Followers

12 April 2013

Aku terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim



Pagi tadi, aku terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ..


Saudara yang dihormati,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menemui saudara dengan iringan doa, semoga berada dalam limpahan rahmat Ilahi.

Warkah ini diutus sebagai pengganti diri untuk memohon pertimbangan saudara bagi menentukan halatuju negara tercinta ini.

……..

……..

Dengan rendah hati saya mengajak saudara untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami dengan menyokong calon-calon KEADILAN, PAS dan DAP. Insya-Allah, mandat dan amanah yang diberikan tidak akan sesekali kami khianati dan sia-siakan.

Ikhtiar, doa dan munajat perlu diteruskan. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita semua.


ANWAR IBRAHIM


 



Bila aku baca surat ini dengan beberapa lampiran risalah yang disertakan, buatkan aku terfikir sekejap. Aku terfikir akan kekreatifan cara yang digunakan oleh sesebuah parti politik. Surat yang lengkap bernama dan beralamat ini memperlihatkan satu cara yang baik untuk memikat dan menarik sokongan rakyat agar memilih dan menyokong parti mereka. Ia seolah-olah menyentuh soal keperihatinan dari seorang pemimpin secara personel. Cara ini tak semua parti amalkan. 

Surat ini sah dari Pakatan Rakyat. Ada lambang parti di sudut kanan atas surat. Apapun, bagi aku, ia satu cara dan ‘taktik’ yang bijak kerana ada unsur ‘psiko’ yang mampu menarik ‘simpati’ seterusnya sokongan.

Bagi aku, pilihan mengundi mana-mana parti adalah terletak pada diri masing-masing. Ia satu hak. Hak memilih yang terbaik dari yang baik!! Apa yang penting, buatlah pilihan yang terbaik akan parti manakah yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara secara keseluruhannya. 

Tepuk hati jangan biarkan hati mati dengan memangkah parti yang tak fikirkan mati. SELAMAT MENGUNDI SEMUA.


6 comments:

4feet8 said...

saya pula terima surat dr PM.
sms dari celcom suruh mengundi bn tiap2 hari masuk dari nombor berlainan.. zzzzz

Rashid said...

4feet
wowwww!!
alaaa naper saya tak terima. Pakai celcom juga.

Tiap-tiap hari masuk? tentu seronokkan.hehe ..

Biasalah kan. Ngundi makin dekat. Hati makin debar & kacau.

p/s- saya ada juga yg acap kali masuk tapi bukan dari PM tapi sms dari Bank. Suruh ambil pembiayaan. Nyampahhh tul ..

dee said...

Tak dapat surat pon! dapat sms je. sama cam komen atassss tu. hari2 dari bn. ok la, takde la rasa forever alone sebab takde org text. ahaa!

btw, ni first time undiiii! sgtttt tak sabar~ :D

Rashid said...

dee

haha!! masih muda remaja tuuu dee..

Apapun selamat mengundi ngan hati yang tenang k ..

Mardhia Yusof said...

mmg wow.
pandai strategi dia.htr surat kat individual.
selamat mengundi!

Rashid said...

Mardhia
Orang politik begitulah mar .. asyik duk fikirkan taktik strategi je hari-hari. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search