Followers

25 March 2013

Jatuh hati dengan mek Zura THR Gegar



Petang - naik kereta dengan seorang kawan .. pasang radio THR Gegar. Dengar celoteh DJ yang membahasakan dirinya Mek Zura. Memang aku suka dengar bila mek Zura jadi DJ. Bahasanya sungguh seronok dengar. Cakapnya campur-campur. Ada ‘cakap luar’ ada ‘kecek kelate’. Aku suka dengar celoteh dia. Sambil celoteh dia ketawa. Sambil borak dengan pendengar dia ketawa.  Rasa ceria je. Cerah mata memandu ..



Tiba-tiba kawan aku bertanya ..

“Mek Zura ni lagumana orangnya ya? Kalau dengar suara dia dalam radio macam orang muda-muda je.  Kalau tengok kat luar tak taulah. Tengok-tengok macam Mek Kelate (Nik Sayyidah) .. gemuk .. haha”

“Taklah. Mek Zura okey pe. Gayanya macam Linda Onn .. free hair. Rambut dia warna perang” aku terangkan sikit padanya.

“ish biar betul kau ni syid. Macamana kau tau?” kawan aku seolah-olah tak percaya.
“Taulah ..”
“aaahh … kau ni syid saja jee”

“Zul .. Mula-mula aku dengar celoteh mek Zura tu, tak pernah tengokpun muka dia, aku ‘jatuh hati’ juga kat dia. Masa tu dia masih single. Tapi sayang deh .. dia baru kawen 2 bulan lepas kalau tak silap aku le” aku terangkan lagi (sambil senyum).

“Kau ni syid .. biar betul .. tau-tau je ..”

Aku sekadar senyum tengok gelagat kawan aku tu. Beria benar nak tau macamana agaknya rupa Mek Zura THR. hehe

Nota: Mek zura THR memang best. Kalau bawa kereta waktu petang, pasti aku buka Radio THR. Aku masih ingat ada satu masa tu, Mek Zura kata:
“Sepanjang hidup saya tak pernah naik kereta api. Sebab takut .. gayat ...”
 “Gayat? orang biasanya gayat bila naik tempat tinggi. Dia ni lain pula” jawab DJ lelaki.
“Gayat .. sebab keretapi itu panjang sangat!!” jelas mek Zura. hehe.





4 comments:

mountdweller said...

A'kum Rashid

Kenapa lambat?

dee said...

Haa tu la.

Irfa said...

comelnya mek zura
x penah lagi dgr dia ke udara sbb bila balik kg (klate) jarang dengar radio..sibuk dengar ma bercerita

ops..nak tanya,adik pompuan saya kata..cikgu penah ajar dia masa form 4@5 (tahun 2010/2011 )kat sekolah Pahi,Kuala Krai.cikgu mmg penah ngajar kat skolah tu ye?

Zura Zue said...

ya betul..suke jugak dgr celoteh dia nie..tambahan pulak nama sama..hihi..dia jenis spontan je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search