Followers

02 March 2013

Harlem Shake gila-gila kemudian jadi gila






Seminggu dua ni aku tengok ada satu tarian baru le. Tarian ‘Harlem Shake’ ..

Maaf, aku tengok tarian ‘Harlem Shake’ macam tarian ‘orang tak betul’ je. Macam kena sawan. Apa yang pasti, tarian ini bila diperhatikan jelas pasti ada unsur lucah. Pasti ada yang buka baju, baik yang perempuan mahupun lelaki. Tinggal pakaian dalam je. ishhh … Buka baju kemudian beraksi tarian bebas. Pusing-pusing tangan, gerak-gerak punggung ke depan ke belakang.  Ada yang naik kerusi pusing apa saja, ada yang hantuk-hantuk kepala ke dinding, ada yang angguk-angguk, ada yang guling-guling. Adoiii ..

Bila diteliti, pada mulanya akan muncul seorang yang berperangai bukan-bukan. Menari-nari gila dan lucah. Walaupun pada mulanya dia tak dihiraukan tapi kemudian yang lain akan mula meniru @ terpengaruh sama, menari gila-gila .. lagi gila-gila ..

Pengaruh yang tak elok ditiru oleh yang lain-lain …

Aku rasa tarian ‘Harlem Shake’ ini cuba mengatasi tarian ‘Gangnam Style’ tapi terus-teranglah aku rasa semacam je bila tengok tarian ini. Macam tak betul. Macam kurang siuman. Kalau iyapun nak lepaskan perasaan rasanya bukan macam tu gayanya. Cam tak masuk akal je. Pada mulanya seorang je yang ‘giler’ kemudian semua yang lainpun jadi ‘giler’ ..

Moga tarian ini tak mempengaruhi rakyat Malaysia ..

6 comments:

anis abdullah said...

terus tak sanggup tengok

4feet8 said...

first time sy tgk gangnam style pun tak berkenan mcm tarian lucah je.. ini kan pula harleem..mmg lansung tak tgk.. rosak minda ku.. hehe

Nafisa81 said...

langsung takde perasaan malu...yg tak tahannya anak sedara cerita cikgu dia buka lagu gangnam style masa pendidikan jasmani

Rashid said...

anis abdullah
hehe .. senyum saya ..

Rashid said...

4feet8
Jangan tengok .. memang boleh rosak jiwa ..

Rashid said...

Nafisa
ishh .. iyake? entahle saya ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search