Followers

02 February 2013

80% ke hospital pakar adalah guru perempuan?



Pinjam gambar cikgu lelaki yang 'rileks' dari google ..

Pagi - duk sembang-sembang dengan seorang kawan. Menurut kawan aku itu, baru-baru ini dia ada pergi kat satu hospital pakar di Kota Bharu. Semasa sedang mengambil wuduk, kebetulan datang seorang doktor juga ingin mengambil wuduk. Dia sempat berbual dengan doktor tersebut. Dalam duk berbual tu, doktor tu bagitau kat kawan aku tu .. “hampir 80% yang datang kat hospital pakar itu adalah terdiri daripada guru wanita!” Menurut doktor itu lagi, kebanyakan guru wanita yang datang itu bukannya sakit dalam erti kata sakit sebenarnya tapi kebanyakan adalah disebabkan faktor ‘stress’. Stress menyebabkan ramai antara mereka mengadu lengguh bahu, sakit leher, rasa telinga dan hidung macam  ada ‘sesuatu yang tak kena’.

Apabila ditanya ubat yang diberi kepada guru wanita berkenaan, doktor itu bagitau kebanyakannya dengan memanggil seorang ‘kaunselor’ khas. Habis berkaunselor dengan sedikit ubat .. mereka akan rasa okey.

Menurut doktor itu lagi, kebanyakan guru wanita yang pergi kat hospital pakar itu adalah yang ada insuran dan merekalah antara  ‘penyumbang’  terbesar kat sana. Bayangkan 3 hari bermalam .. claim insuran ada menjangkau RM3,000.00  ke RM4,000.00 .

Aku tak tau sejauhmana benarnya kata doktor itu.

Bagi aku, mungkin juga ada benarnya. Hasil pemerhatian aku, memang ada le guru wanita yang mukanya sentiasa  ‘nampak agak stress’. Dapat kerja lebih sikit, lagi bertambah 'stress' muka. adoii ..
 
Berbeza dengan guru lelaki, kebanyakan mereka sentiasa nampak ‘rileks dan tenang’  je. Walau sesibuk manapun mereka, pada hujung minggu, mereka masih sempat pergi mengail, pergi main bowling, pergi kebun menebas apa yang perlu ..  sempat ajak pelajar pergi basuh dan mengecat apa yang perlu, sempat bergurau dan gelak-gelak dengan pelajar …  

Mungkin sebab itulah agaknya jawatan ketua biasanya orang lelaki yang pegang. hehe ..


6 comments:

dee said...

ye ke cikgu laki rileks? :p

Irfa said...

sapa buat kaji selidik ni?hehe

Rashid said...

dee
yup! selalu cool .. ;)

Rashid said...

irfa
Bukan kaji selidik irfa.. tu salah sorang dr kat sana bagitau... entah le betul tak ..

Nafisa81 said...

apa yg saya dapat lihat dalam fb saya yg mana ramai jugak rakan fb saya seorang guru..memang ramai sgt guru perempuan meluahkan rasa tak puas hati dr pelbagai sudut berkaitan dgn kerjaya mereka sebagai pendidik. dr hal kementerian sampailah hal pembantu makmal gagal sediakan bawang utk ujikaji. Guru lelaki pulak mmg jarang luahkan rasa tak puas hati berkaitan hal sekolah...sesekali merungut kita rasa kesian...kalau hari2 update status tak puas hati..apa yang dapat disimpulkan adalah..mereka membayangkan pekerjaan sebagai guru adalah kerja yg seronok lagi merilekkan. kerja halfday, ujung minggu cuti, ujung penggal cuti, raya cuti seminggu, ujung tahun cuti...sekali berdepan dgn realiti seorang guru...tu yang tak terdaya menanggung tekanan tu. Ini hanyalah pendapat peribadi saya jer. saya bukan cikgu, tp pernah teringin nak jadi cikgu. 3 kali Mtest gagal. selepas itu tidak mencuba lagi kerana saya faham yg sebenarnya dalam saya tidak terbina utk menjadi seorang guru.

hanz png said...

tak semua guru macam tu, dalam rumah saya saja ada tiga orang guru, dua perempuan seorang lelaki....mereka semua ada juga merungut sekali sekala tentang keadaan kerjaya guru yang semakin mencabar....hmm ramai yang beranggapan kerjaya guru tak seharusnya rilek, tapi memang seharusnya beri mereka sedikit rilek kerana kerja seorang guru bukan macam kerja2 lain, ianya sangat memenatkan! jadi hargailah guru dan jangan kata yang bukan2, tak dinafikan ada sesetengah guru wanita yang stress dan ada guru lelaki yang rilek, ada juga guru lelaki rilek kerana kadang2 kerja buat cincai dan melepas batuk ke tangga(dari cerita disampaikan ayah saya seorang pengetua sekolah), biasalah kalau perempuan stress kerana mereka juga yang harus mengurus rumah tanpa bantuan kaum lelaki ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search