Followers

14 May 2013

Norish Karman Masterchef Selebriti tersingkir. oh tidak!!






Tadi tengok TV MasterChef Selebriti Malaysia. Macam biasa, bila time penyingkiran akan dibuat .. rasa suspen je .. “siapa le agaknya yang akan disingkirkan?”

Aku suka tengok program ini kerana pelbagai watak dapat aku tengok … selain pelbagai cara masakan  mengikut kreativiti dan gaya masing-masing.

Antara artis yang aku suka tengok musim ini .. tak lain tak bukan ..  norish karman

Yup! terus-terang aku tak mau norish karman keluar atau disingkirkan …
Tapi malam ini, akhirnya bila time penyingkiran dibuat .. alamak!! norish yang terkeluar!!! ishhh !!!

Terus hilang mood aku …
Rasanya tak ada lagi mood nak tengok MasterChef Selebriti Musim ke-2 ini.

Aku ingatkan radhi yang keluar ..

10 May 2013

Kisah 4 orang si buta dengan gajah



Dalam minggu ini, ke mana saja aku pergi, sana-sini orang bercakap soal keputusan pilihan raya. Ada yang senyum dan ada yang bermuka kelat, siap menggeleng-geleng kepala lagi tu. Dari semua itu, aku tengok, lebih ramai yang ‘menggeleng-geleng kepala’ dari yang senyum. Tak tahu aku apa sebab mereka bereaksi dan beraksi sedemikian rupa. Adakah mereka menunjukkan reaksi tak puas hati dengan keputusan pilihan raya? Tak tau aku dan sebenarnya aku pun tak ingin ambil tahu itu semua. Apa yang pasti, keputusan pilihan raya dah keluar. Sepatutnya semua kena berlapang dada dan terima keputusannya. Bukannya masih nak tunjuk muka marah, muka tak puas hati. Muka kelat.

Ada sesetengah itu, bukan main ‘hebat’ lagi. Sanggup bertegang leher mempertahankan parti masing-masing. Kalah Anwar Ibrahim bila tengok gaya dan kesungguhannya berhujah. Cuma bezanya Anwar Ibrahim ada juga ‘lawak’nya yang bisa mencuit hati para penyokongnya.

Pernah aku berdepan dengan situasi yang agak ‘mendebarkan’. Ini berlaku dua hari selepas pilihan raya umum ke-13. Orang berlainan parti duk makan semeja, berdepan antara satu sama lain. Aku di tengah-tengahnya. Mula-mula berbual biasa, kemudian sentuh soal parti. Masing-masing berhujah mempertahankan parti masing-masing dan akhirnya keluarlah ayat dari salah seorang, ‘kita selesaikan di luar’.. Ajak bertumbuk … hah!! apa ni? Terkejut aku. Apa taknya. Orang politik berhujah, bertegang leher sekadar di atas pentas parti tapi apabila mereka berjumpa di luar, masih sempat bertanyakan khabar, makan minum, gelak tawa sama-sama . Ini kita? Nampaknya kita ini dah terlebih sudu dari kuahnya.  




Menyentuh soal pegangan dan hujah yang dilontarkan ... kadang tu buatkan aku teringat akan ‘kisah orang buta dengan gajah’.

“Gajah ini bentuknya panjang. Macam batang buluh. Tapi lembut sedikit berbanding buluh,” kata si buta yang meraba belalai gajah.

“Eh, kamu biar betul, aku rasa gajah ini bentuknya macam talam. Lebar dan luas,” tambah si buta kedua yang meraba telinga si gajah.

“Aku yakin gajah tidak begitu. Gajah .. aku rasa bentuknya macam kawah nasi. Lebar dan gendut, macam-macam boleh isi,” tegas si buta ketiga yang meraba perut  gajah.

“Mana ada. Gajah ini seperti tiang besar, kesat tapi lembut bila disentuh” kata si buta ke empat yang meraba kaki gajah.

Ke empat-empat si buta itu terus berbalah sesama mereka kerana mereka cuba menghuraikan tentang rupa gajah berdasarkan bahagian yang diraba, tanpa meraba keseluruhan tubuh badan si gajah malang itu.

Analogi di atas rasanya memang kita semua dah sedia maklum. Ia sering berlaku dalam masyarakat kita. Kita selalunya suka bercakap mengikut kefahaman yang kita pegang walaupun tak semestinya betul. Kita suka bercakap hanya berdasarkan kefahaman, maklumat dan gambaran serpihan yang kita ada tentang sesuatu perkara. Kemudian kita akan cuba mempertahankannya sehabis mungkin tanpa ingin mendengar pandangan yang berbeza. Inilah masalahnnya. Sepatutnya kita mendepani semua isu dengan hati yang terbuka. Lebihkan membaca, mendengar dan menelitinya secara perbandingan ilmiah. Tak salah rasanya kita mendengar pelbagai pandangan. Ini kerana lain orang, pasti lain pula persepsinya. Lepas itu, tepuklah dada masing-masing, tanyalah hati dengan tenang.

p/s – jangan kita menjadi seperti salah seorang si buta di atas …


04 May 2013

Sambutan pilihan raya di Kelantan. Woww hebat!!!



