Followers

02 July 2013

Kelantan Juara e-GTukar



Pagi - aku disapa oleh seorang guru perempuan.

“Cikgu syid ..  Dengar khabar dah keluar keputusan guru mana yang boleh bertukar. Iyake?. Camana ni cikgu syid .. dapat ke saya tukar ni?”

Aku sekadar senyum ..

“Cikgu syid ni senyum pula. Ni tentu dah tau sapa-sapa cikgu yang boleh bertukar ni?” ujar guru perempuan itu lagi.

“Setahu saya keputusan masih lagi belum ada. Apa yang penting, semua guru yang mohon tukar, sekolah dah sokong. Tunggu je keputusan eGTukar…” balasku.

---------------- 

Aku masuk bilik. Surf internet. Klik laman web eGTukar. Keluar notis yang sama.


Pemberitahuan

Status Terkini:

Pemakluman

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.

 Aku klik Analisa pertukaran guru sesi Julai kategori Sekolah Menengah.


wow!! tengok … betapa ramainya guru-guru yang mohon bertukar  ..

Juara negerinya ialah KELANTAN.  Guru yang mohon masuk ke Kelantan adalah yang paling ramai sekali iaitu 1854 orang manakala yang mohon keluar dari Kelantan hanya seramai 45 orang saja.

Naib Juaranya jatuh kepada negeri  Terengganu. Bilangan guru yang mohon masuk ialah seramai 1110 manakala yang mohon keluar seramai 138 orang.

ishhh ishhh .. apa menariknya KELANTAN dan TERENGGANU ek? Setiap tahun dan sesi, rasanya kedua-dua negeri inilah yang paling ramai sekali menjadi PUJAAN HATI para guru.

 p/s - Tentu ramai guru yang mohon bertukar sedang berdebar-debar sekarang ini ... 


No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search