Followers

26 February 2013

saya dah tak sayang ...



tika saat indah bersama .. (sekadar hiasan)


Tadi baca satu tajuk berita. Berita 26 Feb 2013, ‘Saya dah tak sayang’.

Aku merenungi gambar pelakon wanita itu. Merenungi wajah. Terserlah kematangan dirinya.

Lantas hati berbicara …

Senangnya untuk mengungkapkan kata ‘saya dah tak sayang’ apabila rasa ‘si dia’ dah tak diperlukan lagi. Kadang tu dikatanya ‘dah tak sefahaman, apa nak buat, lebih baik putus saja.’ Bak kata orang, bila hati dah tak suka, bila hati dah tak sayang maka apa saja tindakan dan keputusan yang dibuat pasti ke arah ‘tak nak bersama dengan dia lagi’. Dia yang sebelum ini ditatang penuh kasih sayang, penuh kemanjaan, diberi apa saja apa maunya, kini dilihat seolah-olah membebankan diri dan minda. Dilihat seolah-olah tak ada lagi guna dan pentingnya.  Seolah-olah tak ada lagi kebaikan si dia untuk diri. Oleh kerana dah tak ada gunanya lagi maka lebih baik putus saja.

Saat indah ketika bersama. Saat berkongsi rasa dan kisah. Saat susah dan senang yang dilalui bersama. Semua itu pergi dan hilang begitu saja. Itulah cinta manusia. Indahnya cinta bila hati masih sayang.  Indahnya cinta bila hati masih suka.  

Sesungguhnya cinta manusia itu ada pasang surutnya. Ada saat teruja. Ada saat duka. Oleh itu, bersyukurlah dengan cinta dan rasa sayang yang masih ada. Bersyukurlah dengan perasaan yang masih diberiNya itu. Ini kerana kita tak tau, saat dan tikanya, kemungkinan perasaan cinta dan suka itu akan diambilNya dari kita. 


24 February 2013

Hebatnya 'kuasa senyuman' .. bisa cairkan ..




Petang tadi aku ke Tanah Merah. Semasa duk memandu tu tiba-tiba je teringat kelas 4A1. Teringat bualan aku dengan beberapa orang pelajar. Salah seorang darinya berkata:

“Cikgu  .. cikgu tau tak. Cikgu Julia tak percaya kami kata cikgu Rashid selalu buat kelas kami ceria. Gelak-gelak …”

“ermm .. camana boleh cikgu Julia tanya soalan macam tu?” aku bertanya soalan balik.

“Tak .. hari tu cikgu Julia masuk kelas kami. Kami borak-borak dengan dia. Cikgu Julia tanya camana gaya cikgu Rashid mengajar. Kami kata kami seronok. Kami kata walaupun cikgu Rashid tegas tapi dia selalu buatkan kelas kami hidup. Selalu buatkan kelas kami ketawa dengan gaya cerita dia. Cikgu Rashid taklah terlalu serius macam sesetengah cikgu ..  Tapi cikgu .. cikgu Julia kata dia tak percaya sebab dia kata cikgu Rashid serius orangnya. Muka cikgu selalu je nampak serius …”

Mengingatkan itu semua buatkan aku senyum sorang-sorang. Suara kecil aku berkata:
“iyake muka aku ni nampak serius je. Sampaikan cikgu Julia pun tak percaya. Serius sangatkah muka aku ni? ishh ...”

(oh ya lupa bagitau, cikgu Julia seorang cikgu yang ‘sentiasa bergaya’. Dia kategori cikgu yang ‘menarik’ di mata cikgu-cikgu dan pelajar. Pernah dapat undi terbanyak bagi gelaran cikgu ‘paling glamor’)

Aku terus memandu. Masa tengah memandu itu ada seorang lelaki yang aku tengok mukanya serius je. Macam nak ‘makan’ orang. Dia sedang nak melintas jalan di depan aku. Aku senyum padanya walaupun aku tak kenal dirinya.. Tiba-tiba lelaki itu balas dengan senyuman malah mengangkat tangan (seolah-olah dia kenal aku). Nah!! tengok muka serius dia terus bertukar senyum. Terfikir aku, wow betapa hebatnya ‘kuasa senyuman’. Bila kita senyum kat seseorang, pasti kita akan terima senyuman balik.

Sesungguhnya aku memang percaya 110% dengan ‘kuasa senyuman’. Dah ramai orang yang aku senyum padanya walaupun aku tak mengenalnya. Dan percayalah .. rasanya tak pernah lagi senyuman aku tak dibalas dengan senyuman kecuali orang itu ‘rabun jauh’. hehe


p/s – hidup ini terlalu indah untuk kita biarkan ia berlalu begitu saja …so senyumlah ...


20 February 2013

Kau ada? kau ada?



Dalam perjalanan balik kerja.
Dengar lagu dalam kereta.
Kau ada .. Kau ada ..





Aku rasa best le lagu ni. Lirik lagunya boleh bangkitkan semangat pada diri. Rasa nak ada 2 .. 3 buah rumah. Sekarang baru ada 2 rumah. hehe.

Gelak je dengar .. 

