Followers

24 March 2013

Blog aku digodam lagi? adoiii ..



Blog aku digodam lagi? adoiii ..

ishh ishhh saper le yang duk godam aku punya blog ini? Dah le blog aku biasa-biasa je. Lainlah kalau blog Tun Dr. Mahathir Mohamad ke .. Blog Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ... blog Lim Kit Siang ke .. blog papagomo ke ..

Aku rasa sebelum ini okey je. Tapi kelmarin bila aku buka, kenapa tiba-tiba muncul pula tanda seru "!!!"  seperti di bawah? Berulang kali buka, keluar benda yang sama.



Tapi sekejap tadi (24 hb mac 2013 jam 6.15 petang) bila buka, dah hilang tanda seru "!!!". Lega rasa. Blog dah kembali seperti sedia asal .. tapi .. tapi .. adoiiiiiii mana hilangnya blog list kat blog aku ni? Bukan satu ..  ketiga-tiga ruangan blog list (teman blogger 1, 2 & 3) semua hilang!!!!

 

Blog list aku hilang!!! ghaib begitu saja?

Aku cuba buka layout, tengok kalau apa-apa dah berlaku. Ada 'gangguan' ke apa ke kat sana. Keluar seperti di bawah ini.




Adakah ini menunjukkan blog list aku memang dah hilang? alaaaaa naper boleh berlaku macam ini? Tak bolehke nak bagi dia ‘muncul’ balik? 

p/s  Orang kata, bila kita berdepan dengan masalah .. mesti tarik nafas pelan-pelan. Hembus pelan-pelan .. kemudian senyum … 

 

23 March 2013

“adik manis, diri ini tak boleh sabar lagi"


13 hb Mac 2013 (Rabu) – online internet kat rumah. Tak dapat. Tengok router. Lampu internet tak bernyala. ishh ..  

14 hb Mac 2013 (Khamis) – cuba berkali-kali. Tak dapat lagi. Sabar .. kata hati, “mungkin masalah line kot..”

15 & 16 hb Mac 2013 (Jumaat & Sabtu) – Cuba lagi. Masih gagal. ishhh ..

17 hb Mac 2013 (Petang Ahad) - Tanpa buang masa aku terus hubungi 100. Cerita masalah & buat aduan. Operator terus bagi no report 1-5683846625. Katanya tindakan akan diambil dalam masa 24 jam.

18 hb Mac 2013 (Isnin) – masih tak dapat online. Terus ke KEDAI TM POINT. Buat aduan kat kaunter. Menurut adik manis kat kaunter tu, laporan aku sebenarnya telahpun direkod & ada kat dalam komputernya. Juruteknik juga telahpun dimaklumkan. Mungkin tindakan belum diambil kerana kekurangan juruteknik. Sabarlah katanya. Dalam hati aku, “adik manis, diri ini tak boleh sabar lagi. Banyak kerja terbengkalai dek tak dapat online internet”.

 gambar sekadar hiasan

Aku terus minta no handphone juruteknik dan dailnya .. 

“assalamualaikum .. ni juruteknik Die ke ni?”
“iya … sapa ni?”
“Ni cikgu le Die. Cikgu rashid. Nak tanya sikit ni Die. Ni masalah rumah saya tak boleh online internet .. bla bla bla”
“Cikgu tinggal kat mana?”
“Taman orkid. Sebelah Kolej Vokasional”
“oooooooooooooo maaflah cikgu. Sebenarnya area sana semua tak boleh online. Kabel kena curi!!”
“iyake? adoiii ..  berapa lama baru boleh online ni?”
“Lama sikit le cikgu.”
“hmm hmmm .. takperlah kalau begitu” suara nada aku kecewa teramat.
Dalam hati aku, “CIIILAKEEEEEEE PUNYA PENYAMUN. MENYUSAHKAN ORANG JEEEE”

21 hb Mac 2013 (Khamis) – masih tak boleh online ..

p/s – Hidup tak selesa rupanya bila tak boleh online internet … kerja juga terganggu ..

19 March 2013

Cikgu kena pandai tackle hati pelajarnya



 gambar yang aku sendiri snap .. sempat peace  V lagi tuu ..

Waktu tengahari - sebaik melangkah masuk kelas, baca bismillah, kemudian senyum kat semua pelajar.

Kali ini mengajar tajuk ‘Malayan Union’. Dalam usaha menguji ingatan lampau pelajar, aku kemukakan soalan.

“Siapa tau, apakah sebenarnya tujuan UMNO ditubuhkan?’
“BR1M” seorang pelajar lelaki dengan spontan bersuara. Nadanya agak perlahan. Seakan-akan berbisik.
“ishhh .. “

“Okey Ayu .. Farah .. ni Lukman .. apa tujuan utama UMNO ditubuhkan?”
“Cikgu .. tujuan dia .. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia …” sahut seorang pelajar lelaki lain lagi. Semua pelajar ketawa. Aku sekadar senyum.

“Dah dah .. habis! serius!! cepat apa tujuan utama penubuhan UMNO. Dulukan dah belajar ..” Aku tekankan sikit nada suara. (sebenarnya aku nak tergelak juga. Iyalah kan diorang ni sajaaa je. Diorang ni dari kelas 5 Anggerik. Kelas depan. Ramai pelajar dalam kelas ini menjadi pelajar target sekolah)

“Cikgu. Saya cikgu .. Tujuan utama UMNO ditubuhkan adalah untuk menentang Malayan Union.” sahut seorang pelajar perempuan.
“Okey bagus Suraya. Itu jawapan yang paling tepat sekali ...” bla bla bla ..

p/s – Menjadi cikgu ni kena banyak bersabar, kena sentiasa tenang. Kena ceria. Kena pandai dekati pelajar. Biar diorang ni gembira semasa belajar .. gelak-gelak .. tapi ada ketikanya perlu juga ‘tegas’ supaya dapat kawal kelas. Maklumlah pelajar sekarang ni agak lain. Mereka berani dan agak terbuka. Oleh itu sebagai cikgu ..  kena pandai  tackle hati mereka.

