Followers

20 September 2013

Aku kejar pencuri ...



Kejar pencuri? owhh tidak. Aku bukan kejar .. Cuma aku lajukan langkah je apabila melihat ramai orang duk kejar pencuri. Dah ramai orang mengejar .. so aku rileks je le.  melangkah dengan tenang ...

Kejadian orang ramai mengejar pencuri berlaku berdekatan dengan aku. Masa itu aku sedang duk ‘bersiar-siar’ kat pasar pagi. Bersiar-siar sambil duk cari ‘sesuatu nak dimakan’. Sedang duk seronok tengok pelbagai jenis kuih tiba-tiba terdengar suara .. “pencuri!!” Aku terus berpaling. Masa itu aku tengok orang ramai dah mula saling berpandangan. Masa yang sama juga ada aksi kejar mengejar. Maksud aku orang ramai duk ‘hambat’ (kejar) pencuri .. aku apalagi terus turut sama ‘lajukan langkah’ ... bukan niat nak tangkap pencuri tapi cuma nak tengok siapa pencuri tu. Sebab dalam hati aku dah yakin. Pencuri tu pasti kena tangkap punya. Maklumlah yang kejar pencuri tu bukan seorang dua. Rasanya berpuluh-puluh orang. Kat kawasan terbuka pula tu. Lainlah kalau kat tepi hutan.

Telahan aku memang tepat. Akhirnya pencuri itu berjaya ditangkap oleh orang ramai. Nasib baik seorang polis ada bersama masa kejadian. Lalu digarinya si pencuri tu. Kalau tak rasanya ‘lembik’ le pencuri tu kena pukul dek orang ramai.

Terdengar suara orang ramai ..

“Pakat bui sebutir seorang  .. ajar pencuri tu” (Tumbuk / tendang seorang satu  .. ajar pencuri tu)
“Tak sangka .. orangnya smart. Putih tapi jadi pencuri …”
“Itulah. Badan besar .. muda lagi tu .. dah jadi pencuri …”

Sempat aku snap 





p/s - aku tak boleh nak bayangkan ... berani betul dia mencuri di tengah-tengah orang ramai  ..  silap strategi le tu .. 



No comments:



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search