Followers

23 April 2013

“Awak hantar sms berbaur seks. Lucah.”



Tadi – aku didatangi seorang rakan sekerja. Borak-borak. Diceritakannya tentang anak lelakinya (umur 19 tahun) yang menerima panggilan dari seorang perempuan. Panggilan bernada marah-marah ..

“Ni awak .. awak telah menganggu emosi saya.”
“Siapa ni? Apa saya buat?” balas anak rakan sekerja .
“Awak hantar sms berbaur seks. Lucah.”
“ishh mana ada. Jangan buat tuduhan bukan-bukan. Awakpun saya tak kenal”
“Awak jangan nafikan. Saya ada bukti. Nombor telefon awak yang keluar. Saya ada simpan sms awak.”
“Mana ada. sms apa ni?” suara anak rakan sekerja mula kuat.
“Awak ada hantar sms .. Awak tanya tentang seluar dalam warna apa saya pakai? bla bla bla … ”

Nak tergelak juga aku dengar rakan sekerja aku itu bercerita. Gayanya. hehe .. (tapi tahan je le. Buat muka serius .. )

Rakan sekerja aku itu minta anaknya buat laporan polis bila terdengar ada ‘suara jantan’ yang bersama dengan perempuan tadi. Laporan polis telah dibuat dan akhirnya penghantar sms itu telah berjaya dikesan dan ditangkap.  Rupa-rupanya penghantar sms itu adalah seorang pemuda di Machang.

Apa yang pasti, ternyata benar penghantar sms itu menggunakan nombor telefon ‘anak rakan sekerja’ aku. Rakan sekerja aku itu pelik bagaimana kes ini boleh berlaku. Adakah pihak CELCOM cuai sehinggakan ada orang lain boleh menggunakan nombor talian yang sama atau memang kerja dan kepakaran penghantar sms itu sendiri?


20 April 2013

Aku bersama ahli forensik kes bunuh kerat 14





Aku duk sembang-sembang dengan seorang ahli Forensik.

“Encik nak tanya sikit .. macamana agaknya berdepan dengan mayat ..”
“Biasa je. Kami dah biasa berdepan itu semua. Dari orang tua, orang muda, kanak-kanak dan bayi.”
“Bukan senang tugas sebagai ahli forensik ni kan encik”
“Dah jadi tanggungjawab kami. Kerja ..”

“Maaf nak tanya, pernah ke mimpi yang pelik-pelik sepanjang bertugas sebagai ahli forensik. Maksud saya iyalahkan encik sentiasa berdepan dengan mayat .. pelbagai rupa dan bentuk yang terpaksa dihadapi ..”
“Alhamdulillah tak pernah lagi ..” (senyum)

 “Oh ya berapa orang ahli forensik polis kat Kelantan ni encik?”
“Tak ramai. Beberapa orang je ..”

“Encik pernah terlibat dengan kes-kes bunuh yang berat?” soalku lagi.
“Ada .. Saya pernah berdepan dengan kes orang yang badannya dikerat 14 belas ..”
“Iyake encik. Sebenarnya saya tak boleh nak bayangkan bagaimana boleh dan sanggup mereka buat kerja kerat-kerat badan manusia ni.” 

“Biasanya mereka yang lakukan kerja ni dipengaruhi oleh dadah. Mereka sebenarnya tak sedar. Tak ada perasaan. Tak ada rasa takut!. Sebenarnya bukan payah nak kerat badan manusia ni. Guna pisau pun boleh ..” jelas ahli forensik itu lagi.
“Camana tu encik?” (terasa ingin tau benar aku)
“Mereka biasanya akan potong di bahagian sendi. Sendi di bahagian lengan, sendi di pergelangan tangan, sendi bahu … sendi bla bla ... Sebenarnya sendi kita ni sama je ... seperti sendi ayam .. mudah .. ”
“owhhh iyake encik.”


Begitulah bila diri dibelenggu najis dadah. Diri terbuai hanyut entah ke mana. Hilang akal. Hilang kewarasan sehingga sanggup melakukan perbuatan terkeji, kejam dan hina. Mereka ini akan menjadi lebih gila dari orang gila. Rasanya orang gilapun tak akan sanggup dan tega melakukan kerja kerat kerat belas belas ini.
 
p/s – Aku bersyukur dengan kerja sebagai seorang guru ..  kalau kerja seperti ahli forensik tu camana agaknya ya.

17 April 2013

Baca entri ini jika sayangkan nyawa orang tersayang



Pagi tadi – aku hadir mendengar ceramah dari Universal Fire Safety. Agak tertarik dengan apa yang disampaikan. Dengan visual dan klip video ‘kisah benar yang menyayat hati’ yang menimpa mangsa kebakaran buatkan aku terfikir sekejap.

