Followers

02 January 2013

"Marilah makan sekali .."



 2 Januari 2013

Jam 8.00 pagi, aku terima sms dari rejimen 

“A.kum tuan, maaf ganggu. Nanti ada masa tuan buat pemeriksaan kesihatan kat RSAT (Rumah Sakit Angkatan Tentera) untuk sokongan kenaikan pangkat ...” – siti

wah!! tak kusangka. Rezeki di awal tahun baru …  Alhamdulillah … 




Jam 3.00 petang, balik dari sekolah, singgah kat restoran. Sebaik saja melangkah masuk, aku disapa seseorang.

“Cikgu … baru balikke?” sapa seorang lelaki.
“a’ahhh. Marilah makan sekali ..” aku mempelawanya (terus terang aku tak kenal siapa lelaki yang menegur aku tu)
“Takper cikgu. Dah makan. Cikgu makanlah …” balasnya.

Sebaik mengambil makanan, aku terus ke satu meja. Mula-mula nak juga aku pergi makan di meja lelaki yang menegur aku tu tapi terus terang aku tak kenalnya. Tambahan lagi aku tengok dia sedang rancak berbual dengan beberapa orang di mejanya. Takut mengganggu pula.

Habis makan, aku ke kaunter nak bayar.

“Cikgu .. dah bayar.” jawab penjaga kaunter
“Dah bayar! siapa bayar?”
“Tuuu yang tegur cikgu tadi”
“iyake .. “

p/s - ermm .. sesungguhnya rezeki Allah itu ada di mana-mana .. tak disangka-sangka .. 


12 comments:

Mardhia Yusof said...


Alhamdulillah atas rezeki yg dilimpahkanNya..
tahniah juga!
satu permulaan yg baik. ;)
semoga sentiasa dimurahkan rezeki.

azahrohaizah said...

Selamat tahun baru cikgu,
setiap yang baik pasti di balas dengan kebaikan juga

Anna Boleyn said...

Wah..alhamdulillah. murah rezeki :D

Rashid said...

Mardhia Yusof
Terima kasih mar .. moga mar pun sama .. ;)

Rashid said...

azahrohaizah
terima kasih juga utk azah .. moga tahun baru akan lebih menceriakan hidup azah ..

Rashid said...

Anna Boleyn
yup! anna .. rezekiNya tak terjangka oleh kita .

Cik Cammy Lia said...

wahhh best la..pembuka tahun yg bagus :-)

Cikgu Ma said...

alhamdulillah...rezeki yg tak disangka2 tu sangat nikmat dirasai ^_^

Rashid said...

cik cammy lia
;) rezeki dariNya cik cammy..

Rashid said...

cikgu Ma
syukur kan .. sesungguhnya perjalanan hidup ini memang kita tak boleh jangkakan ..

KHAIRUL AMRAN said...

misteri... sapa yang bayar? murid kot.

Rashid said...

Khairul
entahle khairul. sayapun tak tau .. tak cam. Mungkin kot tapi dia nampak macam orang dewasa je.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search