12 March 2013

Anda mesti membunuh atau anda akan dibunuh!!



LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas sulu mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.

Zulkifeli berkata pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas itu pada pukul 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Nampaknya seorang lagi wira negara kita gugur … alfatihah  untuknya ..
Wira yang terkorban kali ini ialah Ahmad Hurairah Ismail, seorang anggota tentera berasal dari Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan

MAKNANYA  sehingga sekarang,  jumlah wira negara kita yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Tiba-tiba teringat pula aku .. kata-kata seorang pegawai tentera berpangkat Leftenan Kolonel yang telah berucap dengan nada yang keras sebaik saja aku dan rakan-rakan menamatkan latihan serang hendap. (aku dan rakan-rakan telah mengikuti kursus taktik selama sebulan pada tahun 1998. Serang hendap adalah salah satu taktik perang yang perlu dikuasai oleh semua anggota tentera)

Kata-kata Leftenan Kolonel yang masih aku ingat sehingga ke hari ini.

“Anda semua adalah pegawai tentera  .. ingat satu prinsip bila kita berada di medan tempur ..
ANDA MESTI MEMBUNUH ATAU ANDA AKAN DIBUNUH!!”

Tiba-tiba rasa rindu pada kawan-kawan lama. Sempat belek-belek gambar …



 Aku sedang menerima sijil daripada Leftenan Kolonel ... 


 p/s - Maaf, aku rasa prinsip ini mesti ada pada semua anggota tentera di Lahad Datu .. 


04 March 2013

SIMPAN RAHSIA NEGARA DENGAN SEKETAT-KETATNYA!!!



Aku mengikuti perkembangan penceroboh di Sabah yang dipercayai dari Sulu, Filipina.

Penceroboh di Kg Sri Jaya Simunul

Siapa yang beri maklumat ada penceroboh di Kampung Sri Jaya, Semporna? Sedangkan mungkinkah itu semua sebenarnya satu perangkap?


NASIHAT DARI  PDRM - PLEASE SHARE!!

Tolong pesan dengan orang lain. Tolong jangan
update dekat facebook atau twitter kalau ternampak POLIS @ ATM
tengah buat roadblock dekat mana dan kereta
dekat mana. Percuma penceroboh dapat
info!! Senang-senang diorang serang. Jika ada apa-apa
simpan dalam hati. Mereka sedang
memerhati!!

Kepada Rakyat Sabah .. Tolong jangan
sebarkan maklumat di fb atau di mana-mana
sekalipun apa yang anda nampak Polis dan ATM
lakukan di Sabah. Apa yang anda nampak itu
adalah rahsia pertahanan negara. Tolong
jangan merasa bangga dgn maklumat yang
anda sebarkan. Anda hanya akan
mengeruhkan lagi keadaan. Secara tak
sengaja anda hanya membocorkan
maklumat kepada pengkhianat negara.
Sekarang anda juga memegang amanah
negara dengan tidak menyebarkan
maklumat. Pegang amanah itu erat-erat.

TOLONG SEBARKAN!

Rasanya update pasal info berapa
yang terkorban itu tiada masalah atau update
info agar semua orang lebih berhati-hati itu
tiada masalah. Cuma jangan update info yang
berkaitan dengan gerakan PDRM dan tentera di
luar sana.



02 March 2013

Harlem Shake gila-gila kemudian jadi gila






Seminggu dua ni aku tengok ada satu tarian baru le. Tarian ‘Harlem Shake’ ..

Maaf, aku tengok tarian ‘Harlem Shake’ macam tarian ‘orang tak betul’ je. Macam kena sawan. Apa yang pasti, tarian ini bila diperhatikan jelas pasti ada unsur lucah. Pasti ada yang buka baju, baik yang perempuan mahupun lelaki. Tinggal pakaian dalam je. ishhh … Buka baju kemudian beraksi tarian bebas. Pusing-pusing tangan, gerak-gerak punggung ke depan ke belakang.  Ada yang naik kerusi pusing apa saja, ada yang hantuk-hantuk kepala ke dinding, ada yang angguk-angguk, ada yang guling-guling. Adoiii ..

Bila diteliti, pada mulanya akan muncul seorang yang berperangai bukan-bukan. Menari-nari gila dan lucah. Walaupun pada mulanya dia tak dihiraukan tapi kemudian yang lain akan mula meniru @ terpengaruh sama, menari gila-gila .. lagi gila-gila ..

Pengaruh yang tak elok ditiru oleh yang lain-lain …

Aku rasa tarian ‘Harlem Shake’ ini cuba mengatasi tarian ‘Gangnam Style’ tapi terus-teranglah aku rasa semacam je bila tengok tarian ini. Macam tak betul. Macam kurang siuman. Kalau iyapun nak lepaskan perasaan rasanya bukan macam tu gayanya. Cam tak masuk akal je. Pada mulanya seorang je yang ‘giler’ kemudian semua yang lainpun jadi ‘giler’ ..

Moga tarian ini tak mempengaruhi rakyat Malaysia ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search