Dia ada rumah besar dua tiga (kau ada)
Dia ada kereta Bently dan Ferrari (kau ada)
Dia ada Shendel Fendi LV Gucci (kau ada)
Kau ada, kau ada .. aku tak ada
(ayat ni yang aku nak gelak)

Ada juga nasihat dan sindiran ...

Apa yang dia ada
Tak mestinya ku ada
Apa yang aku ada
Tak semestinya dia ada
Jangan nak ngada-ngada
Jangan nak lumba-lumba
Mati pun bukan boleh bawa benda itu semua

Sama diri sama tunduk sama buat sama turut
Sama patah sama remuk bila tinggi jangan angkuh
Kalau papa jangan kaya
Kalau kaya jangan mengada
Kalau ada kata ada
Kalau tak ada buat tak ada


14 February 2013

Pelajar sekolah dan handphone berisi 'racun perosak'



Antara berita utama mymetro hari ini – Budak 13 tahun ditangkap khalwat.

Budak 13 tahun maknanya kalau masih bersekolah dia sedang belajar di tingkatan satu. Budak 13 tahun maknanya budak itu baru abis sekolah rendah. Baru tamat darjah enam. Budak 13 tahun yang baru abis darjah enam itu sudahpun ditangkap kerana berkhalwat. Budak itu ditangkap berkhalwat atau bersekedudukan dengan seorang gadis berumur 20 tahun di sebuah hotel bajet di ibu negara. Mereka ditangkap oleh Penguatkuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI). Mereka mengaku tidur bersama ...



Baca berita ini buatkan aku teringat  … Januari 2013 …

Sedang aku berjalan menuju kelas, aku disapa oleh seorang guru perempuan. Guru itu sedang memberi tugasan kepada pelajar-pelajarnya (pelajar tingkatan 2).

Kisah benar 1
“Cikgu rashid, susah le budak-budak ni” keluhnya.
“Kenapa dengan kelas ni?”
“Budak-budak ni ... Dorang ni tak bagi perhatian le. Suka mengelamun. Ini mungkin sebab duk terpengaruh dengan video dan gambar-gambar lucah.” ujar guru perempuan itu lagi.
“Iyake. Macamana cikgu dapat tahu? Pelajar lelaki ke?”
“Cikgu ... Sama je pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Baru-baru ni saya sempat tangkap. Dorang bawa handphone. Dalam handphone ada macam-macam ..  video lucah ..  gambar porno ..” ujar guru perempuan itu.

Kisah benar 2
Aku didatangi seorang guru perempuan. Datang ke bilik aku berbincang mengenai tugasan kerja. Dalam duk berbincang tu ada jugale menyentuh mengenai kelas dan pelajar-pelajar.  Mengenai tahap prestasi akademik dan juga disiplin pelajar.

“Cikgu rashid, budak-budak tingkatan dua sekarang ni dah pandai tengok .. video lucah ..” ujarnya.
“hmm hmm .. kelas mana?”
“Kelas …   Mereka bawa handphone. Saya sempat rampasnya. Bila saya tanya, mereka mengaku mereka memang tengok video lucah .. mereka ambil dari internet.”

Aku sekadar menggeleng-geleng kepala ..

Berita dan dua kisah ini adalah antara kisah dari kisah-kisah benar. Ia buatkan aku berfikir. Gejala ‘racun perosak’ ini bisa buatkan pelajar, baik pelajar lelaki mahupun perempuan yang masih belajar di peringkat menengah rendah akan mudah hilang pertimbangan dan kewarasan berfikir.  Mereka masih muda. Fikiran masih fresh. Mudah hanyut dengan nafsu kejantinaan. Bisa buatkan mereka malas belajar, suka mengelamun dan kosong fikiran ilmunya.

Macamana le agaknya  langkah terbaik nak kawal ‘racun perosak’ ini?



Shila Amzah - Pesanan Ombak Rindu. Nak komen sikit..




2 hari lepas, aku buka youtube. Tengok dan dengari suara sebak Shila Amzah – Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu.Tadi aku buka sekali lagi.





Pelbagai reaksi dan komen telah diberi dek pembaca. Ada pro dan kontra. Bagi aku, yang ada juga ikuti sedikit kisah Shila ini, dapat rasakan ada rasa keserbasalahan di hati Shila. Perasaan yang membelenggu dirinya itu dilepaskan dengan caranya yang tersendiri. Dilepaskan dengan ‘menyanyi’ lagu Ombak Rindu kat Youtube. Rasanya tak perlu nak komen teruk-teruk pada ‘caranya’ itu. Itu mungkin cara beliau sebagai seorang penyanyi, yang sudah pastinya terbawa dengan sendirinya.  Itulah dirinya seadanya. Itulah keadaan dan realiti yang dihadapinya ketika itu. Perasaan sedih. Perasaan bersalah dengan situasi yang berlaku.

Bagi aku, tak perlu dan tak ada gunanya untuk kita turut mengambil bahagian ‘kutuk’ cara beliau. Alangkah baiknya untuk kita doakan dan berikan semangat untuk beliau agar kuat dan tabah menghadapi apa jua masalahnya itu. Moga beliau merenungi setiap masalah yang mendatangi diri dengan perasaan yang tenang.

