Followers

19 July 2013

Makan nasi sup harimau




gambar sekadar hiasan


Kelmarin, aku duk sembang-sembang dengan seorang teman yang mengajar budak pendidikan khas tahun 5 ..

Teman: “Syid, ada seorang budak pendidikan khas tahun 5 .. ada le aku tanya puasa tak. Dia kata puasa .. Aku tanya lagi, buka puasa makan apa .. nak tau apa dia jawab?”

Rashid: “hmm hmm .. apa dia jawab?”

Teman: “Dia kata dia buka puasa ..  makan nasi dengan sup harimau … terkejut aku. Tapi budak tu selamba je jawabnya.”

Rashid: “mungkin dia bergurau tuuu …”

Teman: “iya aku tau .. tapi budak tu kasihan aku tengok. Dia orang susah. Tinggal kat dalam kebun getah. Mak ayah diapun ‘tak berapa cerdik’ juga. Budak tu bila aku tunjuk gambar buah epal. Dia jawab ‘ayah’ .. bila aku tunjuk buah anggur, dia jawab ‘ayah’ ..”

Rashid: “hmm hmm ..”

p/s -  jika ada orang yang susah .. rupanya ada lagi orang yang lebih susah ..  bersyukurlah seadanya …

07 July 2013

Aku masih hairan ...



Aku masih hairan … walaupun fatwa dah lama dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa merokok itu haram tetapi mengapa masih ramai lagi yang menghisapnya? 

Aku masih hairan  ... walaupun beberapa hari yang lalu, dedahan kajian terhadap rokok oleh Profesor Kesihatan Masyarakat dari Universiti Sydney, Simon Chapman amat mengejutkan tetapi masih ramai lagi yang menghisapnya.



Kajian Membuktikan Terdapat Darah Babi Pada Penapis (Filter) Rokok


Hemoglobin atau protein darah babi ternyata digunakan untuk membuat penapis rokok agar lebih efektif untuk menangkap bahan kimia berbahaya, sebelum masuk ke paru-paru perokok. Fakta mengejutkan tersebut didedahkan oleh penyelidik dari Eindhoven, Belanda, Christien Meindertsma dan disokong oleh Profesor Kesihatan Awam dari University of Sydney iaitu Dipetik News.cnet.com, Prof Chapman mengatakan bahawa kajian ini memberitahu dunia mengenai rahsia pembuatan rokok dan untuk meningkatkan kesedaran terhadap umat Islam dan Yahudi. Darah babi tentunya sangat diharamkan bagi penganut kedua-dua agama tersebut.

Prof Chapman mengatakan bahawa industri rokok dunia memang kerap merahsiakan bahan-bahan yang mereka gunakan.

Aku masih hairan …  hairan jika masih ada lagi yang menghisapnya. Mungkin pelbagai alasan akan diberikan oleh si penghisapnya untuk terus ‘menghalalkan’ aktiviti menghisap rokok ini. Ini sudah pasti … 

Aku masih hairan … fatwa  “merokok itu haram” masih tak haram di kalangan segelintir tok-tok imam dan tok-tok bilal yang masih lagi menghisapnya.

Aku masih hairan … 


06 July 2013

Diri sakit tapi kesakitan hilang ...

Tengahari tadi – baru habis urus kem kepimpinan. Balik rumah .. rehat-rehat sambil tengok filem Aashiqui 2 kat youtube. 

Best ..  Sedihpun ada …

Kisah akan kebahagiaan apabila melihat orang yang dikasihi bahagia dan berjaya.

Diri sakit tapi kesakitan hilang apabila melihat orang yang dikasihi ketawa dan senyum.

02 July 2013

Kelantan Juara e-GTukar



Pagi - aku disapa oleh seorang guru perempuan.

“Cikgu syid ..  Dengar khabar dah keluar keputusan guru mana yang boleh bertukar. Iyake?. Camana ni cikgu syid .. dapat ke saya tukar ni?”

Aku sekadar senyum ..

“Cikgu syid ni senyum pula. Ni tentu dah tau sapa-sapa cikgu yang boleh bertukar ni?” ujar guru perempuan itu lagi.

“Setahu saya keputusan masih lagi belum ada. Apa yang penting, semua guru yang mohon tukar, sekolah dah sokong. Tunggu je keputusan eGTukar…” balasku.

---------------- 

Aku masuk bilik. Surf internet. Klik laman web eGTukar. Keluar notis yang sama.


Pemberitahuan

Status Terkini:

Pemakluman

Keputusan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi sesi Jun 2013 adalah ditangguhkan pada suatu masa yang akan diberitahu kelak. KPM sedang menyelaras pertukaran guru bersekali dengan pengisian penempatan guru baharu bagi mengelakkan masalah kekurangan guru yang boleh mengganggu pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Segala kesulitan yang dihadapi amatlah dikesali.

Sekian dimaklumkan.

 Aku klik Analisa pertukaran guru sesi Julai kategori Sekolah Menengah.


wow!! tengok … betapa ramainya guru-guru yang mohon bertukar  ..

Juara negerinya ialah KELANTAN.  Guru yang mohon masuk ke Kelantan adalah yang paling ramai sekali iaitu 1854 orang manakala yang mohon keluar dari Kelantan hanya seramai 45 orang saja.

Naib Juaranya jatuh kepada negeri  Terengganu. Bilangan guru yang mohon masuk ialah seramai 1110 manakala yang mohon keluar seramai 138 orang.

ishhh ishhh .. apa menariknya KELANTAN dan TERENGGANU ek? Setiap tahun dan sesi, rasanya kedua-dua negeri inilah yang paling ramai sekali menjadi PUJAAN HATI para guru.

 p/s - Tentu ramai guru yang mohon bertukar sedang berdebar-debar sekarang ini ... 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search