Followers

24 June 2013

Cinta jangan pergi ..





Apa kaitan tajuk 'Cinta jangan pergi' dan gambar di atas dengan entri? Sebenarnya takde apa kaitanpun. Tadi saja klik klik ..  tiba-tiba keluar tajuk ‘Cinta jangan pergi’. Siap keluar gambar tiq zaqyah pula tu .. ishh ..

Jam hampir pukul 1.00 pagi. Hati aku mula berbicara …

Sesungguhnya pertemuan dan perpisahan itu akan ada selalu bersama kita. Nak tak nak jika ditakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang maka pasti kita akan bertemu atau dipertemukan olehNya. Begitu juga jika sudah ketentuanNya kita berpisah atau dipisahkan maka tiada kuasa untuk kita menghalanginya. Pasti kita kan berpisah.

Betapa kita menyayanginya. Betapa kita ingin bersamanya. Betapa kita gembira di kala bersamanya. Jika tiba masanya untuk berpisah. Pasti kita akan berpisah.

Begitu juga lumrahnya. Betapa kita membenci seseorang. Betapa hati tak senang dengan seseorang, jika dah jodoh untuk kita bersamanya pasti kita akan hidup berdua dengannya jua. Mungkin juga untuk selamanya. Mungkin juga tidak. Semuanya ada dan penuh dengan kemungkinannya. 

Berpisah setelah sekian lama bersama juga bisa terjadi pada diri kita.
Bertemu setelah sekian lama berpisah juga bisa berlaku pada diri kita.

Bertemu dan berpisah bisa mendatangi kita semua.
Bertemu, berpisah dan bertemu kembali juga bisa hadir dalam hidup kita.

Walaupun ia tak mungkin akan sama seperti mana pertemuan sebelum berpisah namun ia juga bisa memberikan kita rasa gembira ..  rasa suka .. dan rasa ingin mengetahui kisah masing-masing.

Semua itu adalah sebahagian daripada kisah. Kisah tentang kehidupan.  Kehidupan yang sebenar. Bukan dongengan. Bukan juga imaginasi novelis.  Bila direnungi,  sungguh cantik warna-warna yang melakarinya. Amat indah akan kisahnya.

4 hari yang lalu (20 Jun 2013) setelah berbelas tahun terputus hubungan, aku beranikan diri sms seseorang (no tel nya aku jumpa dari internet .. optometris .. setelah sekian lama mencarinya gagal. Inipun sms sekadar menduga .. tak pasti benar atau tak orangnya)

rashid: “Maaf. Nak tanya .. ini norlaili ke?”
Seseorang membalasnya: “Saya hubbynya. Btw siapa ni?”
rashid: “Ini rashid. dari Kelantan. Saya kawan laili .. UKM sesi …. maaf jika salah orang”

Aku terima balasan sms: “nanti saya sampaikan padanya”
rashid: “terima kasih ..” (masih tertanya)

3 hari yang lalu (21 Jun 2013 – Jumaat pagi) aku terima panggilan telefon.
“assalam .. ini rashid ke?”
“iya saya. sapa ni?”
“ini laili .. “
“sapa? laili??? laili?” aku sedikit terkejut ..
“iya le rashid. Ini laili le .. lamanya tak dengar khabar rashid ... “

“laili .. suara laili tak berubahle .. sama masa kat UKM dulu ..”
“suara rashidpun …”

“rashid .. kita sembang lain kali k .. add saya ..”
“okey …”


p/s – kisah kawanku yang terpisah ini pernah aku sentuhnya melalui tajuk entri. Library UKM … kau terindah bagiKu pada 15 mei 2010 ..



3 comments:

bee_zara said...

cewahh cikgu rashid.. lama tu terpisah..

sy kat ukm skarang..dok study.. kot cikgu dtg boleh jumpe..hihi

4feet8 said...

Alamak.. dah kahwin rupanya laily..
sy ingat cikgu nak sentuh topik cinta jangan pergi sbb sy memang suka tgk cerita tu.. ;)

man said...

ayat power ini..heheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search