Sesungguhnya …

“Setiap masalah dan kesukaran yang dihadapi sebenarnya adalah peluang dan ruang untuk kita memperbaiki keadaan. Ia adalah tanda kasih dan sayang dariNya, dengan memberikan kita satu perjalanan dan pengalaman yang lebih hebat. Apabila satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang akan terbuka. Malah pintu itu mungkin lebih 'indah' dengan jalan masuknya penuh dengan bunga-bungaan yang segar dan harum mewangi ... ”

Tadi terklik youtube kat bawah … 





Adakah ini satu ajukan dari youtube Shila Amzah – Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu. Satu ejekan ..


Maaf, aku tak pelik dengan ‘cara’ Shila sebaliknya pelik dengan manusia Parody begini (sekiranya benar ia satu ajukan dan ejekan …)




05 February 2013

Pakcik beraksi 'lagak ngeri' depan sekolah



sekadar hiasan
Awal pagi …

Masa nak masuk ke pintu utama sekolah, aku bagi signal. Tiba-tiba datang sebuah van. Meluru je lagaknya. Turut ingin memasuki ke pintu sekolah. Terkejut aku. Dipandunya macam pelakon ‘aksi lagak ngeri’. Berderau juga darah aku.

Aku buka tingkap. Tengok siapa si pelagak ngeri itu .. ishh seorang pakcik rupanya (Aku agak-agak pakcik itu dalam lingkungan umur 60-an gitu). Aduhai … aku ingatkan anak muda mana tadi. Bukan main lagi tu. Tak sangka. Gopoh gelojoh juga pakcik ni.

Yang aku tak berapa ‘suka’ .. dah lah pandu macam tu. Tunjuk raut muka  ‘nak marah’ kat aku pula tu. Macam aku pula yang bersalah.  Bila aku buka tingkap kereta, tak nak dilihatnya muka aku. Buat tak tau je. Kemudian amboii .. sebaik menurunkan 2 orang pelajar dari van, ditekannya enjin kereta terus memecut laju.

Aku perhati pakcik tu, dipintasnya sebuah kereta lagi.

Lepas punch kad, aku masuk bilik. Terdengar 2 orang guru lagi bercakap tentang perkara yang sama. Tentang ada pemandu yang membawa pelajar sekolah yang suka ‘berlagak samseng’. Bawa kereta ikut hati. Macam dia seorang je ada dan bawa kereta.

p/s - Bangun pagi tadi rasa diri ‘tenang’ je. tapi kejadian tadi ..   astaghfirullah .. 


02 February 2013

80% ke hospital pakar adalah guru perempuan?



Pinjam gambar cikgu lelaki yang 'rileks' dari google ..

Pagi - duk sembang-sembang dengan seorang kawan. Menurut kawan aku itu, baru-baru ini dia ada pergi kat satu hospital pakar di Kota Bharu. Semasa sedang mengambil wuduk, kebetulan datang seorang doktor juga ingin mengambil wuduk. Dia sempat berbual dengan doktor tersebut. Dalam duk berbual tu, doktor tu bagitau kat kawan aku tu .. “hampir 80% yang datang kat hospital pakar itu adalah terdiri daripada guru wanita!” Menurut doktor itu lagi, kebanyakan guru wanita yang datang itu bukannya sakit dalam erti kata sakit sebenarnya tapi kebanyakan adalah disebabkan faktor ‘stress’. Stress menyebabkan ramai antara mereka mengadu lengguh bahu, sakit leher, rasa telinga dan hidung macam  ada ‘sesuatu yang tak kena’.

Apabila ditanya ubat yang diberi kepada guru wanita berkenaan, doktor itu bagitau kebanyakannya dengan memanggil seorang ‘kaunselor’ khas. Habis berkaunselor dengan sedikit ubat .. mereka akan rasa okey.

Menurut doktor itu lagi, kebanyakan guru wanita yang pergi kat hospital pakar itu adalah yang ada insuran dan merekalah antara  ‘penyumbang’  terbesar kat sana. Bayangkan 3 hari bermalam .. claim insuran ada menjangkau RM3,000.00  ke RM4,000.00 .

Aku tak tau sejauhmana benarnya kata doktor itu.

Bagi aku, mungkin juga ada benarnya. Hasil pemerhatian aku, memang ada le guru wanita yang mukanya sentiasa  ‘nampak agak stress’. Dapat kerja lebih sikit, lagi bertambah 'stress' muka. adoii ..
 
Berbeza dengan guru lelaki, kebanyakan mereka sentiasa nampak ‘rileks dan tenang’  je. Walau sesibuk manapun mereka, pada hujung minggu, mereka masih sempat pergi mengail, pergi main bowling, pergi kebun menebas apa yang perlu ..  sempat ajak pelajar pergi basuh dan mengecat apa yang perlu, sempat bergurau dan gelak-gelak dengan pelajar …  

Mungkin sebab itulah agaknya jawatan ketua biasanya orang lelaki yang pegang. hehe ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search