Pagi tadi pergi Pasir Mas melalui Tanah Merah. Sepanjang perjalanan, sempat snap replika yang dihasilkan oleh parti-parti politik. Aku snap kerana tertarik dengan kreativiti yang dihasilkan melalui tampalan bendera parti masing-masing. Melalui bendera parti, pelbagai bentuk dan objek berjaya dihasilkan. Ia cantik dan ada seni.

Rasanya bukan senang nak tengok hasilan kreativiti ini semua kalau bukan musim pilihan raya. 5 tahun lagi baru boleh tengok kembali. Itupun kalau diorang buat lagi.

Oh ya, mata dah ngantuk ni. Esok nak bangun awal  - nak keluar mengundi.

Kepada teman-teman semua, jangan lupa keluar mengundi esok okey!!! Laksanakan tanggungjawab demi agama, negara dan bangsa kita.

Sebelum kita mengundi esok dan  terima keputusan pilihan raya. Apa kata kita rileks minda sikit dengan tengok gambar .. kreativiti dan gelagat .. yang sempat aku rakamkan petang tadi.  

Jommmm ..



































uisss anak saper le ni ..







mak, ayah dan anak .. 




p/s - Memang hati rasa tak sabar nak tau keputusan pilihan raya kali ini … apa parti mana yang memerintah, ia adalah kerajaan Malaysia .. 


03 May 2013

Smart tapi suka meleleh dalam kelas



Aku terima sms dari seorang bekas pelajar SPM 3 tahun lepas.

“Salam .. cikgu, ni Jaafar kelas 5PD. Ada tanah 9 ekar 3 suku. Getah boleh ditoreh 6 ekar, 3 ekar baru ditanam. Kebun tepi jalan .. murah cikgu ..”

Aku senyum baca smsnya.

Terdetik hati. Bagus betul bekas pelajar aku ni. Orang lain duk sibuk pasang bendera sana-sini. Sibuk duk berarak kibarkan bendera parti. Berarak dengan bendera parti dapatle juga RM35.00 seorang. Dia ini tak .. duk sibuk dengan soal tanah dan kebun getah. Tak sangka dia masih ingatkan cikgunya ini. Malah sempat hantar sms bertanyakan khabar dengan tawaran yang hebat. Tawaran kebun getah. hehe ..

Tiba-tiba aku teringat, Jaafar ni seorang pelajar yang nakal. Suka tidur dalam kelas. Suka juga melawan guru. Malah pernah bergaduh dengan pelajar yang lain. Tapi dengan aku .. dia ni lain.  Mungkin dia hormat aku kerana aku ni suka bagi nasihat kat dia. Aku juga pernah melatihnya menjadi ketua keseluruhan semasa perbarisan unit beruniform sekolah.  Aku ajarnya beri ‘arahan’ kawad kepada semua pelajar. Walaupun peringkat awalnya dia takut dan tak ada keyakinan diri tapi selepas aku ajarnya dan beri keyakinan diri padanya akhirnya dia berjaya juga. Dia berjaya di mana dia pernah muncul sebagai ketua perbarisan terbaik semasa perkhemahan unit beruniform peringkat daerah.

Aku juga masih ingat di mana aku pernah bagi nasihat padanya di depan pelajar-pelajar lain dalam kelasnya:

“Cikgu ada terima laporan ..  betul ke Jaafar suka tidur dalam kelas?. Sebab cikgu tengok Jaafar ni okey je masa cikgu. Jaafar .. cikgu tengok Jaafar ni smart orangnya. Hidung mancung macam Akshay Kumar. Tapi .. kalau kita ni hanya smart je tapi duk suka meleleh air liur dalam kelas. Suka tidur. Malas belajar .. suka melawan guru .. apa gunanya. Tak ada nilainya ‘kesmartan itu’.  Ingat!!  smart je tak cukup. Smart  je tak boleh bawa kejayaan dalam hidup.  Bla bla bla .. "




p/s – Jaafar, berbaju hitam,  pernah aku bawa masuk ke kebun getah pada awal tahun 2009 dulu -   'Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun'.

Aku dengar khabar dia kini terlibat ngan bisnes ..  baguslah ..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search