Followers

22 January 2014

Berhati-hati dengan penyamun berpakaian rasmi



Petang tadi terima sms ..


 sekadar hiasan


Assalamualaikum ..

Satu kejadian samun telah berlaku di fasa1, Negeri 9 di mana seorang lelaki India menyamar sebagai kakitangan serta berpakaian TNB telah memperdaya tuan rumah dengan alasan perlu memeriksa peralatan elektrik di dalam rumah. Apabila dibenarkan masuk, lelaki India tersebut telah mengikat mangsa dan mengambil barangan berharga.

Modus Operandi: penyamun akan menyamar dengan berpakaian rasmi spt TNB, SYABAS, TELEKOM DLL. Serta memberi seribu satu sebab untuk cuba masuk ke dalam rumah. Sila hebah-hebahkan kepada ahli keluarga dan kenalan ..

Uisss .. kalaulah benar .. parah ni ..

Nampaknya penyamun makin ligat. Pelbagai taktik digunakan. 

Kalau sebelum ini selalu juga dengar dan baca bagaimana ada yang berani menyamar berpakaian polis, menahan dan kemudian memeras serta meragut mangsa. Malah ada yang mencabul mangsa. Al-maklumlah, kebanyakan orang bila ditahan polis mulalah mengelabah, tambahan kalau ada buat kesalahan walaupun kesalahan itu hanya kecik je. 

Tapi kini mereka berpakaian TNB, SYABAS, TELEKOM … ini yang selalunya kita tak sangka. Biasanya kita pandang ringan je. Izinkan mereka masuk … dan kalau ada kes pun sebelum ini, mereka yang berpakaian TNB ini menyamar kerana ingin mencuri elektrik atau membuat sambungan pendawaian elektrik secara haram je .. kini lain dah modus operandi mereka.

Kalau ada yang berfikiran jauh dan tahu dari segi undang-undang, jika didatangi oleh orang yang sebegini biasanya tak salah untuk kita minta kad pengenalan kuasa mereka. Mereka sepatutnya ada kad kuasa. Mereka juga perlu berpakaian seragam lengkap dengan logo syarikat. Kad tugas dan syarikat mana mereka bekerja.  

Nampaknya kita tak boleh lagi pandang ringan terhadap ini semua .. 

Nota: Anggota TNB yang memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa.Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja iaitu di luar rumah dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.

Sekiranya didatangi pihak mencurigakan, orang ramai diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan atau Balai Polis berhampiran. 


1 comment:

LydSunshine said...

Salam, bahaya ada di mana-mana. Org jahat ni ada macam2 tektik nak masuk umah org utk merompak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search