Followers

12 March 2013

Anda mesti membunuh atau anda akan dibunuh!!



LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas sulu mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Nampaknya seorang lagi wira negara kita gugur … alfatihah  untuknya ..
Wira yang terkorban kali ini ialah Ahmad Hurairah Ismail, seorang anggota tentera berasal dari Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan

MAKNANYA  sehingga sekarang,  jumlah wira negara kita yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Tiba-tiba teringat pula aku .. kata-kata seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel yang telah berucap dengan nada yang keras sebaik saja aku dan rakan-rakan menamatkan latihan serang hendap. (aku dan rakan-rakan telah mengikuti kursus taktik selama sebulan pada tahun 1998. Serang hendap adalah salah satu taktik perang yang perlu dikuasai oleh semua anggota tentera)

Kata-kata Leftenan Kolonel yang masih aku ingat sehingga ke hari ini.

“Anda semua adalah pegawai tentera  .. ingat satu prinsip bila kita berada di medan tempur ..
ANDA MESTI MEMBUNUH ATAU ANDA AKAN DIBUNUH!!”

Tiba-tiba rasa rindu pada kawan-kawan lama. Sempat belek-belek gambar …



 Aku sedang menerima sijil daripada Leftenan Kolonel ... 


 p/s - Maaf, aku rasa prinsip ini mesti ada pada semua anggota tentera di Lahad Datu .. 


8 comments:

||Sis aLeaSaRa|| said...

al-fatihah utk arwah.ye betul tu saya setuju.hurm abg ipar tudm air force...dia pun x sng ddk dgn perkembangan yg berlaku di lahad datu ni :(

Marya Yusof said...

As salam tuan,

Mesti semangat bekas2 askar skrg berkobar2 kan... Apa yg ada dlm fikiran mereka adalah diluar kotak pemikiran seorang manusia biasa...

dee said...

kejam kan.
adeh

Irfa said...

alfatihah utk pejuang negara
yg ditinggal semoga diberi extra ketabahan

Rashid said...


sis alea
yup! betul tu alea, pasukan tentera sekarang ni dah tak senang duduk .. ;)

Rashid said...

Marya Yusof
wassalam ..

Marya, alaaaa jgn le panggil tuan. Panggil rashid je k ..

Memang .. rasa semacam je. Kan tanah tumpah darah kita ..

Rashid said...

dee
hmm hmm … kalaule benar apa yg kita tengok dlm internet tu memang tersangat kejam ..

Rashid said...

irfa
alfatihah ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search