Sekiranya anda tidak dapat bangkit pagi dengan semangat mahu melakukan sesuatu, anda sebenarnya tidak cukup matlamat!”



08 January 2013

Kisah si ibu, anak dan ranting pohon


Sebelum tidur, sempat klik-klik, buka folder yang lama tersimpan kat dalam laptop. Terbaca satu kisah.

Kisah  dari Jepun kuno.

Konon pada zaman dahulu, di Jepun ada semacam kebiasaan untuk membuang orang yang telah lanjut usia ke dalam hutan. Mereka yang sudah lemah tak berdaya akan di bawa ke tengah hutan dan selanjutnya tidak diketahui lagi akan nasibnya.

Alkisah ada seorang anak yang membawa ibunya yang sudah tua ke dalam hutan untuk dibuang. Ibu ini sudah sangat tua, dan tidak mampu berbuat apa-apa lagi. Si anak laki-laki ini menggendong ibu ini sampai ke tengah hutan. Sepanjang perjalanan, si ibu telah mematahkan ranting-ranting kecil tanpa disedari oleh anaknya. Setelah sampai di tengah-tengah hutan, si anak menurunkan ibunya ini.

"Ibu, kita sudah sampai .." kata si anak. Ada perasaan sedih di hati si anak. Entah kenapa dia begitu tega untuk meninggalkan ibunya yang sudah tua itu.

Si ibu, dengan renungan penuh kasih berkata pada anaknya:

"Nak, Ibu sangat mengasihi dan menyayangimu. Sejak kamu kecil, ibu memberikan sepenuhnya kasih sayang ibu dengan hati yang tulus ikhlas. Dan sampai saat dan detik ini pun kasih sayang ibu terhadap kamu tidak pernah berkurang walau sedikitpun.”

”Nak, ibu tidak ingin kamu sesat semasa pulang nanti dan mendapat celaka di tengah jalan. Makanya ibu tadi mematahkan ranting-ranting pohon agar bisa kamu jadikan petunjuk jalan untuk pulang dengan selamatnya ke rumah".
Apabila mendengar kata-kata ibunya itu, hancur luluhlah hati si anak. Dia lantas memeluk ibunya erat-erat sambil menangis. Dia kemudian membawa kembali ibunya pulang dan merawatnya dengan baik sampai ibunya meninggal dunia.

Mungkin cerita di atas hanya dongeng. Tapi di zaman sekarang, tak sedikit kita jumpai kejadian yang mirip cerita di atas. Banyak ibu yang terabai dan diabaikan oleh si anak. Mungkin kerana kesibukan anak-anak dengan kerja masing-masing.  Mungkin juga kesibukan anak-anak dengan rumahtangga masing-masing (sibuk melayan isteri atau suami?). Makanya orang tua terpinggir dan hidup kesepian sehingga dijemput ajal.

Kiranya cerita di atas mampu membuka mata hati kita semua, untuk kita kembali mengasihi orang tua kita. Mengasihi dan menyayangi ibu dan ayah kita. Mereka perlukan perhatian yang lebih dari kita, di saat mereka menunggu waktu dipanggil Tuhan yang maha esa. Ingatlah jasa pengorbanan mereka, membesarkan kita dengan penuh kasih sayang hingga kita berjaya seperti sekarang ini.

Andainya mereka tiada lagi, percayalah .. tak akan ada pengantinya akan kasih sayang mereka walaupun dicari di seluruh pelusuk dunia.

p/s – aku menyimpan kisah ini, kerana setiap kali aku bacanya, pasti airmata akan menitis ..  sedih dengan ketegaan si anak dan betapa hebatnya  kasih sayang seorang ibu.


lihat betapa teganya si anak  ..



02 January 2013

"Marilah makan sekali .."



 2 Januari 2013

Jam 8.00 pagi, aku terima sms dari rejimen 

“A.kum tuan, maaf ganggu. Nanti ada masa tuan buat pemeriksaan kesihatan kat RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk sokongan kenaikan pangkat ...” – siti

wah!! tak kusangka. Rezeki di awal tahun baru …  Alhamdulillah … 




Jam 3.00 petang, balik dari sekolah, singgah kat restoran. Sebaik saja melangkah masuk, aku disapa seseorang.

“Cikgu … baru balikke?” sapa seorang lelaki.
“a’ahhh. Marilah makan sekali ..” aku mempelawanya (terus terang aku tak kenal siapa lelaki yang menegur aku tu)
“Takper cikgu. Dah makan. Cikgu makanlah …” balasnya.

Sebaik mengambil makanan, aku terus ke satu meja. Mula-mula nak juga aku pergi makan di meja lelaki yang menegur aku tu tapi terus terang aku tak kenalnya. Tambahan lagi aku tengok dia sedang rancak berbual dengan beberapa orang di mejanya. Takut mengganggu pula.

Habis makan, aku ke kaunter nak bayar.

“Cikgu .. dah bayar.” jawab penjaga kaunter
“Dah bayar! siapa bayar?”
“Tuuu yang tegur cikgu tadi”
“iyake .. “

p/s - ermm .. sesungguhnya rezeki Allah itu ada di mana-mana .. tak disangka-sangka .. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search