Followers

10 May 2013

Kisah 4 orang si buta dengan gajah



Dalam minggu ini, ke mana saja aku pergi, sana-sini orang bercakap soal keputusan pilihan raya. Ada yang senyum dan ada yang bermuka kelat, siap menggeleng-geleng kepala lagi tu. Dari semua itu, aku tengok, lebih ramai yang ‘menggeleng-geleng kepala’ dari yang senyum. Tak tahu aku apa sebab mereka bereaksi dan beraksi sedemikian rupa. Adakah mereka menunjukkan reaksi tak puas hati dengan keputusan pilihan raya? Tak tau aku dan sebenarnya aku pun tak ingin ambil tahu itu semua. Apa yang pasti, keputusan pilihan raya dah keluar. Sepatutnya semua kena berlapang dada dan terima keputusannya. Bukannya masih nak tunjuk muka marah, muka tak puas hati. Muka kelat.

Ada sesetengah itu, bukan main ‘hebat’ lagi. Sanggup bertegang leher mempertahankan parti masing-masing. Kalah Anwar Ibrahim bila tengok gaya dan kesungguhannya berhujah. Cuma bezanya Anwar Ibrahim ada juga ‘lawak’nya yang bisa mencuit hati para penyokongnya.

Pernah aku berdepan dengan situasi yang agak ‘mendebarkan’. Ini berlaku dua hari selepas pilihan raya umum ke-13. Orang berlainan parti duk makan semeja, berdepan antara satu sama lain. Aku di tengah-tengahnya. Mula-mula berbual biasa, kemudian sentuh soal parti. Masing-masing berhujah mempertahankan parti masing-masing dan akhirnya keluarlah ayat dari salah seorang, ‘kita selesaikan di luar’.. Ajak bertumbuk … hah!! apa ni? Terkejut aku. Apa taknya. Orang politik berhujah, bertegang leher sekadar di atas pentas parti tapi apabila mereka berjumpa di luar, masih sempat bertanyakan khabar, makan minum, gelak tawa sama-sama . Ini kita? Nampaknya kita ini dah terlebih sudu dari kuahnya.  




Menyentuh soal pegangan dan hujah yang dilontarkan ... kadang tu buatkan aku teringat akan ‘kisah orang buta dengan gajah’.

“Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh,” kata si buta yang meraba belalai gajah.

“Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ini bentuknya macam talam. Lebar dan luas,” tambah si buta kedua yang meraba telinga si gajah.

“Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah .. aku rasa bentuknya macam kawah nasi. Lebar dan gendut, macam-macam boleh isi,” tegas si buta ketiga yang meraba perut  gajah.

“Mana ada. Gajah ini seperti tiang besar, kesat tapi lembut bila disentuh” kata si buta ke empat yang meraba kaki gajah.

Ke empat-empat si buta itu terus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh badan si gajah malang itu.

Analogi di atas rasanya memang kita semua dah sedia maklum. Ia sering berlaku dalam masyarakat kita. Kita selalunya suka bercakap mengikut kefahaman yang kita pegang walaupun tak semestinya betul. Kita suka bercakap hanya berdasarkan kefahaman, maklumat dan gambaran serpihan yang kita ada tentang sesuatu perkara. Kemudian kita akan cuba mempertahankannya sehabis mungkin tanpa ingin mendengar pandangan yang berbeza. Inilah masalahnnya. Sepatutnya kita mendepani semua isu dengan hati yang terbuka. Lebihkan membaca, mendengar dan menelitinya secara perbandingan ilmiah. Tak salah rasanya kita mendengar pelbagai pandangan. Ini kerana lain orang, pasti lain pula persepsinya. Lepas itu, tepuklah dada masing-masing, tanyalah hati dengan tenang.

p/s – jangan kita menjadi seperti salah seorang si buta di atas …


3 comments:

Mardhia Yusof said...

rumah sudah siap, tapi pahat masih berbunyi.
adatlah ada menang ada kalah.
cuma kali ni, sangat teruk.
sampai dah jadi perkauman/berbeza fahaman politik.

yup, betul..rakyat yang terlebih emo. rakyat yang bergaduh. walhal, manalah tahu, pemimpin atasan siap salam, peluk lagi dalam dewan parlimen.kita mana tahu kan apa yg jadi sebenarnya dalam dewan parlimen..

relax je.minum kopi mcm cikgu..hehe

Mardhia Yusof said...
This comment has been removed by the author.
Rashid said...

Mardhia Yusof
Itulah mar. Sayapun pelik ngan sikap orang kita ni. Keputusan dah kuar, apa lagi .. terima je le. Ni nak demonstrasi.. hangatkan ceramah ngan isu-isu .. apa ni?? nanti lain pula jadinya..

sy tak mau negara kita ni ditertawakan ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search