Followers

14 February 2013

Pelajar sekolah dan handphone berisi 'racun perosak'



Antara berita utama mymetro hari ini – Budak 13 tahun ditangkap khalwat.

Budak 13 tahun maknanya kalau masih bersekolah dia sedang belajar di tingkatan satu. Budak 13 tahun maknanya budak itu baru abis sekolah rendah. Baru tamat darjah enam. Budak 13 tahun yang baru abis darjah enam itu sudahpun ditangkap kerana berkhalwat. Budak itu ditangkap berkhalwat atau bersekedudukan dengan seorang gadis berumur 20 tahun di sebuah hotel bajet di ibu negara. Mereka ditangkap oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Mereka mengaku tidur bersama ...



Baca berita ini buatkan aku teringat  … Januari 2013 …

Sedang aku berjalan menuju kelas, aku disapa oleh seorang guru perempuan. Guru itu sedang memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya (pelajar tingkatan 2).

Kisah benar 1
“Cikgu rashid, susah le budak-budak ni” keluhnya.
“Kenapa dengan kelas ni?”
“Budak-budak ni ... Dorang ni tak bagi perhatian le. Suka mengelamun. Ini mungkin sebab duk terpengaruh dengan video dan gambar-gambar lucah.” ujar guru perempuan itu lagi.
“Iyake. Macamana cikgu dapat tahu? Pelajar lelaki ke?”
“Cikgu ... Sama je pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Baru-baru ni saya sempat tangkap. Dorang bawa handphone. Dalam handphone ada macam-macam ..  video lucah ..  gambar porno ..” ujar guru perempuan itu.

Kisah benar 2
Aku didatangi seorang guru perempuan. Datang ke bilik aku berbincang mengenai tugasan kerja. Dalam duk berbincang tu ada jugale menyentuh mengenai kelas dan pelajar-pelajar.  Mengenai tahap prestasi akademik dan juga disiplin pelajar.

“Cikgu rashid, budak-budak tingkatan dua sekarang ni dah pandai tengok .. video lucah ..” ujarnya.
“hmm hmm .. kelas mana?”
“Kelas …   Mereka bawa handphone. Saya sempat rampasnya. Bila saya tanya, mereka mengaku mereka memang tengok video lucah .. mereka ambil dari internet.”

Aku sekadar menggeleng-geleng kepala ..

Berita dan dua kisah ini adalah antara kisah dari kisah-kisah benar. Ia buatkan aku berfikir. Gejala ‘racun perosak’ ini bisa buatkan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun perempuan yang masih belajar di peringkat menengah rendah akan mudah hilang pertimbangan dan kewarasan berfikir.  Mereka masih muda. Fikiran masih fresh. Mudah hanyut dengan nafsu kejantinaan. Bisa buatkan mereka malas belajar, suka mengelamun dan kosong fikiran ilmunya.

Macamana le agaknya  langkah terbaik nak kawal ‘racun perosak’ ini?



14 comments:

4feet8 said...

telefon bimbit kan dah dibenar dibawa ke sekolah. bila eh kuatkuasa..? itulah nanti masalah yg lebih berleluasa akan berlaku..

Wafa h said...

terpengaruh dengan rancangan televisi yang memaparkan aksi yang tidak boleh dilakukan sebelum bernikah.


Benarlah kotak ajaib itu sangat merbahaya

anis abdullah said...

zaman blaja, kalau boring saya melukis jek. sampai kena tangkap. huhu

Nafisa81 said...

semakin hari semakin mencabar

Rumah Kuning said...

takutnya....itulah akibatnya bila agama tidak menjadi keutamaan.

dee said...

camne la nak ngadap budak form 4 ni? sobss

»-((¯`»DiLLa«´¯))-» said...

dari zaman saya sekolah dlu (2004-spm) pun da berleluasa perkara ni..mntak dijauhkan la buat anak2 satu hari nnt..tkutnya..akhir zaman...by the way, lama xsinggah sini cikgu rashid.

Rashid said...

4feet8
rasanya ditangguhkan le ..
bagi saya ada baik ada buruknya pelajar bawa handphone ..

Rashid said...

wafa
kotak ajaib? hehe ..
Masalahnya dorang mudah terpengaruh ngan yg tak baik ..

Rashid said...

anis Abdullah
wah tentu sekarang ni anid dah mahir melukis. saya tak pandai tapi suka tengok orang melukis ..

Rashid said...

Nafisa
Yup! betul tu nafisa. hari mendatang entahle camana agaknya ..

Rashid said...

Rumah kuning
Agama makin jauh .. tiangpun rapuh .. mudah roboh ..

Rashid said...

dee
ngadap je le ngan tenang dee .. :)

Rashid said...

Dilla
Moga semuanya selamat. kan dilla ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search