Followers

30 January 2014

Manusia lapar dan anjing yang lapar





 Keadaan Yarmuk kini ..


Di beberapa sudut kem penduduk, tentara Assad menggantung roti untuk memancing warga yang kelaparan. Siapa yang mendekatinya akan ditembak ..  kejamnya manusia ..

“Seorang lelaki yang membunuh seekor anjing tidak menemui daging untuk dimakan pada badan anjing itu kerana anjing itu juga sedang kelaparan,” kata Ali, salah seorang penduduk Yarmuk, juga bekas student Universiti. 

“Situasi agak mendesak apabila wanita menjual tubuh kepada lelaki yang menyimpan makanan “ katanya lagi.

Dua tiga kali kenyataan dan petikan dari berita Harian hari ini aku renungi ..  begitulah nasib lebih kurang 20,000 orang pelarian di Kem Palestin Yarmuk di Damsyik. Mereka sedang kebuluran. Ramai penduduknya dilaporkan terpaksa memakan kucing, anjing dan juga keldai kerana kelaparan.

Kita di bumi Malaysia ini … 


p/s – Petang tadi aku hadir ke Majlis Kenduri perkahwinan seorang anak saudara seorang kawan. Aku renungi juadah yang terhidang … 

27 January 2014

suami, cinta dan pistol




“Bukan semua gurauan sesuai dan penerimaan individu terhadap gurauan juga berbeza” kata seorang wanita, Aziah, 42 tahun mengenai kejadian tembakan yang dilepaskan suaminya di sebuah pasar raya kelmarin.

“Saya tak sangka gurauan untuk bercerai menyebabkan suami bertindak di luar dugaan. Saya sebenarnya hanya bergurau dan tidak terfikir dia akan bertindak begitu melepaskan tembakan! Apa yang dilakukannya itu di luar kewarasan disebabkan terlalu marah dan bukan untuk mencederakan sesiapa kerana dia suami yang baik.”

Menurutnya, sebelum kejadian, suaminya ada menghantar sms kepadanya bertanyakan keadaannya yang membuka pusat kecantikan. Sebaliknya Aziah membalas sms suaminya dengan menyatakan mahu meminta cerai dengan niat bergurau semata-mata dan tidak bermaksud meminta cerai.

Sebaliknya, suaminya begitu terkejut dan marah kerana menyangka dia mahu bercerai. Suaminya yang ketika itu berada di Perak terus memandu pulang untuk bertemu dengannya. Suami terus mencarinya tetapi ketika itu dia keluar makan di restoran berhampiran. 

“Ketiadaan saya ketika itu, menyebabkan suami menyangka saya keluar bersama orang lain. Entah bagaimana suami tiba-tiba marah .. lantas melepaskan tembakan. Nasib baik tembakan itu  di luar kedai  dan tidak mengena sesiapa …”

Nah!! Cuba lihat dan cuba gambarkan situasi tersebut  di atas ..

Pertama, aku tak tau, macamana seorang isteri boleh terfikir dan bertindak bergurau sedemikian rupa! 

Kedua, aku melihat, betapa sayangnya si suami terhadap isterinya sampaikan bertindak di luar kewarasan akalnya. Nak cari di mana lagi suami seperti itu sekarang ini? Terkejut bukan main lagi apabila terima sms isteri minta cerai!! Rasanya mana-mana suami yang normal pasti akan bertindak sebegitu, cuma tak lah sampai nak lepaskan tembakan! (mungkin kerana tak semua orang ada pistol). 