Iyalah kan kita ini siang malam duk kerja. Terlalu sibuk ngan ‘cari duit’ sehingga terlupa untuk berfikir sekejap akan risiko kebakaran yang boleh menimpa rumah & keluarga kita pada bila-bila masa saja.

Antara yang menarik perhatian aku dari apa yang disampaikan (sedikit perkongsian .. )

1. Menurut laporan bomba, 70% kebakaran rumah & bangunan adalah disebabkan litar pintas.

2. Pernahkah kita tutup suis peti ais? Menurut penceramah, dan dinasihatkan dilakukan segera kepada semua hadirin bila balik ke rumah!! Semua dinasihatkan untuk  tutup suis @ cabut plug peti ais sekejap ... Suis peti ais sepatutnya ditutup 3 bulan sekali. Tutup selama 1 jam. Kemudian barulah boleh buka balik macam biasa. (Rasanya kebanyakan kita tak pernah tutup suis peti ais. Sampaikan 5 tahunpun tak pernah tutup. Tutuppun mungkin masa nak ‘bersih’kan saja. Itupun kalau tutup. Kalau tak .. faham-faham je lah)




3. Begitu juga dengan socket. Ada setengah tu socket dah tak boleh dicabut. Kalau tak boleh cabut (ketat) maknanya socket itu ada masalah. Kena baiki dan tukar segera (Tolong le jangan sayang duit okey!!)

4. Dah jadi trend sekarang, semua rumah pasang grill. Semua pintu rumah ada grill. Pasang grill bagus untuk elak pencuri cuma diingatkan agar bilik tidur mesti buat grill yang boleh dibuka. Guna penyelak saja. Jangan guna mangga sebab mangga jika lama tak diguna akan karat. Bila karat nanti terjerat!! (banyak kes dah berlaku. Mati rentung kena terjerat!!)

5.  Dalam kereta, standby alat pemadam api. RM149.00 je. Beli yang ada cop SIRIM. Alat ini boleh diguna masa kecemasan. Selain padamkan api kecil .. boleh juga diguna untuk pecahkan cermin kereta (banyak juga kes rentung terbakar gara-gara tak boleh keluar, tak boleh pecahkan cermin kereta. Maklumlah kereta sekarang semua ‘tinted’. Bila ‘tinted’ memang kekuatan tangan tak mampu  nak pecahkannya.)




p/s - Kepada rakan-rakan semua, refresh sikit .. jangan lupa nombor talian kecemasan termasuk bomba 999 bukan 994 Dulu bomba guna 994 sekejap. Sekarang semua dah guna 999 – Talian Kecemasan. 1 Negara 1 Nombor. Pesan pada ahli keluarga. Fahami mereka dan suruh mereka ingat nombor 999 okey!!


Duit boleh dicari. RM149.00 boleh dicari tapi nyawa? nyawa orang tersayang tak ada penggantinya .. 


15 April 2013

Tubuh macam model. Bolehke masuk askar?



Jam 11.00 pagi – aku dan beberapa orang rakan pegawai berada di tempat pendaftaran.




owhh!! ramainya ..

Ramainya anak-anak muda remaja sekarang yang ingin memasuki Angkatan Tentera Darat Malaysia.

Anak-anak muda remaja, tak kira lelaki mahupun perempuan sanggup berbaris panjang untuk mengambil dan mengisi borang pendaftaran sebagai Perajurit Muda Tentera Darat 2013.

Salah seorang rakan aku. Kapten Mazuki beri komen ..

“Dulu rasanya tak lah ramai sebegini yang berbaris nak mohon jadi askar. Sekarang ni kaunter pendaftaran belum buka ... belum jam 8.00 pagi .. dah ramai berbaris. Kelmarin mereka dah mula berbaris dari jam 7.30 pagi lagi ..  malah masih ada yang berbaris sehingga nak masuk waktu maghrib. ”

“Baguslah. Ini satu perkembangan yang baik” balasku.

“Mungkin kerana sekarang ni bukan senang nak dapat kerja. Tambahan lagi sekarang ni gaji askarpun dah makin baik” jawab seorang lagi rakan aku, Leftenan Irwan.

“Iyakan. Aku duk perhatikan beberapa orang budak perempuan. Putih bersih muka.  Tubuh macam model. Boleh ke diorang ni masuk askar?” sampuk seorang lagi rakan aku, Leftenan Fadhli.


Aku dan rakan-rakan yang lain hanya tersenyum …

12 April 2013

Aku terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim



Pagi tadi, aku terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim ..


Saudara yang dihormati,

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Menemui saudara dengan iringan doa, semoga berada dalam limpahan rahmat Ilahi.

