Followers

17 April 2013

Baca entri ini jika sayangkan nyawa orang tersayang



Pagi tadi – aku hadir mendengar ceramah dari Universal Fire Safety. Agak tertarik dengan apa yang disampaikan. Dengan visual dan klip video ‘kisah benar yang menyayat hati’ yang menimpa mangsa kebakaran buatkan aku terfikir sekejap.

Iyalah kan kita ini siang malam duk kerja. Terlalu sibuk ngan ‘cari duit’ sehingga terlupa untuk berfikir sekejap akan risiko kebakaran yang boleh menimpa rumah & keluarga kita pada bila-bila masa saja.

Antara yang menarik perhatian aku dari apa yang disampaikan (sedikit perkongsian .. )

1. Menurut laporan bomba, 70% kebakaran rumah & bangunan adalah disebabkan litar pintas.

2. Pernahkah kita tutup suis peti ais? Menurut penceramah, dan dinasihatkan dilakukan segera kepada semua hadirin bila balik ke rumah!! Semua dinasihatkan untuk  tutup suis @ cabut plug peti ais sekejap ... Suis peti ais sepatutnya ditutup 3 bulan sekali. Tutup selama 1 jam. Kemudian barulah boleh buka balik macam biasa. (Rasanya kebanyakan kita tak pernah tutup suis peti ais. Sampaikan 5 tahunpun tak pernah tutup. Tutuppun mungkin masa nak ‘bersih’kan saja. Itupun kalau tutup. Kalau tak .. faham-faham je lah)




3. Begitu juga dengan socket. Ada setengah tu socket dah tak boleh dicabut. Kalau tak boleh cabut (ketat) maknanya socket itu ada masalah. Kena baiki dan tukar segera (Tolong le jangan sayang duit okey!!)

4. Dah jadi trend sekarang, semua rumah pasang grill. Semua pintu rumah ada grill. Pasang grill bagus untuk elak pencuri cuma diingatkan agar bilik tidur mesti buat grill yang boleh dibuka. Guna penyelak saja. Jangan guna mangga sebab mangga jika lama tak diguna akan karat. Bila karat nanti terjerat!! (banyak kes dah berlaku. Mati rentung kena terjerat!!)

5.  Dalam kereta, standby alat pemadam api. RM149.00 je. Beli yang ada cop SIRIM. Alat ini boleh diguna masa kecemasan. Selain padamkan api kecil .. boleh juga diguna untuk pecahkan cermin kereta (banyak juga kes rentung terbakar gara-gara tak boleh keluar, tak boleh pecahkan cermin kereta. Maklumlah kereta sekarang semua ‘tinted’. Bila ‘tinted’ memang kekuatan tangan tak mampu  nak pecahkannya.)




p/s - Kepada rakan-rakan semua, refresh sikit .. jangan lupa nombor talian kecemasan termasuk bomba 999 bukan 994 Dulu bomba guna 994 sekejap. Sekarang semua dah guna 999 – Talian Kecemasan. 1 Negara 1 Nombor. Pesan pada ahli keluarga. Fahami mereka dan suruh mereka ingat nombor 999 okey!!


Duit boleh dicari. RM149.00 boleh dicari tapi nyawa? nyawa orang tersayang tak ada penggantinya .. 


4 comments:

Rumah Kuning said...

saya pun tk penah tutup suis peti ais sejak dibeli. zaman kecik2 dulu, kalau petir mesti tutup semua suis letrik. sekarang ni, nak tinggalkan rumah seminggu, sebulan pun tak tutup.terima kasih atas perkongsian.

anis abdullah said...

rumah selalu blackout. tiap2 bulan bila petir dan hujan lebat. kalau jadi hujung minggu-time tu balik rumah lain, kira bolehla dianggap off peti ais tu yek?..hehe

Rashid said...

Rumah kuning
sama je kita .. hehe
Itulah masalah kita. Tradisi lama kita dah tak ikut walaupun baik.

Rashid said...

anis
anis .. pandai ek. Cari peluang ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search