Pengajarannya, janganlah ambil mudah dengan gurauan. Gurauan ada batas dan hadnya. Perlu tengok situasi dan orangnya juga. Ini kerana manusia tak semuanya boleh menerima dan berfikiran terbuka terhadap sesuatu perkara. Gurauan kalau tak kena gayanya mungkin boleh menyebabkan kerenggangan hubungan, mungkin juga boleh membawa kepada terputusnya hubungan dan ikatan perkahwinan … 

Kepada yang bergelar isteri tuu … renung-renungilah kes ini .. 

p/s  Jam 4.00 petang tadi, duk tengah mesyuarat. Masa agenda ‘hal-hal lain’, dengan nada gurauan, seorang cikgu lelaki mencelah .. “kepada cikgu-cikgu perempuan, sekarang ni payah nak cari orang lelaki, nak cari suami yang setia, So ..  jagalah baik-baik suami kat umah tuuuuu ..” (gelak semua cikgu lelaki. Cikgu pompuan senyum-senyum je)


22 January 2014

Berhati-hati dengan penyamun berpakaian rasmi



Petang tadi terima sms ..


 sekadar hiasan


Assalamualaikum ..

Satu kejadian samun telah berlaku di fasa1, Negeri 9 di mana seorang lelaki India menyamar sebagai kakitangan serta berpakaian TNB telah memperdaya tuan rumah dengan alasan perlu memeriksa peralatan elektrik di dalam rumah. Apabila dibenarkan masuk, lelaki India tersebut telah mengikat mangsa dan mengambil barangan berharga.

Modus Operandi: penyamun akan menyamar dengan berpakaian rasmi spt TNB, SYABAS, TELEKOM DLL. Serta memberi seribu satu sebab untuk cuba masuk ke dalam rumah. Sila hebah-hebahkan kepada ahli keluarga dan kenalan ..

Uisss .. kalaulah benar .. parah ni ..

Nampaknya penyamun makin ligat. Pelbagai taktik digunakan. 

Kalau sebelum ini selalu juga dengar dan baca bagaimana ada yang berani menyamar berpakaian polis, menahan dan kemudian memeras serta meragut mangsa. Malah ada yang mencabul mangsa. Al-maklumlah, kebanyakan orang bila ditahan polis mulalah mengelabah, tambahan kalau ada buat kesalahan walaupun kesalahan itu hanya kecik je. 

Tapi kini mereka berpakaian TNB, SYABAS, TELEKOM … ini yang selalunya kita tak sangka. Biasanya kita pandang ringan je. Izinkan mereka masuk … dan kalau ada kes pun sebelum ini, mereka yang berpakaian TNB ini menyamar kerana ingin mencuri elektrik atau membuat sambungan pendawaian elektrik secara haram je .. kini lain dah modus operandi mereka.

Kalau ada yang berfikiran jauh dan tahu dari segi undang-undang, jika didatangi oleh orang yang sebegini biasanya tak salah untuk kita minta kad pengenalan kuasa mereka. Mereka sepatutnya ada kad kuasa. Mereka juga perlu berpakaian seragam lengkap dengan logo syarikat. Kad tugas dan syarikat mana mereka bekerja.  

Nampaknya kita tak boleh lagi pandang ringan terhadap ini semua .. 

Nota: Anggota TNB yang memeriksa meter hanya akan masuk ke halaman rumah dengan kebenaran penghuni setelah menunjukkan kad kuasa.Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja iaitu di luar rumah dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB.

Sekiranya didatangi pihak mencurigakan, orang ramai diminta segera menghubungi pejabat TNB berdekatan atau Balai Polis berhampiran. 


10 January 2014

Amerika membeku?

Amerika membeku?

ONTARIO, Kanada - Beberapa keping gambar berjaya dirakamkan yang menunjukkan Air Terjun Niagara membeku akibat cuaca sejuk melampau kelmarin.

Cuaca sejuk yang melampau itu telah menjejaskan kehidupan 240 juta penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan selatan Kanada.








Sebelum kedinginan membeku ...  menjadi tarikan pelancong seluruh dunia  ...



Aku tak dapat nak bayangkan akan 'kesejukan melampau' itu. Pasang aircond dalam kereta waktu pagipun badan dah menggigil semacam je. Inikan pula suhu yang mencecah angka  -27 darjah celcius yang ternyata lebih dingin dari antartika.


Oleh itu, bersyukurlah kita kerana berada di bumi Malaysia ini ... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search