Followers

24 February 2013

Hebatnya 'kuasa senyuman' .. bisa cairkan ..




Petang tadi aku ke Tanah Merah. Semasa duk memandu tu tiba-tiba je teringat kelas 4A1. Teringat bualan aku dengan beberapa orang pelajar. Salah seorang darinya berkata:

“Cikgu  .. cikgu tau tak. Cikgu Julia tak percaya kami kata cikgu Rashid selalu buat kelas kami ceria. Gelak-gelak …”

“ermm .. camana boleh cikgu Julia tanya soalan macam tu?” aku bertanya soalan balik.

“Tak .. hari tu cikgu Julia masuk kelas kami. Kami borak-borak dengan dia. Cikgu Julia tanya camana gaya cikgu Rashid mengajar. Kami kata kami seronok. Kami kata walaupun cikgu Rashid tegas tapi dia selalu buatkan kelas kami hidup. Selalu buatkan kelas kami ketawa dengan gaya cerita dia. Cikgu Rashid taklah terlalu serius macam sesetengah cikgu ..  Tapi cikgu .. cikgu Julia kata dia tak percaya sebab dia kata cikgu Rashid serius orangnya. Muka cikgu selalu je nampak serius …”

Mengingatkan itu semua buatkan aku senyum sorang-sorang. Suara kecil aku berkata:
“iyake muka aku ni nampak serius je. Sampaikan cikgu Julia pun tak percaya. Serius sangatkah muka aku ni? ishh ...”

(oh ya lupa bagitau, cikgu Julia seorang cikgu yang ‘sentiasa bergaya’. Dia kategori cikgu yang ‘menarik’ di mata cikgu-cikgu dan pelajar. Pernah dapat undi terbanyak bagi gelaran cikgu ‘paling glamor’)

Aku terus memandu. Masa tengah memandu itu ada seorang lelaki yang aku tengok mukanya serius je. Macam nak ‘makan’ orang. Dia sedang nak melintas jalan di depan aku. Aku senyum padanya walaupun aku tak kenal dirinya.. Tiba-tiba lelaki itu balas dengan senyuman malah mengangkat tangan (seolah-olah dia kenal aku). Nah!! tengok muka serius dia terus bertukar senyum. Terfikir aku, wow betapa hebatnya ‘kuasa senyuman’. Bila kita senyum kat seseorang, pasti kita akan terima senyuman balik.

Sesungguhnya aku memang percaya 110% dengan ‘kuasa senyuman’. Dah ramai orang yang aku senyum padanya walaupun aku tak mengenalnya. Dan percayalah .. rasanya tak pernah lagi senyuman aku tak dibalas dengan senyuman kecuali orang itu ‘rabun jauh’. hehe


p/s – hidup ini terlalu indah untuk kita biarkan ia berlalu begitu saja …so senyumlah ...


10 comments:

Aku Bapak said...

Bapak rabun jauh tetapi masih boleh membalas senyuman..heheheh

Mardhia Yusof said...

senyum, tak perlu kata apa-apa.
saya pun rabun jauh jgak. ahah.
woww..cikgu julia..;)

4feet8 said...

teringin nak duduk dalam kelas ms cikgu mengajar..

Dkna Abza said...

teringat cikgu +math dkna memang garang sangat, muka bengis, mengajar macam singa.. tapi sampai hari nie kami ingat dia berbanding cikgu lain :)

Rashid said...

Aku bapak

haha! bapak bapak .. hebat tu. Rabun jauh tapi masih boleh balas senyuman ..

Rashid said...

Mardhia
Mar, senyum-senyum .. saya masih ingat mar senyum masa majlis ..

Rashid said...

4feet8
jom jom .. mari masuk kelas saya. saya okey je. :)

Rashid said...

Dkna Abza
Betul tu dkna, sayapun masih ingat sorang cikgu disiplin masa sek ren .. sy kena rotan duk nakal ..

Irfa said...

x kenal maka x cinta
org x kenal saya igt sy sombong
pdhal..kalau yg kenal katanya saya boleh masuk raja lawak.huhu

Rashid said...

Irfa
haha!! itulah kan. Biasanya selalu orang salah faham kalau tengok segi rupa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search