Warkah ini diutus sebagai pengganti diri untuk memohon pertimbangan saudara bagi menentukan halatuju negara tercinta ini.

……..

……..

Dengan rendah hati saya mengajak saudara untuk memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami dengan menyokong calon-calon KEADILAN, PAS dan DAP. Insya-Allah, mandat dan amanah yang diberikan tidak akan sesekali kami khianati dan sia-siakan.

Ikhtiar, doa dan munajat perlu diteruskan. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni kita semua.


ANWAR IBRAHIM


 



Bila aku baca surat ini dengan beberapa lampiran risalah yang disertakan, buatkan aku terfikir sekejap. Aku terfikir akan kekreatifan cara yang digunakan oleh sesebuah parti politik. Surat yang lengkap bernama dan beralamat ini memperlihatkan satu cara yang baik untuk memikat dan menarik sokongan rakyat agar memilih dan menyokong parti mereka. Ia seolah-olah menyentuh soal keperihatinan dari seorang pemimpin secara personel. Cara ini tak semua parti amalkan. 

Surat ini sah dari Pakatan Rakyat. Ada lambang parti di sudut kanan atas surat. Apapun, bagi aku, ia satu cara dan ‘taktik’ yang bijak kerana ada unsur ‘psiko’ yang mampu menarik ‘simpati’ seterusnya sokongan.

Bagi aku, pilihan mengundi mana-mana parti adalah terletak pada diri masing-masing. Ia satu hak. Hak memilih yang terbaik dari yang baik!! Apa yang penting, buatlah pilihan yang terbaik akan parti manakah yang boleh memberi sumbangan kepada agama, bangsa dan negara secara keseluruhannya. 

Tepuk hati jangan biarkan hati mati dengan memangkah parti yang tak fikirkan mati. SELAMAT MENGUNDI SEMUA.


10 April 2013

Hari Terbuka ATM di Pengkalan Chepa, Kota Bharu



Dari 4 April - 8 hb April, aku turut terlibat dalam persiapan Sambutan Hari Terbuka ATM, bertempat di Kem Pengkalan Chepa. Pelbagai acara dan aktiviti telah diadakan. Antaranya termasuklah sukaneka, persembahan motorbike, persembahan pentas, pertunjukan tempur tanpa senjata, pameran dari pelbagai agensi kerajaan mahupun swasta …

Sedikit gambar yang sempat aku rakamkan ..

 

Sukaneka ..



01 April 2013

Kisah 18sx pelajar tingkatan 1




Semasa turun dari tangga, beberapa orang pelajar memanggil .. (mereka semua pelajar lelaki tingkatan 1)

“cikguuu .. cikgu .. ni Aznan ni cikgu .. dia tak bersunat lagi cikgu ..” ujar seorang pelajar sambil ketawa.  4 orang pelajar lain yang duk bersama turut ketawa.
“hah! biar betul ni?” aku senyum. Nak tergelak juga tengok gelagat mereka.
“Cikgu tanyalah dia cikgu ..” kata seorang pelajar lagi.

Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum bersunat’ lagi tu. Pelajar itu buat dhek je dengan usikan kawan-kawannya. Matanya memandang aku.  

“Betul ke belum bersunat ni? Jom ikut cikgu. Ada gunting dalam bilik cikgu .. tumpul sikit tapi masih boleh guna” Aku sengaja bergurau.  Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum bersunat’ tu kelihatan serba salah. Dia tak berganjak dari tempat duduknya, Matanya terus memandang aku.

“Mari ikut cikgu jap”, aku panggil pelajar ‘belum bersunat’ tersebut.
“Nama apa? Tingkatan?”
“Aznan. Tingkatan 1 ..”
“Aznan ni tinggal kat mana? Ayah nama apa?” aku bertanyakan soalan lagi.
“Tinggal kat Kampung Pasir cikgu ..  ayah .. Ibrahim ..”
“Ibrahim .. anak Mak Tua? Abang nama Ropi?” aku meneka.
“iya cikgu ..”
“ooo cikgu kenal. Cikgu selalu juga duk minum dengan ayah .. kedai Nuar”

“Ni cikgu nak tanya .. betul ke belum bersunat lagi ni?”
“iya cikgu .. belum lagi ..”
“ishh .. dah tingkatan 1 ni .. kenapa belum bersunat lagi? Takkan nak tunggu naik tingkatan 3. Payah nanti”

Pelajar tersebut diam ..

“Ayah tak oyat ke .. tak sebut ke hal-hal sunat ni” aku bertanya lagi.
“Tak cikgu ..”
“Okey .. balik bagitau kat ayah .. Aznan nak bersunat. Mungkin ayah tak ingat ke apa ke?”

“iya cikgu ..”







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search