Followers

08 February 2014

Ceria hati dengan gelagat cikgu-cikgu kat WhatsApp


Khamis - jam 2:00 petang- keluar pesanan melalui WhatsApp

“Kompetensi ict.  Seramai 75 orang guru lulus. Selebihnya gagal, iaitu seramai 7 orang. Sijil akan diberikan.” Ujar seorang cikgu yang diamanahkan mengambil result ujian kompetensi ict yang diduduki secara online oleh semua guru pada tahun lepas.

Kemudian bertalu-talu reaksi dari cikgu-cikgu..

 “Siapa yg gagal tu?” Tanya cikgu A
“Tak sabar nak tahu ni ..” Sapa cikgu C
“Risau wehhh” seorang lagi cikgu balas.
“Cikgu syid saya lulus  ke? Serammmm ni ..” Tanya cikgu D
“hahahha .. takuuuuuutttt” sapa seorang lagi cikgu .. 

“Hok tak lulus nama bermula ngan huruf   a,  n,  s … (aku jawab. Saja je nak usik)
“Cikgu shid jangan le main teka teki .. rungsing ni .. debar ni ..” balas seorang cikgu lagi.
“huruf  S .. saya dah laaa …” jawab seorang cikgu lain. Risau.
“gugur jantung .. padanpun sakit kepala bagai dibaji .. sakit hati bagai digunting hari ni ..” sampuk seorang cikgu lagi.
“opsss  … gurau jer  ..” (aku balas)
“alaa rileks le .. sijil dah sampai. Boleh ambik kat pej ..” jawab seorang lagi cikgu ..

(Tak lama kemudian, terima sms WhatsApp lagi. Dimaklumkan keputusan ujian telahpun dikeluarkan oleh pihak Microsoft. Sijil hanya dikeluarkan kepada pentadbir dan guru-guru yang lulus sahaja. Manakala bagi yang gagal, akan dipanggil mengikuti kursus pemulihan secara berperingkat-peringkat… )

Alamak!! Yang gagal kena ikuti kursus pemulihan???? Adoiii .. tapi nasib baiklah aku lulus. Syukur .. hehe.




Kepada mana-mana rakan guru yang gagal tuu ..  jangan frust okey!! Seronok apa pergi kursus. Kursus ict pula tuuu … 

p/s – WhatsApp  .. menyenangkan cikgu-cikgu untuk sampaikan dan kongsikan sesuatu maklumat .. juga boleh berikan keceriaan .. 

11 comments:

Hanif Idrus said...

Ramai kawan2 U dulu semua cikgu..
Salam singgah...lama tak ke mari

Rumah Kuning said...

saya pun lulus. Alhamdulillah.

azahrohaizah said...

awat rambut en cikgu makin kurang? :)

LydSunshine said...

tahniah la cikgu lulus ye. Yg tak lulus tu, lenkali kena usaha lebih la. Mausk kelas pemulihan. hehe.

Rashid said...

Hanif idrus
Iyake ..
a’ahh kita makin hari makin kesibukan ..

Rashid said...

Rumah kuning
Tahniah .. Kalau tak terpaksa le ikut kelas pemulihan ..

Rashid said...

Azah
Azah, terlalu banyak fikir pasal ‘politik, ekonomi dan masalah sosial negara’ agaknya. Hehe

Rashid said...

Lydsunshine
Itulah kan. ada kawan tu 'bengang' je nak ikut kelas pemulihan. hehe

Abe Kie said...

hmm. ada kwn yg buta ICT tp dia lulus ujian tu sbb dia upah kwnnya yg jwb..sdgkan dia nak bukak PC pun x tahu! takut meletup katanya..

Rashid said...

Abe Kie

hehe... yup!! itu antara realitinya.
Aduhai ..

Irfa said...

skrg org semua guna wsap
cukup mls kalau kena guna sms
huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search