Followers

05 February 2013

Pakcik beraksi 'lagak ngeri' depan sekolah



sekadar hiasan
Awal pagi …

Masa nak masuk ke pintu utama sekolah, aku bagi signal. Tiba-tiba datang sebuah van. Meluru je lagaknya. Turut ingin memasuki ke pintu sekolah. Terkejut aku. Dipandunya macam pelakon ‘aksi lagak ngeri’. Berderau juga darah aku.

Aku buka tingkap. Tengok siapa si pelagak ngeri itu .. ishh seorang pakcik rupanya (Aku agak-agak pakcik itu dalam lingkungan umur 60-an gitu). Aduhai … aku ingatkan anak muda mana tadi. Bukan main lagi tu. Tak sangka. Gopoh gelojoh juga pakcik ni.

Yang aku tak berapa ‘suka’ .. dah lah pandu macam tu. Tunjuk raut muka  ‘nak marah’ kat aku pula tu. Macam aku pula yang bersalah.  Bila aku buka tingkap kereta, tak nak dilihatnya muka aku. Buat tak tau je. Kemudian amboii .. sebaik menurunkan 2 orang pelajar dari van, ditekannya enjin kereta terus memecut laju.

Aku perhati pakcik tu, dipintasnya sebuah kereta lagi.

Lepas punch kad, aku masuk bilik. Terdengar 2 orang guru lagi bercakap tentang perkara yang sama. Tentang ada pemandu yang membawa pelajar sekolah yang suka ‘berlagak samseng’. Bawa kereta ikut hati. Macam dia seorang je ada dan bawa kereta.

p/s - Bangun pagi tadi rasa diri ‘tenang’ je. tapi kejadian tadi ..   astaghfirullah .. 


9 comments:

Irfa said...

membahayakan org lain
kalau jd apa2 nyesal xde guna lagi

selamat tgh hari cikgu :)

4feet8 said...

oh, rasanya misti dia tgh marahkan anak dia taknak ke sekolah tu.. hehe. tu yg anta sampai dalam sekolah.. mcm member sy dulu, abah dia yg anta sampai pada pengawas sekolah kat pagar sekolah sbb anaknya suka ponteng sekolah

dee said...

buat la bumper car depan sekolah. hehehe

Rumah Kuning said...

acapkali panas hati bila i/bapa u turn atau berhenti betul2 dpn pintu pagar sekolah.

Rashid said...

Irfa
Itulah. Gopoh sangat pakcik tu. Tak tenang ..

Rashid said...

4feet8
Mungkin juga . Tapi kalaupun marah kat anak rasanya tak yah lah bawa kereta cam tu sekali. Malang kan tak de nak bagi isyarat pe ..

Rashid said...

dee
Masalahnya depan sek jalan agak luas .. sek dah mohon buat line kuning tapi masih belum dapat lagi.

Rashid said...


Rumah kuning
sapa cikgu tentu biasa ngan keadaan cam tu kan .. hehe

JUK DIN said...

sebahagian ibubapa parking dpn pintu pagar sek masa balik dari kelas tambahan mlm..menyusahkan kami nak kuar. dia ingatkan guru2 tdo di sek kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search