Followers

15 August 2013

Suami belasah isteri dalam lif



Malam tadi tengok ‘ijab dan qabul’

Saat kenalan awal … seorang lelaki menghampiri wanita …
Beri bunga ... ditolak
Beri bunga ... ditolak
Beri bunga lagi ... ditolak lagi
Tak putus asa ... terus beri bunga .. ditolak lagi
Hari berganti hari ... beri bunga ... tak dihargai
Beri bunga lagi ... dibalas dengan renungan tajam
Bunga terus diberi ... masih lagi ditolak
Bunga diberi lagi ...  
Akhirnya bunga diberi diterima dengan senyuman

Kisah ini sungguh menarik …
Mendalam sungguh maksudnya …

Namun seringkali yang berlaku hari ini …
Bila dah dapat dan hidup sekian lama bersama …
Bukan lagi bunga yang diberi tapi tumbukan, lempang dan sepak terajang …


 

13 August 2013

Terima kasih kat polis trafik








Sebenarnya entri ini tak lain tak bukan .. sekadar nak ucapkan terima kasih kepada polis trafik kerana berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas kat Kelantan khususnya di sepanjang jalan Tanah Merah – Machang – Kuala Krai.

Walaupun dah masuk hari raya ke- 6 kenderaan masih lagi bertali arus .. tak putus ..
Kalau le takde polis trafik .. rasanya berjam-jam le duk kat tengah jalan ..  

Cuma kalau boleh pada tahun-tahun hadapan .. letak je sorang dua polis di lorong kecemasan kat jalan-jalan tertentu. Saman je mana-mana kenderaan yang sesuka hati memotong dan menggunakan lorong kecemasan kiri. Diorang ni pengganggu kelancaran perjalanan. Bikin hati juga tak tenang … 

 p/s - Tak tau bila le agaknya kesesakan jalan raya setiap kali musim raya di Kelantan ini boleh diatasi ..

07 August 2013

Aku mendengar kisah dari seorang imam Syria



2 malam lepas .. malam 27 ..  selesai solat terawih 8 rakaat, ada sedikit ceramah kat Masjid. Ceramah berupa kisah yang menimpa umat Islam di Syria.  Kisah itu disampaikan oleh seorang imam dari negara Syria (maaf, lupa nama).  Ceramah disampaikan dalam bahasa Arab, diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh salah seorang pengiringnya. Ceramah yang disampaikan dan diiringi tayangan video ..  Tayangan video berkenaan .. tak pernah aku tengok kat mana-manapun. Kat Youtube pun tak ada. Sungguh mengerikan dan memilukan hati.

Video itu merakamkan kematian dan kesengsaraan beratus-ratus ribu umat Islam di Syria. Baik anak-anak kecil, orang dewasa, wanita mahupun lelaki. Mereka semua menjadi mangsa keganasan dan kekejaman tentera durjana Syiah Bashar al Assad.

Salah satu video itu memaparkan seorang tentera Syiah Bashar al Assad menikam-nikam kepala dan muka seorang penduduk Islam sunni dengan pisau. Ditikam muka itu dengan lajunya .. ditikamnya berpuluh-puluh kali sehingga terangkat-angkat muka .. sambil diperhatikan oleh rakan-rakannya yang lain.

Sungguh kejam sekali!  Jika sanggup tengok – boleh le klik
Imam dari Syria itu berkata: Tentera Syiah Bashar al Assad itu menikam sebegitu kerana sifat dendam dan pegangan mereka bahawa ‘darah ahli Sunni adalah halal bagi mereka’ dan ‘mungkin penduduk Islam sunni yang ditikam itu namanya ada persamaan dengan nama Abu Bakar atau Umar atau Othman …  kerana ketiga-tiga nama sahabat nabi itu adalah sangat dibenci oleh mereka, tentera Syiah.

Aku perhatikan Imam dari negara Syria itu .. sambil mengisahkan sambil menyapu matanya yang mula kemerahan …

Dan ketika imam itu mengimani solat witir dan di kala bacaan doa qunut, terasa begitu syahdu sekali. Terasa begitu sebak di hati.  Bagi aku, itulah pertama kali aku mendengar bacaan doa qunut dalam solat oleh seorang imam yang begitu menyentuh hati.


Sama-samalah kita membantu dengan memberikan sedikit sumbangan kepada saudara Islam sunni kita di Syria dan berdoa moga tentera Islam Mujahideen di Syria beroleh kemenangan ..




p/s – bacalah kenyataan Syeikh Yusof Al-Qardawi secara live tentang bahayanya Syiah kat youtube …

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search